Enggang sawit (Lophoceros fasciatus) ialah spesies enggang dalam keluarga Bucerotidae. Ia boleh ditemui di sekitar Afrika.

Enggang sawit
T. f. semifasciatus jantan di Ghana
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Aves
Order: Bucerotiformes
Keluarga: Bucerotidae
Genus: Lophoceros
Spesies:
L. fasciatus
Nama binomial
Lophoceros fasciatus
(Shaw, 1811)
Julat dalam biru
Sinonim

Tockus fasciatus

Pemerihalan

sunting

Ia bersaiz besar, dengan panjang 54 sentimeter (21 in). Buluannya utamanya hitam, dengan perut dan hujung ekor putih. Paruhnya yang panjang melengkung hitam dan kuning serta bercula saiz sederhana. Jantinanya serupa, tetapi betina mempunyai cula yang lebih kecil. Burung yang belum matang lebih kusam, berparuh yang lebih kecil, dan tidak ada cula. Penerbangannya beralun.

Taksonomi

sunting

Ia mempunyai dua subspesies diiktiraf yang kadangkala dianggap sebagai spesies tersendiri.

  • L. f. fasciatus (atau L. fasciatus, enggang sawit Konggo)[1]
  • L. f. semifasciatus (atau L. semifasciatus, enggang sawit barat)[2]

Habitat dan taburan

sunting

Ia ialah penetap biasa di kebanyakan kawasan khatulistiwa Afrika, dari Gambia ke Uganda barat dan utara Anggola. Habitatnya selalunya di hutan. Taburannya adalah seperti berikut:

  • L. f. fasciatus: Nigeria (timur Sungai Niger) ke Angola, Republik Demokratik Congo dan Uganda
  • L. f. semifasciatus: Senegambia di sebelah timur Sungai Niger

Tingkah laku

sunting

Pemakanan

sunting

Ia bersifat omnivor dan memakan buah-buahan dan serangga. Ia memakan terutamanya pada pokok dan tertarik kepada kelapa sawit.

Pembunyian

sunting

Ia mudah dilihat dan suka berkawan, menunjukkan kehadirannya dengan seruan bersiul pii-pii-pii-pii.

Pembiakan

sunting

Betina bertelur sehingga empat biji telur putih di dalam lubang pokok, yang ditutup dengan bancuhan lumpur, najis, dan pulpa buah semasa pengeraman. Hanya ada satu bukaan sempit, hanya cukup besar untuk jantan memberi makanan kepada betina dan anak. Apabila anak dan betina terlalu besar untuk bermuat dalam sarang, induk memecah keluar dan membina semula dinding. Kemudian, kedua-dua induk memberi makan kepada anak.

Rujukan

sunting
  1. ^ a b BirdLife International (2016). "Lophoceros fasciatus". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2016: e.T61612961A95171708. doi:10.2305/IUCN.UK.2016-3.RLTS.T61612961A95171708.en. Dicapai pada 12 November 2021.
  2. ^ BirdLife International (2017). "Lophoceros semifasciatus (amended version of 2017 assessment)". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2017: e.T61612971A118859362. doi:10.2305/IUCN.UK.2017-3.RLTS.T61612971A118859362.en. Dicapai pada 19 Jun 2023.

Bacaan lanjut

sunting