Senarai episod Claymore
Ini merupakan senarai episode dalam siri anime Claymore. Sirinya diarahkan oleh Hiroyuki Tanaka dan dihasilkan oleh Madhouse Studios. Siri ini dicipta berdasarkan siri manga Claymore oleh Norihiro Yagi, dan merupakan adaptasi jilid-jilid pertama hingga ke-11, dimuatkan dalam dua puluh empat buah episod. Dua episod terakhir merupakan plot asal siri anime dan tidak berdasarkan manga karya Yagi. Siri ini disiarkan daripada bulan April 2007 sehingga bulan September 2007 di Jepun menerusi saluran Nippon Television.[1]
Dua buah lagu tema digunakan dalam episod-episod ini: satu tema pembuka dan satu tema penutup. Lagu tema pembukanya ialah "Raison d’être" (レゾンデートル , maksud lliteral; Sebab masih bernyawa) oleh Nightmare. Tema penutupnya merupakan lagu daripada single penyanyi J-pop Riyu Kosaka, iaitu "Danzai no Hana~Guilty Sky" (断罪の花 ~Guilty Sky~ , maksud literal; Bunga Tertuduh~Langit Bersalah). Lagu-lagu ini digunakan dalam setiap dua puluh enam episod.
Sehingga bulan Februari 2008, tujuh buah kompilasi DVD, setiap daripadanya mengandungi tiga buah episod, telah dikeluarkan di Jepun oleh Avex Trax, di mana kompilasi terkininya dikeluarkan pada 26 Ogos, 2007.[2] Selain itu, empat buah set edisi terhad telah dikeluarkan. Set edisi terhad yang pertama mengandungi DVD pertama, manakala ketiga-tiga set yang lain setiap satunya mengandungi dua buah DVD.[3] Set edisi terhad terkini dikeluarkan pada 30 Januari, 2008. Dua buah DVD lagi berserta sebuah set edisi terhad dirancang untuk dikeluarkan pada 26 Mac, 2008.[2] DVD pertama Claymore dirancang untuk dikeluarkan di Amerika Utara bermula bulan Ogos, 2008.[4]
Senarai episod
sunting# | Judul episod | Tarikh siaran asal |
---|---|---|
1 | "Dai ken -KUREIMOA-" (大剣 -クレイモア-) | 3 April 2007 |
Seorang budak lelaki bernama Raki berinteraksi dengan seorang Claymore, makhluk setengah manusia, setengah syaitan, setelah kampungnya meminta bantuan untuk membunuh seorang Yoma yang bersembunyi di situ. Raki didatangi Yoma tersebut, yang telah menyamar sebagai abangnya, dan diselamatkan oleh Claymore itu. Raki, yang kini tidak mengetahui hala tujunya, telah mengikut Claymore itu, yang mendedahkan namanya sebagai Clare. | ||
2 | "Kuro no sho" (黒の書) | 10 April 2007 |
Raki telah menjadi menyaksikan sebuah konfrontasi di antara Clare dan seorang lagi Claymore iaitu Elena. Meskipun merupakan rakan karib Clare, Elena menghampiri saat "pembangkitannya" dan masanya berubah menjadi seorang Yoma semakin singkat. Walaupun ditentang Raki, Clare mengambil nyawa Elena. | ||
3 | "Mahoroba no yami" (まほろばの闇) | 17 April 2007 |
Clare diupah untuk membunuh seorang Voracious Eater (Pembunuh Rakus) di sebuah bandar suci di mana golongan Claymore dilarang berada. Disebabkan Clare dipaksa menggunakan dadah untuk menyembunyikan ciri-ciri Claymore dirinya, dia menghadapi masalah untuk mengesan lokasi Yoma tersebut. | ||
4 | "Kurea no kakusei" (クレアの覚醒) | 24 April 2007 |
Clare hampir "bangkit" apabila dia menggunakan terlebih kuasanya untuk mengalahkan Yoma yang telah dijumpai. Dengan bantuan Raki, transformasi Clare terganggu. Raki kemudiannya telah menerima sebilah pedang daripada salah seorang daripada kesatria di bandar itu untuk menghargai pengorbanan oleh Raki dan Clare. | ||
5 | "Bishō mi no Teresa" (微笑みのテレサ) | 1 Mei 2007 |
Dalam sebuah koleksi imbasan kembali, Teresa, Claymore terhandal dalam eranya, telah menewaskan sekumpulan Yoma dengan mudah, termasuklah mereka yang telah menganiaya Clare yang masih lagi kecil pada waktu itu. Tidak mengetahui hala tujunya, Clare mengikut Teresa menerusi pengembaraannya. | ||
