Eosen
Eosen ialah nama untuk epok geologi yang berlangsung bermula kira-kira 56 hingga 33.9 juta tahun dahulu (jtd). Ia merupakan epok kedua Tempoh Paleogen dalam Era Senozoik moden. Nama Eocene (dalam bahasa Inggeris) berasal dari bahasa Yunani Purba ἠώς (ēṓs, "fajar") dan καινός (kainós, "baharu") dan merujuk kepada "fajar" fauna moden ('baru') yang muncul semasa zaman itu.[3][4]
Eosen | |
---|---|
Kronologi | |
Etimologi | |
Keformalan nama | Formal |
Maklumat kegunaan | |
Jasad cakerawala | Bumi |
Kegunaan tempatan | Global (ICS) |
Skala masa yang digunakan | Skala Masa ICS |
Takrifan | |
Unit kronologi | Epok |
Unit stratigrafi | Siri |
Keformalan jangka masa | Formal |
Takrif sempadan bawah | Anomali negatif kuat dari segi nilai-nilai δ13C sewaktu PETM[1] |
Sempadan bawah GSSP | Keratan Dababiya, Luxor, Mesir[1] 25°30′00″N 32°31′52″E / 25.5000°N 32.5311°E |
Tarikh ratifikasi sempadan bawah GSSP | 2003[1] |
Takrif sempadan atas | DPT foramina berplankton Hantkenina dan Cribrohantkenina |
Sempadan atas GSSP | Keratan kuari Massignano, Massignano, Ancona, Itali 43°31′58″N 13°36′04″E / 43.5328°N 13.6011°E |
Tarikh ratifikasi sempadan atas GSSP | 1992[2] |
Eosen menjangkau masa dari akhir epok Paleosen sehingga permulaan epok Oligosen. Permulaan epok Eosen ditandai dengan tempoh yang singkat dengan kandungan isotop karbon 13C dalam atmosfera yang jauh lebih rendah berbanding dengan isotop 12C yang lebih biasa ditemui. Purata suhu Bumi pada awal epok Eosen adalah kira-kira 27 darjah Celsius.[5] Penghujungnya ditetapkan pada peristiwa kepupusan besar yang dipanggil Grande Coupure atau peristiwa kepupusan Eosen–Oligosen, yang mungkin berkaitan dengan impak satu atau lebih hentaman tahi bintang yang besar di Siberia dan di tempat yang kini dikenali sebagai Teluk Chesapeake. Seperti tempoh geologi yang lain, stratum yang mentakrifkan permulaan dan penghujung zaman dapat dikenal pasti dengan baik,[6] walaupun tarikh tepatnya ada sedikit tidak pasti.
Subbahagian
suntingEpok Eosen biasanya dipecahkan kepada Awal, Pertengahan dan Akhir. Tahap-tahap fauna dari termuda hingga tertua adalah seperti berikut:
Priabonian | (37.2 ± 0.1 – 33.9 ± 0.1 juta tahun dahulu) |
Bartonian | (40.4 ± 0.2 – 37.2 ± 0.1 juta tahun dahulu) |
Lutetian | (48.6 ± 0.2 – 40.4 ± 0.2 juta tahun dahulu) |
Ypresian | (55.8 ± 0.2 – 48.6 ± 0.2 juta tahun dahulu) |
Eosan Awal terdiri daripada Ypresian dan Lutetia, manakala Eosen Akhir terdiri daripada Priabonian dan Bartonian; tetapi Lutetian dan Bartonian juga disatukan sebagai Eosen Pertengahan.
Grande Coupure
suntingGrande Coupure atau "Putusan Besar" yang menyaksikan pusing ganti fauna mamalia secara besar-besaran di Eropah sekitar 33.5 juta tahun dahulu, menandakan berakhirnya fasa terakhir himpunan Eosen, iaitu Priabonia, serta ketibaan imigran Asia ke Eropah. Grande Coupure bercirikan kepupusan berleluasa dan penspesiesan alopatri dalam populasi relik yang kecil dan terpencil.[7] Grande Coupure mendapat namanya pada 1910 ihsan seorang ahli paleontologi Switzerland, Hans Georg Stehlin,[8] yang menyifatkan pusing ganti fauna mamalia yang begitu mendadak di Eropah, yang diletakkannya pada sempadan Eosen-Oligosen. Ada juga pusing ganti fauna yang seumpamanya di Asia yang dikenali sebagai "Pemodelan Semula Mongolia".
Grande Coupure menandakan putusnya kesinambungan antara fauna-fauna Eropah yang endemik sebelum putusan, dan fauna-fauna campuran yang kuat dipengaruhi oleh pendatang Asia selepas itu. Sebuah pasukan pimpinan J. J. Hooker menjelaskan bahawa sebelum peristiwa ini, fauna mamalia Eropah dikuasai oleh keluarga ungulat Palaeotheriidae (saudara jauh kuda), Anoplotheriidae, Xiphodontidae, Choeropotamidae, Cebochoeridae, Dichobunidae dan Amphimerycidae, keluarga rodensia Pseudosciuridae, keluarga primat Omomyidae dan Adapidae, dan keluarga kelawar Nyctitheriidae.[9] Selepas berlakunya Grande Coupure, diperhatikan bahawa genus Palaeotherium dan Anoplotherium yang kaya dengan spesies lesap sepenuhnya bersama keluarga Xiphodontidae dan Amphimerycidae, lalu diganti oleh badak sumbu sejati (Rhinocerotidae), tiga keluarga ungulat (Entelodontidae, Anthracotheriidae dan Gelocidae) yang masing-masing bersaudara dengan babi, badak air dan ruminan, keluarga rodensia Eomyidae, Cricetidae (hamster) dan Castoridae (beaver), dan keluarga Erinaceidae (landak susu).[9] Hanya keluarga marsupial Herpetotheriidae, keluarga ungulat Cainotheriidae, dan keluarga rodensia Theridomyidae dan Gliridae (tikus tidur) berjaya mengharungi jurang fauna ini.
