Enokitake
Enokitake (えのき茸 , cendawan enoki) ialah spesies cendawan makan hasil pertanian berbentuk panjang berwarna putih seperti tauge. Ia dikenali juga sebagai cendawan jarum, cendawan musim sejuk dan cendawan pinang emas,[1][2] dan ditanam dengan meluas di Asia Timur. Sehingga kini, spesies ini dianggap konspesies dengan Flammulina velutipes Eropah, namun penjujukan DNA menunjukkan yang kededuanya berlainan.[3]
Cendawan jarum | |
---|---|
Cultivated Flammulina filiformis | |
Pengelasan saintifik | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Fungus |
Divisi: | Basidiomikota |
Kelas: | Agarikomiset |
Order: | Agaricales |
Keluarga: | Physalacriaceae |
Genus: | Flammulina |
Spesies: | F. filiformis
|
Nama binomial | |
Flammulina filiformis (Z.W. Ge, X.B. Liu & Zhu L. Yang) P.M. Wang, Y.C. Dai, E. Horak & Zhu L. Yang (2018)
| |
Sinonim | |
|
|
Di wilayah beriklim sejuk, cendawan ini tumbuh secara bebas pada suhu udara rendah mulai dari musim luruh hingga awal musim bunga. Cendawan ini juga diketahui tumbuh di bawah salji. Cendawan ini tumbuh di permukaan batang pohon Celtis sinensis (bahasa Jepun: enoki) yang sudah mereput, sehingga disebut "enokitake" (cendawan enoki). Cendawan ini juga boleh tumbuh di permukaan batang kayu reput pohon-pohon berdaun lebar seperti kertau dan kesemak. Cendawan ini sering dianggap sebagai hama bagi beberapa produk pertanian.
Nama vernakular
suntingNama enokitake (榎茸、エノキタケ), enokidake (榎茸、エノキダケ) dan enoki (榎、エノキ) diambil daripada bahasa Jepun. Dalam bahasa Cina Mandarin, cendawan ini dipanggil 金針菇 (jīnzhēngū, "cendawan jarum emas") atau 金菇 (jīngū, "cendawan emas"). Di India ia dipanggil futu. Dalam bahasa Korea pula, ia dipanggil paengi beoseot (팽이버섯) yang bermaksud "cendawan yang ditanam berdekatan catalpa", dan nấm kim châm dalam bahasa Vietnam.
Perindustrian
suntingCendawan enoki hasil penanaman boleh dituai sepanjang tahun. Industri penanaman enokitake agak berbeza dari enokitake yang tumbuh meliar. Cendawan hasil penanaman dilindungi dari sinar matahari sehingga berwarna putih, sedangkan cendawan liar berwarna coklat hampir merah jambu. Cendawan hasil penanaman juga memiliki batang yang panjang dan kurus-kurus, sedangkan cendawan liar memiliki batang yang lebih pendek dan gemuk. Rasa cendawan tanam juga sangat berbeza dengan cendawan yang tumbuh meliar.
Enokitake yang tersedia di pasaran merupakan hasil penanaman. Cendawan ditanam dengan menggunakan botol atau beg plastik. Cendawan memerlukan 30 hari pada suhu 15°C dan kelembapan 70% ke atas. Medium serbuk gergaji atau serbuk umbisi jagung ditambah dengan pelbagai bahan campuran lain. Setelah itu, cendawan masih perlu tumbuh 30 hari lagi dengan suhu yang lebih sejuk dan lebih lembap.
Cendawan dilindungi dari sinaran matahari dan dipaksa tumbuh di dalam botol atau beg plastik yang sempit. Cendawan yang terus mencari sinaran matahari akhirnya tumbuh terus ke atas hingga menjadi panjang-panjang dan kurus. Cendawan memang boleh tumbuh tanpa sinar matahari, tapi sinaran matahari tetap diperlukan pada penyebaran spora.
Manfaat
suntingCendawan ini banyak digunakan dalam berbagai masakan sup Jepun, Korea, Cina dan Vietnam. Cendawan mempunyai tekstur garing dan aroma yang segar. Bahagian akar perlu dipotong sebelum digunakan dalam masakan. Cendawan segar tahan disimpan dalam peti ais hingga seminggu.
Cendawan enoki sangat mudah ditanamkan dan sudah dijadikan industri di Jepun sejak lebih 300 tahun yang lalu. Cendawan enoki boleh ditanam sendiri di rumah asalkan suhu cukup sejuk. Di China, cendawan ini sering digunakan dalam perubatan tradisional untuk mengubati kesukaran membuang air besar.
Rujukan
sunting- ^ Oh! Semput (15 November 2017). "Cendawan Jarum Goreng Tepung, Simple & Sedap!".
- ^ "SENARAI JENIS CENDAWAN YANG BOLEH DIMAKAN & BERACUN". Hayda Valley. 10 Februari 2023.
- ^ Wang, Pan Meng; Liu, Xiao Bin; Dai, Yu Cheng; Horak, Egon; Steffen, Kari; Yang, Zhu L. (September 2018). "Phylogeny and species delimitation of Flammulina: taxonomic status of winter mushroom in East Asia and a new European species identified using an integrated approach". Mycological Progress. 17 (9): 1013–1030. doi:10.1007/s11557-018-1409-2. S2CID 49299638.
Pautan luar
sunting- (Inggeris) Foto-foto penanaman cendawan Enokitake Diarkibkan 2016-08-31 di Wayback Machine
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Enokitake |