6 | "Teresa to Kurea" (テレサとクレア) | 8 Mei 2007 |
Demi menyelamatkan nyawa Clare daripada sekumpulah perompak, Teresa telah melanggar peraturan yang melarang Claymore daripada membunuh manusia. Penjaga teresa, Orsay, telah menghantar Claymore berkedudukan dua hingga lima, di mana mereka merupakan Claymore kedua hingga kelima yang terhandal, untuk membunuhnya. | ||
7 | "Shisha no rakuin" (死者の烙印) | 15 Mei 2007 |
Claymore Organisasi berkedudukan dua hingga lima, Priscilla, Ilena, Noel dan Sophia, telah diarahkan untuk membunuh Teresa. Priscilla telah bertarung dengan Teresa secara solo, tetapi ditewaskan. Ketiga-tiga yang lain bersetuju untuk membantu Priscilla, dan kumpulan tersebut melepaskan tenaga mereka sebagai persediaan untuk melancarkan serangan gabungan tenaga mereka. | ||
8 | "Kakusei" (覚醒) | 22 Mei 2007 |
Teresa dengan mudahnya menewaskan Claymore yang lain, namun membernarkan mereka hidup. Priscilla yang tidak berpuas hati di atas kekalahannya, menjejaki Teresa, dan telah melepaskan tenaga yang berlebihan. Dai akhirnya "bangkit," mengubah dirinya menjadi seorang Yoma, dan terus membunuh Teresa dan rakan-rakannya. Clare yang tergamam melihat kematian Teresa, hanya mampu memegang kepala Teresa yang tidak berbadan. | ||
9 | "Kiri saku mono tachi (I)" (斬り裂く者たち(I)) | 29 Mei 2007 |
Setelah kematian teresa, Clare membawa kepalanya ke Rubel dan meminta menjadi seorang Claymore. Sekembali ke jalan cerita asal, Clare ditugaskan memburu seorang Awakened. Dengan meninggalkan Raki di sebuah rumah rehat, Clare beredar menuju objektifnya bersama-sama Miria, Helen dan Deneve. Apabila mereka berhadapan dengan makhluk Awakened tersebut, didapati bahawa dia merupakan makhluk jantan, dan jauh lebih kuat daripada jangkaan mereka. | ||
10 | "Kiri saku mono tachi (II)" (斬り裂く者たち(II)) | 5 Jun 2007 |
Pertarungan menentang makhluk Awakened tidak memberi sebarang harapan, meskipun Helen, Deneve dan Miria mempamerkan kemahiran yang tinggi. Akan tetapi, Clare tidak mahu berputus asa, dan menggunakan kemahiran membaca tenaga Yokinya untuk mengelak serangan makhluk tersebut. Bersama-sama Miria, Clare menyerang makhluk tersebut dan berjaya membunuhnya. Sepanjang pertarungan mereka, Galatea, si "pemerhati" atau "mata" ahli Organisasi itu, telah membaca tenaga yang muncul daripada empat orang Claymore tersebut daripada suatu jarak yang jauh dan memberitahu penjaganya, Ermita, tentang pertarungan kemajuan pertarungan mereka. | ||
11 | "Kiri saku mono tachi (III)" (斬り裂く者たち(III)) | 12 Jun 2007 |
Semasa keempat-empat Claymore itu menyembuhkan kecederaan mereka, Miria menyatakan teorinya bahawa Organisasi mereka dengan sengajanya memberi tugas kepada mereka bersama kerana mereka semua merupakan ahli Claymore yang gemar membuat kacau dan percaya bahawa mereka semua telah separuh bangkit. Clare, Helen, dan Miria memantau reaksi Deneve apabial dia cuba untuk membuktikan teori ini dengan menyelamatkan dirinya sendiri menerusi teknik melebihi had yang ditetapkan untuk menyembuhkan lukanya, namun tetap kekal sebagai seorang Claymore dalam proses tersebut. Miria juga telah memberi amaran kepada mereka akan ahli-ahli Claymore dari kedudukan satu hingga lima: Alicia, Beth, Galatea, Ophelia dan Rafaela, dan telah menasihatkan mereka supaya mengelak daripada menentang mereka disebabkan tahap kekuatan mereka. | ||
12 | "Hate naki bohyō (I)" (果て無き墓標(I)) | 19 Jun 2007 |
