Habsyah di Sukan Olimpik Musim Panas 2020
(Dilencongkan daripada Ethiopia di Sukan Olimpik Musim Panas 2020)
Habsyah, atau Ethiopia telah menyertai Sukan Olimpik Musim Panas 2020 di Tokyo, Jepun. Kejohanan ini pada asalnya dijadualkan berlangsung dari 24 Julai hingga 9 Ogos 2020, tetapi ditangguhkan ke 23 Julai hingga 8 Ogos 2021 akibat pandemik COVID-19.[1] Ia merupakan penyertaan ke-14 Habsyah dalam Sukan Olimpik Musim Panas sejak 1956. Habsyah juga tidak menyertai tiga edisi Sukan Olimpik Musim Panas disebabkan boikot yang diadakan negara-negara Afrika (1976), boikot yang diketuai Soviet (1984) dan boikot yang diketuai Korea Utara (1988).
Habsyah di Sukan Olimpik Musim Panas 2020 | |
---|---|
Kod IOC | ETH |
NOC | Majlis Olimpik Habsyah |
Laman sesawang | http://www.ethiolympic.org/ |
di Tokyo, Jepun | |
Peserta | 38 dalam 4 sukan |
Pembawa bendera (pembukaan) | AbdelMalik Muktar |
Pembawa bendera (penutupan) | Selemon Barega |
Pingat Kedudukan ke-56 |
|
Penampilan Sukan Olimpik Musim Panas | |
Pemenang pingat
suntingPingat | Nama | Sukan | Acara | Tarikh |
---|---|---|---|---|
Emas | Selemon Barega | Olahraga | 10000 meter lelaki | 30 Julai |
Perak | Lamecha Girma | Olahraga | 3000 meter berhalangan lelaki | 30 Julai |
Gangsa | Gudaf Tsegay | Olahraga | 5000 meter wanita | 2 Ogos |
Gangsa | Letesenbet Gidey | Olahraga | 10000 meter wanita | 7 Ogos |
Peserta
suntingSeramai 38 orang atlet mewakili Habsyah dalam empat sukan;
Sukan | Lelaki | Wanita | Jumlah |
---|---|---|---|
Lumba basikal | 0 | 1 | 1 |
Olahraga | 16 | 19 | 35 |
Renang | 1 | 0 | 1 |
Taekwondo | 1 | 0 | 1 |
Jumlah | 18 | 20 | 38 |
Rujukan
sunting- ^ "Joint Statement from the International Olympic Committee and the Tokyo 2020 Organising Committee". Olympics (dalam bahasa Inggeris). 24 Mac 2020.