Eupodophis ialah satu genus ular pupus dari zaman Akhir Usia Kapur. Ia mempunyai sepasang kaki belakang dan dianggap sebagai peralihan antara biawak Usia Kapur dan ular tanpa kaki. Akan tetapi, kaki-kaki itu dipercayai tidak berguna pada Eupodophis.[1] Spesies jenis Eupodophis descouensi dinamakan pada tahun 2000. Nama spesifiknya dinamai sempena ahli alamiah Perancis, Didier Descouens.[2]

Eupodophis
Julat zaman: Akhir Usia Kapur, 92 Ma
Fosil Eupodophis descouensi
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Subkelas:
Order:
Suborder:
Genus:
Eupodophis

Rage and Escuillié, 2000
Species
  • E. descouensi Rage and Escuillié, 2000 (jenis)

Spesimen fosil yang menjadi asas kepada keterangan spesies jenisnya berpanjang 85 cm (33.5 in) dan berumur sekitar 92 juta tahun. Ia ditemui dalam batu kapur zaman Senomania dekat kampung al-Nammoura di Lubnan.[2][3]

Rujukan

sunting
  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama RedOrbit
  2. ^ a b "Ancient serpent shows its leg". BBC. April 10, 2008. Dicapai pada April 10, 2008.
  3. ^ Rage, J. C. & Escuillié, F. Un nouveau serpent bipède du Cénomanien (Crétacé). Implications phylétiques. C. R. Acad. Sci. Paris Earth Sci. 330, 513–520 (2000)