Clare ditugaskan oleh Rubel untuk memburu makhluk Awakened bersamakumpulan yang lain. Namun, Clare terkejut mendapati bahawa kumpulan itu terdiri daripada hanya Ophelia seorang. Tambahan pula, sifat Ophelia yang rakus dan gila terhadap darah serta ancaman daripada makhluk Awakened itu sendiri telah meletakkan Clare dan Raki dalam posisi bahaya. | ||
13 | "Hate naki bohyō (II)" (果て無き墓標(II)) | 26 Jun 2007 |
Clare menentang Ophelia dan kehilangan tangan kanannya. Ilena, yang telah dianggap mati, telah menyelamatkan nyawa Clare dan pada waktu yang sama telah mencederakan Ophelia dengan teruk. Di atas kekecewaannya di atas kematian abangnya di tangan Priscilla dan kekalahannya di tangan Ilena, Ophelia mengeluarkan tenaga yang berlebihan sehingga dirinya bangkit. Clare beransur pulih, di mana dia diajar oleh Ilena yang membuat keputusan untuk menunjukkan teknik "Pedang Pantas" atau Quick Sword. | ||
14 | "Tatakau shikaku" (闘う資格) | 3 Julai 2007 |
Dengan kelebihan menggunakan lengan kanan Ilena dan teknik barunya iaitu "Pedang Pantas", Clare menentang Ophelia. Ophelia yang terkejut dengan rupanya yang baru sahaja menjadi seorang Yoma, serta galakan oleh sifat kemanusiaan Ophelia yang masih kekal di dalam dirinya, Clare berjaya membunuhnya. Selepas Clare meninggalkannya, Ilena, yang kini tidak lagi mempunyai kedua-dua belah lengannya, berhadapan dengan Rafaela. | ||
15 | "Majo no agito (I)" (魔女の顎門(I)) | 10 Julai 2007 |
Gagal menghubungi Clare selama tiga bulan sejak kematian Ophelia, Organisasi Claymore berputus untuk menghantar Galatea untuk menjejakinya. Pada waktu yang sama, Clare mencari Raki sambil menyamar dengan tenaganya dimampatkan, di sebuah pekan kecil. Dia hampir bertembung dengan sekumpulan Claymore yang sedang memburu makhluk Awakened. Pada keesokan hari, seorang Claymore mengesot masuk ke dalam pekan dalam keadaan nyawa-nyawa ikan, dan memberitahu Clare bahawa kumpulannya ditangkap. Clare tanpa berfikir masak-masak terus menuju ke luar pekan untuk menyelamatkan mereka. | ||
16 | "Majo no agito (II)" (魔女の顎門(II)) | 17 Julai 2007 |
Clare sampai ke sebuah gua yang didiami dua makhluk Awakened: "Mereka daripada Jurang" yang dikenali sebagai Riful di Barat serta kekasih dan pelindungnya yang bernama Dauf. Apabila bersemuka dengam Dauf dan menentangnya, Clare diselamatkan oleh Galatea. Mereka mendapat tahu akan kaum asingan di antara tiga Abyssal Ones di Utara, Barat dan Selatan, serta niat Riful untuk mencipta seberapa banyak makhluk Awakened yang boleh diciptanya untuk menyebelahinya sebelum mereka bertiga bertembung. Dengan bantuan Galatea, Clare lantas membantu menyelamatkan Jean, satu-satu Claymore yang mampu menembusi perisai Dauf. | ||
17 | "Majo no agito (III)" (魔女の顎門(III)) | 24 Julai 2007 |
Clare berjaya memaksa Jean keluar daripada keadaan bangkitnya, menerima semula kesetiaannya, dan kembali membantu Galatea. Bersama-sama, pertarungan mereka berubah dan Dauf ditewaskan, meskipun Riful sempat menyelamatkan nyawa raksasa tersebut. Clare akhirnya berjaya melontarkan serangan ke atas Riful, lalu Riful mula menjelaskan tentang Negara Utara dan nama ketuanya, iaitu Isley. Galatea kembali meneruskan objektifnya untuk membawa Clare pulang ke tangan organisasi, namunmembuat keputusan untuk melupakannya. | ||
18 | "Kita no senran (I)" (北の戦乱(I)) | 31 Julai 2007 |
