Kantan

spesies tumbuhan saka
(Dilencongkan daripada Etlingera elatior)

Kantan (Jawi: كنتن ; nama botani: Etlingera elatior) merupakan sejenis tumbuhan saka herba dalam keluarga Zingiberaceae.[5] Ia tumbuh asli di Thailand, rantau biogeografi Malesia dan pulau New Guinea.[4]

Kantan
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Keluarga:
Genus:
Spesies:
E. eliator
Nama binomial
Etlingera eliator
Sinonim[4]
  • Alpinia acrostachya Steud.
  • Alpinia elatior Jack
  • Alpinia magnifica Roscoe
  • Alpinia speciosa (Blume) D.Dietr.
  • Amomum tridentatum (Kuntze) K.Schum.
  • Bojeria magnifica (Roscoe) Raf.
  • Cardamomum magnificum (Roscoe) Kuntze
  • Cardamomum tridentatum Kuntze
  • Diracodes javanica Blume
  • Elettaria speciosa Blume
  • Etlingera elatior var. pileng Ongsakul & C.K.Lim
  • Hornstedtia imperialis (Lindl.) Ridl.
  • Nicolaia elatior (Jack) Horan.[1]
  • Nicolaia imperialis Horan.[2]
  • Nicolaia intermedia Valeton
  • Nicolaia magnifica (Roscoe) K.Schum. ex Valeton
  • Nicolaia speciosa (Blume) Horan.
  • Phaeomeria magnifica (Roscoe) K.Schum.[1]
  • Phaeomeria speciosa (Blume) Koord.[3]

Peristilahan

sunting

Nama-nama lain setempat rantau Nusantara adalah:[6]

Botani

sunting

Pokok dan daun

sunting

Akarnya jenis rimpang tebal yang menjalar di bawah tanah.[7] Akar mudanya berwarna merah jambu, akar yang tua dan matang berwarna kuning air. Rimpangnya mengeluarkan banyak tunas.[5] Pokok kantan sesuai tumbuh di kawasan berdekatan sumber air.[8]

Pucuk daun kantan tumbuh daripada rimpang selepas 18-22 hari.[9] Helai daunnya berbentuk bulat panjang dan kasar dengan ukuran lebar kira-kira 0.20–0.915 meter (0.66–3.00 ka) panjang;[10] 15-30 helai daunnya disusun dalam dua baris dan berselang seli. Pangkal daun berbentuk bulat atau jantung, tepinya berlekuk dengan hujung yang pendek dan meruncing. Pangkal ini gondol dan berwarna hijau menggilap tetapi berbintik halus dan rapat. Sisi bawahnya sering berwarna keunguan ketika muda.[11]

Pucuk ini tahan selama kira-kira 70 hari dengan ketinggian 3-5 meter.[9][7] Pokok kantan yang tua menumbuhkan rumpun batang pokok yang banyak tetapi tidak padat. Batang-batang tuanya menyerupai batang pokok halia atau lengkuas.[7]

Bunga muncul dalam jambak berbentuk gasing dengan bertangkai panjang, ukurannya 0.5-2.5 m kali 1.5-2.5 sentimeter. Jambak bunga kantan boleh terdapat dalam warna merah, merah jambu, ungu dan putih.[5] Kudupnya berubah warna selepas empat hingga tujuh hari.[8]

Daun pelindungnya berbentuk jorong dengan ukuran 7–18 sentimeter panjang dan 1–7 sm lebar, ia berwarna merah jambu hingga merah terang. Kelopak bunga berbentuk tabung panjang 3-3.5 sm dengan hujung yang terbelah tiga. "Bibir" lebar kelopak-kelopaknya (labellum) berbentuk seperti sudip dengan ukuran sekitar 4 sm panjang, berwarna merah terang, dan ada tepi berwarna putih atau kuning.[11]

Bunga kantan kembang selepas lebih kurang 50 hari.[9]

Buah dan biji

sunting

Buahnya muncul dalam kapsul hampir bulat berbulu halus dan pendek di luarnya dengan diameter 10–20 sm, buah tersebut hijau dan menjadi merah atau kuning apabila masak.[5] Buah ini berisi biji perang kehitaman yang banyak, setiap butir mempunyai diameter 2-2.5 sm dengan selaput putih bening atau kemerahan yang berasa masam.[11]

Kegunaan

sunting

Masakan

sunting
 
Bunga kantan yang banyak dijadikan bahan memasak dalam masakan Melayu.

