Kitaran estrus

(Dilencongkan daripada Estrus)

Kitaran estrus (berasal dari Bahasa Latin oestrus, dari Bahasa Yunani οἶστρος) merangkumi perubahan fisiologi berulang-ulang yang disebabkan oleh hormon pembiakan dalam kebanyakan mamalia beruri betina. Manusia pula mengalami kitaran haid (menstrual). Kitaran estrus bermula selepas mamalia betina akil baligh dan diganggu oleh fasa anestrus atau kebuntingan. Biasanya, kitaran estrus berterusan hingga mamalia betina menemui ajalnya. Sesetengah haiwan juga mengumuhkan darah dari farajnya, iaitu sering disalah sangka sebagai haid atau "datang bulan".

Pautan luar

sunting