Siti Erin Shahira (lahir 31 Disember 2003) merupakan seorang pelakon dan penyanyi wanita Malaysia. Ia mula dikenal menerusi lagu pertama yang bertajuk Arjuna.

Erin CTJ
Kelahiran
Siti Erin binti Shahira

(2003-12-31) 31 Disember 2003 (umur 20)
PekerjaanPelakon, penyanyi
Tahun aktif2020–kini

Siti Erin Shahira @ Erin CTJ mula minat menyanyi sejak kecil, atas sokongan & dorongan ibu bapa & keluarga, seawal usia 9 tahun, Erin sudah menyertai banyak pertandingan nyanyian. Sering mendapat tempat antara yg terbaik. Seawal usia itu juga, beliau pernah menjadi model iklan makanan, minuman & juga iklan syarikat telekomunikasi di televisyen. Pada tahun 2014, ketika berusia 11 tahun, beliau menyertai pertandingan nyanyian yg tidak asing lagi di Malaysia, Bintang Kecil RTM & dinobatkan sebagai juara sekaligus meraih persembahan terbaik. Beliau terus aktif dengan menyertai lagi pertandingan² nyanyian antaranya, i-Sing Malaysia 2018 (Juara kategori wanita), Berjaya Teenstar Challenge 2019 (Juara kategori solo wanita & juga meraih anugerah Berjaya Teenstar of the year), Bintang Klasik RTM 2019 (tempat ke-3), The Last Trio Standing 2022 (Astro) berganding bersama Lah Ahmad & Asfan Shah dengan nama trio, Trivoce berjaya meraih tempat ke-3.

Erin juga mencari pengalaman dengan menyertai pertandingan di Singapura, Asian Dream & Dangdut Academy Asia 5 di Indonesia (top 16) pada tahun 2019. Beliau juga sering diundang untuk membuat persembahan Road Show, karnival, majlis rasmi di merata tanahair & juga program² di televisyen. Pada tahun 2020, Erin tampil dengan lagu single pertamanya di bawah MVM Music. Seterusnya, di bawah Rusa Music, beliau tampil dengan 6 single termasuk duet bersama Asfan Shah dari tahun 2021 - 2023. Salah satu lagu single, adalah atas hasil tulisan beliau sendiri. Pernah juga lahirkan 1 single di bawah MVM Dangdut (pasaran Indonesia) Beberapa lagu single beliau pernah dipilih menjadi ost untuk drama² berepisod.

Selain bidang nyanyian, Erin juga sudah menceburi bidang lakonan sebagai watak sampingan & pembantu dalam beberapa buah drama televisyen & drama web/streaming, juga filem yang telah ditayangkan di pawagam.

Filemografi

sunting
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2022 Skuad JPJ Adila TV1 Drama pertama
2023 Cik Misi 123 Jaja Astro Prima
2024 Satu Hari Nanti Jiha IQIYI Drama web
Tahun Tajuk Watak Catatan
2022 Hantu Tenggek Neng Filem pertama
2023 Sumpahan Malam Raya Bibik
2023 Syaitan Munafik Tania

Diskografi

sunting

Single

sunting
Tahun Tajuk Catatan
2020 Arjuna Lirik : Ejai Aziz

Komposer : Harry Khalifah & Ejai Aziz

2021 Jalan Duta Lirik : Ezra Kong & A. Ramlee

Komposer : Ezra Kong

2022 Dambaanku Lirik : Ikhwan Fatanah

Komposer : Ikhwan Fatanah & Wan Saleh

2022 Suri Cinta

OST Drama Berepisod, Selamanya Suri Cinta

Lirik : Tomok & Khaleel

Komposer : Tomok & Rudy Nastia

2023 Pengiri Hati Lirik : Erin Shahira

Komposer : Park Min Soo & Erin Shahira

2023 Dengarkan Beb

(Pasaran Indonesia)

Lirik & Komposer : Bratt Bob
2023 Pujuk Hati Lirik : M.A.O

Komposer : Jawa Suki

2023 Takdir Cinta Kita

(Kolaborasi Bersama Asfan Shah)

OST Drama Berepisod, Andai Itu Takdirnya

Lirik : Siti Rosmizah

Komposer : Asfan Shah

2023 Ini Warisan Kita

(Kolaborasi Bersama Alam Antido) Lagu Khas Kementerian Perpaduan Malaysia

Lirik & Komposer : Mas Dewangga & Jova Devito

Pautan luar

sunting