Bunga merah jambu yang menonjol digunakan dalam pengaturan hiasan, manakala tunas bunganya, yang turut dikenali dengan nama bunga kecombrang, merupakan ramuan penting dalam masakan Melayu seperti laksa dan nasi kerabu.

Di Sarawak, bunga ini juga tidak kurang asing dalam masakan manok pansoh. Di Sumatera Utara (terutamanya di suku Karo), tunas bunga digunakan untuk ikan rebus dikenali Arsik ikan mas. Di Bali, orang menggunakan bahagian batang putih di bawah untuk memasak sos cili dipanggil "Sambal Bongkot", dan digunakan tunas bunga untuk membuat sos cili dipanggil "Sambal Kecicang". Batang semu dan pelepah daun kantan merembeskan bendalir berbusa harum yang dapat dimanfaatkan sebagai sabun tubuh dan wajah.[7] Di Thailand, ia dimakan dalam sejenis salad Thai.[12]

Masyarakat Sunda memperoleh bahan pewarna kuning dari rimpangnya. Pelepah daun sebatang semu dimanfaatkan sebagai bahan anyam-anyaman setelah dikering dan direndam lembut beberapa kali selama beberapa hari, bahkan juga bahan asas membuat kertas yang cukup baik mutu.[6]

Lain-lain

sunting

Pokok kantan boleh ditanam sebagai tanaman hiasan. Batang pokok kantan boleh dibuat tikar.[5]

Galeri

sunting

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ a b Riffle, Robert Lee (1998). The tropical look: an encyclopedia of dramatic landscape plants. Timber Press. m/s. 167. ISBN 978-0-88192-422-0.
  2. ^ Wilkinson, Richard James (1932). "kantan". A Malay-English dictionary (romanised). I. Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis. m/s. 507 – melalui TROVE, Perpustakaan Negara Australia.
  3. ^ "Phaeomeria speciosa". Kamus Bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  4. ^ a b "Etlingera elatior L." Plant of the World Online. Royal Botanic Gardens, Kew. 2023. Dicapai pada 4 Januari 2023.
  5. ^ a b c d e Hean Chooi Ong (2008). Rempah-ratus: khasiat makanan & ubatan. Kuala Lumpur, Malaysia: Utusan Publications. m/s. 40, 92–93. ISBN 9676121053.
  6. ^ a b Heyne, Karel (1987). Tumbuhan Berguna Indonesia. I. Jakarta, Indonesia: Badan Litbang Kehutanan, Departemen Kehutanan Republik Indonesia. m/s. 586–7.
  7. ^ a b c d Ardita, Ferdi. "Sabun alami". Percik Yunior. No. 6 Oktober. m/s. 12. ISSN 1978-5429.
  8. ^ a b Fairul Asmaini Mohd Pilus (27 Disember 2020). "Bunga penyedap masakan". Harian Metro. Dicapai pada 7 Januari 2023.
  9. ^ a b c Choon, S.Y.; Ding, P. (2016). "Tahap Tumbesaran Tumbuhan Kantan (Etlingera elatior)". Sains Malaysiana. 45 (4): 507–515. Dicapai pada 4 Januari 2023.
  10. ^ Vanzile, Jon (29 September 2022). Wrubel, Jessica (penyunting). "How to Grow Torch Ginger". The Spruce. Dotdash Meredith. Dicapai pada 4 Januari 2023.
  11. ^ a b c H. Ibrahim; Setyowati, F.M. (1999). "Etlingera Giseke". Dalam de Guzman, C.C.; Siemonsma, J.S. (penyunting). Plant Resources of South-East Asia. 13: Spices. Bogor, Indonesia: PROSEA. m/s. 123–126. ISBN 979-8316-34-7.
  12. ^ ความคิดเห็นที่ 15 - สวัสดีครับป้าอัม ลุงไก่

Pautan luar

sunting