Ramai yang mempertikaikan sama ada perubahan mendadak ini disebabkan oleh perubahan iklim yang dikaitkan dengan pengglasieran kutub terawal[10] dan penurunan besar paras laut, ataupun disebabkan persaingan dengan hidupan yang terpencar dari Asia. Akan tetapi, ada yang mengusulkan bahawa peralihan ini ada kena-mengena dengan hentaman bola api yang besar di Popigai, Toms Canyon dan Chesapeake Bay. Peningkatan korelasi peristiwa berturut-turut di Eropah barat laut dengan peristiwa sedunia[9] mengesahkan bahawa Grande Coupure berlaku pada Oligosen terawal, diikuti kerumpangan sekitar 350 alaf sebelum catatan pertama takson-takson pendatang dari Asia pasca-Grande Coupure.
Satu unsur paradigma Grande Coupure adalah kelihatan pupusnya semua primat Eropah sewaktu Coupure: penemuan terbaru[11] sejenis omomyid Oligosen awal bersaiz tikus, yang mencerminkan bahawa mamalia kecil lebih berpeluang mandiri, sekaligus mengukuhkan lagi paradigma Grand Coupure.
Galeri
sunting-
Fosil penyu Eosen
Rujukan
sunting- ^ a b c Aubry, Marie-Pierre; Ouda, Khaled; Dupuis, Christian; William A. Berggren; John A. Van Couvering; Working Group on the Paleocene/Eocene Boundary (2007). "The Global Standard Stratotype-section and Point (GSSP) for the base of the Eocene Series in the Dababiya section (Egypt)" (PDF). Episodes. 30 (4): 271–286. doi:10.18814/epiiugs/2007/v30i4/003.
- ^ Silva, Isabella; Jenkins, D. (September 1993). "Decision on the Eocene-Oligocene boundary stratotype" (PDF). Episodes. 16 (3): 379–382. doi:10.18814/epiiugs/1993/v16i3/002. Dicapai pada 13 December 2020.
- ^ See:
- ^ "Eocene". Online Etymology Dictionary.
- ^ https://www.pnas.org/doi/10.1073/pnas.1809600115#:~:text=During%20the%20Eocene%2C%20the%20warmest,(ppmv)%20(23).
- ^ The extinction of the Hantkeninidae, a planktonic family of foraminifera became generally accepted as marking the Eocene-Oligocene boundary; in 1998 Massignano in Umbria, central Italy, was designated the Global Boundary Stratotype Section and Point (GSSP).
- ^ Called "dispersal-generated origination" in Hooker et al. 2004
- ^ H.G. Stehlen, 1910. "Remarques sur les faunules de Mammifères des couches eocenes et oligocenes du Bassin de Paris," in Bulletin de la Société Géologique de France, 4'.9, pp 488-520.
- ^ a b c Hooker, J.J.; Collinson, M.E.; Sille, N.P. (2004). "Eocene-Oligocene mammalian faunal turnover in the Hampshire Basin, UK: calibration to the global time scale and the major cooling event". Journal of the Geological Society. 161: 161. doi:10.1144/0016-764903-091.
- ^ Satu peristiwa penyejukan besar-besaran mendahului Grande Coupure, berasaskan kajian debunga di Lembangan Paris yang dijalankan oleh Chateauneuf (J.J. Chateauneuf, 1980. "Palynostratigraphie et paleoclimatologie de l'Éocene superieur et de l'Oligocene du Bassin de Paris (Perancis)" in Mémoires du Bureau de Recherches Géologiques et Minières, 116 1980).
- ^ Köhler, M; Moyà-Solà, S (1999). "A finding of oligocene primates on the European continent" (Free full text). Proceedings of the National Academy of Sciences of the United States of America. 96 (25): 14664–7. doi:10.1073/pnas.96.25.14664. ISSN 0027-8424. PMC 24493. PMID 10588762. Unknown parameter
|month=
ignored (bantuan)CS1 maint: multiple names: authors list (link)
Bacaan lanjut
sunting- Ogg, Jim; June, 2004, Overview of Global Boundary Stratotype Sections and Points (GSSP's) Global Stratotype Sections and Points Accessed April 30, 2006.
- Stanley, Steven M. Earth System History. New York: W.H. Freeman and Company, 1999. ISBN 0-7167-2882-6ISBN 0-7167-2882-6
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Eosen |
- PaleoMap Project
- Paleos Eocene page
- PBS Deep Time: Eocene
- Eocene and Oligocene Fossils
- The UPenn Fossil Forest Project, focusing on the Eocene polar forests in Ellesmere Island, Canada
- Basilosaurus Primitive Eocene Whales
- Basilosaurus - The plesiosaur that wasn't....
- Detailed maps of Tertiary Western North America
- Map of Eocene Earth
- Eocene Microfossils: 60+ images of Foraminifera
- Eocene Epoch. (2011). In Encyclopædia Britannica. Retrieved from Eocene Epoch | geochronology