Rubel dan Rafaela bertemu dengan Clare dan Jean, di mana Rubel memberi Clare satu misi yang membawanya ke kawasan Utara bersama-sama dua puluh tiga ahli Claymore yang lain untuk berhadapan dengan sekumpulan Makhluk-makhluk Bangkit dan Makhluk dari Jurang iaitu Isley. Rubel juga menyebut bahawa Raki telah mula bergerak ke sana, memberi alasan tambahan untuk Clare menuju ke sana serta merta. Setibanya Clare do sana, dia disatukan sekali lagi bersama-sama Miria, Helen dan Deneve. Ahli-ahli Claymore berjumlah 24 yang telah berkumpul ini akan berhadapan dengan tiga Makhluk Bangkit. | ||
19 | "Kita no senran (II)" (北の戦乱(II)) | 7 Ogos 2007 |
Kelima-lima kumpulan Claymore menewaskan ketiga-tiga Makhluk Bangkit. Sesetengah daripada mereka telah cedera dengan teruk, namun tidak terdapat sebarang kematian. Raki dilihat meronta-ronta di dalam sebuah pekan yang telah dihancurkan oleh Yoma, dan berjumpa dengan seorang gadis berupa kanak-kanak iaitu Priscilla. Priscilla secara tiba-tiba mula meminati Raki, lalu Isley, penjaga kepada Priscilla mengajak Raki pulang bersama-samanya dan Priscilla. | ||
20 | "Kita no senran (III)" (北の戦乱(III)) | 14 Ogos 2007 |
Raki, yang masih berasa ingin melindungi Clare, telah meminta Isley untuk mengajarnya teknik berlawan menggunakan pedang, manakala Priscilla terus menunjukkan minatnya terhadap Raki dalam keadaan yang damai dan kebudak-budakkan. Deneve berhadapan dengan kaptennya, iaitu Undine, lalu mereka berdua bersatu semula dengan mendedahkan motivasi masing-masing dalam menjejaki takdir mereka sebagai pahlawan Claymore. Flora, kapten dalam kumpulan Clare, tidak mempercayai Clare disebabkan lengan yang dipinjamnya, namun menerimanya selepas Clare mendedahkan pemilik sebenar lengannya itu; Ilena. Undine kembali kepada kumpulannya dan menyapa mereka dengan kata-kata yang lembut, yang telah memeranjatkan Claymore yang lain. Nun jauh disebalik lokasi Claymore pada waktu itu, Isley mengarahkan leftenanya, Rigardo, untuk membawa tentera secukupnya untuk menghancurkan Pieta. | ||
21 | "Pieta shinkō (I)" (ピエタ侵攻(I)) | 21 Ogos 2007 |
Clare dan Claymore yang lain bersiap-sedia untuk bertempur dengan kumpulan Makhluk Bangkit seterusnya. Raki, Isley dan Priscilla pula sedang bergerak menuju ke Pieta pada waktu itu. Para Claymore telah bertarung dengan baik meskipun terdapat ramai Makhluk Bangkit yang muncul, memaksa Rigardo untuk memasuki kawasan pertarungan untuk menghalang daripada berlakunya kematian orang-orangnya sendiri. Dengan menunjukkan kekuatannya, Rigardo telah membunuh empat daripada lima orang kapten dengan mudah, membunuh Veronica, Undine, dan Flora dalam sekelip mata, selain daripada mengakibatkan kecederaan parah di bahagian abdomen Jean. | ||
22 | "Pieta shinkō (II)" (ピエタ侵攻(II)) | 28 Ogos 2007 |
Clare dan Claymore yang terselamat meneruskan pertarungan mereka dengan Rigardo. Manakala Raki didedahkan kepada kejadian masa lampau yang menimpa Priscilla. Apabila Rigardo sedang cuba untuk menumpaskan Maria, Claymore yang lain cuba untuk menghulurkan bantuan mereka, namun ditangkis mudah oleh Rigardo, termasuklah juga Miria yang mulai lemah terhadap serangan yang dilemparkan Rigardo. Apabila Miria akhirnya hampir dibunuh, lengan Rigardo diputuskan oleh Clare yang kelihatan telah Bangkit. | ||
23 | "Rinkai ten (I)" (臨界点(I)) | 4 September 2007 |
