Epilog Memori Gelita
Epilog Memori Gelita merupakan sebuah album studio keenam nyanyian penyanyi popular Malaysia, Fauziah Latiff yang diterbitkan pada 1993. Album ini memuatkan lagu berhantu "Teratai Layu di Tasik Madu" yang dijulang sebagai Juara Lagu 1993. Album ini juga meraih pencalonan kategori Album Terbaik di Anugerah Industri Muzik Pertama.
Epilog Memori Gelita | ||||
---|---|---|---|---|
Album studio oleh | ||||
Dilancarkan pada | 6 September 1993 | |||
Dirakamkan pada | 1992-1993 | |||
Tempat | Malaysia | |||
Genre | Pop | |||
Syarikat | Happy Records (M) | |||
Penerbit | Adnan Abu Hassan | |||
Kronologi Fauziah Latiff | ||||
| ||||
Single daripada Epilog Memori Gelita | ||||
| ||||
sunting · sunting di Wikidata |
Album ini disifatkan album paling berjaya dalam karier Fauziah sementelah album ini meraih anugerah platinum berkembar atas jualan memberangsangkan hingga mencecah 200,000 unit.
Di Fotoshot April 1993 di Majalah URTV sebelum di lancarkan album studio keenam selama 6 bulan
Senarai runut
suntingNo. | Tajuk | Penulis | Komposer | Masa | |
---|---|---|---|---|---|
1. | "Epilog Memori Gelita" | Fauziah Latiff | Adnan Abu Hassan | 4:36 | |
2. | "Hari Yang Istimewa" | Tapai | Adnan Abu Hassan | 3:54 | |
3. | "Singgahan Abadi" (Duet Adnan Abu Hassan) | Amran Omar | Adnan Abu Hassan | 4:39 | |
4. | "Aku Sebutir Pasir" | Amran Omar | Adnan Abu Hassan & Adam Ahmad | 4:49 | |
5. | "Aku Berbelah Bagi" | Lukhman S | Mat Din | 3:18 | |
6. | "Aku Redha" | Juwie | Fauzi Marzuki | 4:22 | |
7. | "Kalah Atau Mengalah" | Lukhman S | Adnan Abu Hassan | 4:24 | |
8. | "Terpisah Akhirnya" | A.K Khair | A.K Khair | 3:23 | |
9. | "Di Muara Sepi" | Amran Omar | Adam Ahmad | 4:12 | |
10. | "Teratai Layu Di Tasik Malu" | S. Amin Shahab | Adam Ahmad | 5:30 | |
Nota
suntingLagu Teratai Layu Di Tasik Madu kemudian dinyanyikan semula oleh penyanyi Indonesia Inka Christie pada tahun 1999 dengan mengubah beberapa lirik mengikut kesesuaian pendengar di negara republik itu, namun lagu ini mendapat tentangan dari peminat Fauziah Latiff kerana dikatakan merosakan lagu milik penyanyi tersebut sedangkan Inka dan syarikat rakaman Musica Studios sudah meminta keizinan Adam Ahmad dan S.Amin Sahab