Semasa Raki dalam perjalanannya ke Pieta, Clare mendedahkan bahawa dia hanya membenarkan kakinya untuk berubah, memberinya peningkatan dalam kelajuan pergerakan. Namun begitu, kepantasan Clare tidak dapat dikawalnya, membenarkan Rigardo untuk mendapat kelebihan dalam pertempuran tersebut. Rigardo, yang berasa teruja berhadapan dengan seorang lawan yang cukup memuaskannya, melepaskan kekuatan sebenarnya. Raki tiba di Pieta, dan menyaksikan Clare yang telah Separa Bangkit. Menganggap bahawa Jean telah dibunuh, Clare berazam untuk membalas dendam kematian rakannya itu dengan melepaskan tenaga yang melebihi had bahaya, dan akhirnya menghancurkan badan Rigardo dengan pedangnya sebaik sahaja Jean terjaga daripada pengsannya. | ||
24 | "Rinkai ten (II)" (臨界点(II)) | 11 September 2007 |
Tidak mampu kembali semula kepada keadaan biasanya, Clare meminta Helen untuk memancung kepalanya agar dia tidak bangkit. Priscilla pula mula mengenali tenaga yang dilepaskan oleh Clare, dan dengan mempercayai bahawa tenaga itu milik Teresa, memorinya kembali kepadaya. Dengan mengecam kedatangan Priscilla, Clare mula mengejar Priscilla. Isley yang berasa tertarik dengan keadaan yang telah berlaku, mengarahkan orang-orangnya bersedia di bahagian tepian sambil dia memerhatikan situasi tersebut. Sebagai respon daripada Organisasi, mereka telah menghantar Galatea untuk mengecam konflik yang berlaku di utara. | ||
25 | "Dare ga tame ni" (誰が為に) | 18 September 2007 |
Pertarungan yang berlaku di antara Clare dan Priscilla berterusan di dalam sebuah gunung berapi manakala Isley memerhatikan pertarungan mereka. Priscilla, yang telah menyedari bahawa dia merupakan seorang Makhluk Bangkit, dengan mudahnya menangkis serangan Clare, yang dipercayai sebagai Teresa. Sementara itu, Jean dan Raki menuju ke tempat pertarungan mereka. Apabila Clare hampir-hampir dibunuh oleh Priscilla, Miria, Helen dan Deneve telah muncul untuk menyelamatkannya. Mereka berjaya mendapat kelebihan di dalam pertarungan tersebut, namun sebaik sahaja Priscilla melepaskan tenaga penuhnya, ketiga-tiga rakan Claymore Clare itu ditewaskannya tanpa kesukaran. Dengan azam yang memuncak untuk membalas dendam ke atas kematian teresa, Clare akhirnya melepaskan tenaga penuhnya untuk menewaskan Priscilla. | ||
26 | "Uketsugu mono e" (受け継ぐものへ) | 25 September 2007 |
Clare, yang hampir Bangkit dengan penuh, meneruskan pertarungannya dengan Priscilla, namun Priscilla tetap mendahuluinya dengan mudah, sehinggalah Clare, yang diganggu oleh imej-imej imbasan Teresa, menyerang Priscilla dengan serangan bertubi-tubi sehingga Priscilla kembali semula ke bentuk manusiannya dan hampir-hampir dipancung terus oleh Clare sehinggalah Clare dihentikan oleh Raki. Namun Clare yang tidak dapat mengawal dirinya, sebaliknya pula menyerang Raki. Jean telah menahan serangan Clare, meskipun tercedera dengan parah, Clare berjaya diubahnya ke bentuk manusia, menyebabkan Clare berasa kesal dan sedih di atas apa yang dilakukannya. Priscilla diusung keluar oleh Isley. Dalam babak-babak terkahir, Miria, Helen, Deneve dan Clare menyatakan keinginan mereka untuk keluar daripada organisasi Claymore dan meneruskan perjalanan mereka berasingan; Helen mengembara bersama-sama Deneve, dan Raki bersama-sama Clare. |
Nota
sunting- ^ "Claymore (TV) - Anime News Network". Anime News Network. Dicapai pada 8 Oktober 2007.
- ^ a b (Jepun) "CLAYMORE クレイモア". Avex Trax. Dicapai pada 8 Oktober 2007.
- ^ "クレイモア" (dalam bahasa Japanese). Nippon Television. Dicapai pada 8 oktober 2007. Check date values in:
|accessdate=
(bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link) - ^ "FUNimation Entertainment Acquires Claymore from NTV" (Siaran akhbar). AnimeOnDVD.com. 2008-02-18.
Rujukan
sunting- (Inggeris) Senarai episod tidak rasmi di Anime News Network.