Enakmen Tarekat Tasawuf (Negeri Sembilan) 2005
enakmen di Negeri Sembilan
Enakmen Tarekat Tasawuf (Negeri Sembilan) 2005 ialah sebuah dokumen undang-undang yang berkuat kuasa di Negeri Sembilan, Malaysia. Enakmen ini dipertanggungjawabkan di bawah Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan[1] bertujuan untuk mengawal dan memantau kumpulan tarekat yang berdaftar.[2][3]
Enakmen Tarekat Tasawuf 2005 | |
---|---|
Dewan Undangan Negeri Sembilan | |
Tajuk panjang
| |
Petikan | No. 10 2005 |
Jangkauan wilayah | |
Tarikh diluluskan | 20 Oktober 2006 |
Tarikh digubal | 1 Disember 2005 |
Ditandatangan oleh | Tuanku Ja’afar, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan; Undang Yang Empat dan Tunku Besar Tampin |
Ditadbir oleh | Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan |
Ringkasan | |
Enakmen bagi mengadakan peruntukan bagi pendaftaran tarekat tasawuf dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengannya | |
Kata kunci | |
tarekat, tasawuf, tadbir urus |
Struktur
suntingEnakmen ini terdiri daripada 12 Bahagian yang mengandungi 35 fasal dan 2 jadual.[4]
- Bahagian I: Permulaan
- Bahagian II: Pelantikan pendaftar, timbalan pendaftar dan penolong pendaftar
- Bahagian III: Keperluan mendaftarkan tarekat tasawuf
- Bahagian IV: Pengiktirafan syeikh
- Bahagian V: Pendaftaran tarekat tasawuf
- Bahagian VI: Kewajipan syeikh
- Bahagian VII: Pengawalan tarekat tasawuf
- Bahagian VIII: Penyiasatan dan pendakwaan
- Bahagian IX: Pelbagai
- Bahagian X: Peruntukan peralihan
- Bahagian XI: Kuasa Menteri
- Bahagian XII: Pelbagai
- Jadual
Senarai tarekat berdaftar
suntingBerikut ialah senarai tarekat tasawuf yang sah berdaftar di bawah enakmen ini:[5]
Bil | Nama tarekat | Pusat pengamalan | Syeikh tarekat |
---|---|---|---|
1 | Tariqat Al-Ahmadiah Al-Idrisiah Al-Rashidiah Al-Dandarawiah | Kg. Pondok Rasah, Seremban | Ustaz Mohd Hasif bin Mohd Murtadza |
2 | Tariqat Naqsyabandiah Al-Kholidiah | Kg. Baru, Lenggeng | Tuan Haji Abu Talib bin Rabit |
3 | Tariqat Qodiriyyah Wa Naqsyabandiyyah | Zawiyah Tariqat Qodiriyyah Wa Naqsyabandiyyah, Jalan Labu, Batu 10, Labu | Ustaz Shaifudin bin Maulup |
4 | Tariqat Al-Syazuliyah Al-Darqawiyah | Pondok Ar-Raudhah, Kg Kuala Jempol | Ustaz Haji Mohd Nasir bin Othman |
5 | Tariqat Dusuqiyyah Muhammadiah | Garden Avenue. Seremban 2 | Ustaz Mohd Fadil bin Ariffin |
6 | Tariqat Naqsyabandiah Al-Kholidiah | Rumah Rakyat Gemencheh Lama | Kosong |
7 | Tariqat Naqsyabandiah Bahaiyyah Khalidiyyah Mujaddidiyyah Dziayah | Surau Suluk Kampung Masjid Dulang, Kuala Klawang | Ustaz Dr Muhammad Firdaus bin Abdul Manaf |
8 | Tariqat Al-Ja'fariyah Al-Ahmadiah Al-Muhammadiah | Sahah Ja'fariyah, Pantai, Seremban | Ustaz Dr. Shuhadak bin Mahmud |
9 | Tariqat Al-Muhammadiyyah Al-Sanusiyyah Al-Idrisiyyah | Madrasah Al-Husainiah, Rembau / Kompleks Yayasan Sofa NS | Ustaz Dato' Haji Muhammad Fuad bin Kamaludin |
10 | Tariqat Naqshabandiyah Al-Khalidiyah | Surau Suluk, Kampung Padang Biawas, Serting Ulu | Tuan Zainal Ariff bin Mohd Din |
11 | Tariqat Al-Syaziliyah | Zawiyah Sydna Abul Hasan As-Syazili, Kg Durian Daun, Rembau | Ustaz Rahmat bin Muhamad |
12 | Tariqat Naqsyabandiyah Aliyyah | Surau Dato' Laksamana Haji Ahmad, Pantai, Seremban | Ustaz Lokman Shazly bin Zaharin |
13 | Tariqat Syatariyyah | Kg. Terusan Seberang, Kuala Pilah | Tuan Haji Sulaiman bin Alam |
14 | Tariqat Naqsyabandiah Mujaddidi | Rasah Kemayan, Seremban 2 | Ustaz Wan Mohd Aswadi B.Wan Mat Yim |
15 | Tariqat Cishtiyyah | Madrasah Al-Hikmah Kg Renal, Kuala Klawang | Ustaz Umair bin Abdul Ghaffar |
16 | Tariqat Naqsyabandiah Khalidiyyah | Institut Latihan Ilmu Tarekat (ILIT) Manarah, Kg. Parit Seberang, Kuala Pilah | Ustaz Dr. Haji Jahid bin Sidek |
17 | Tariqat Naqshabandiyyah Mujaddidiyyah Ahmadiyyah | Taman Zaiton Indah, Seremban | Ustaz Dr. Muhammad Khairi bin Mahyuddin |
18 | Tariqat Tijaniyyah | Zawiyah Bustanul Zikir, Kg Sungai Bunga @ Kg Mendum, Lenggeng | Tuan Haji Yahya bin Haji Zakaria |
19 | Tariqat Al-Idrisiyyah Al-Ahmadiah Al-Syadziliyah | Surau Sheikh Haji Abdullah, Taman Zaiton, Ampangan | Tuan Haji Nizar bin Haji Hasan |
20 | Tariqat Qodiriyyah Shadhiliyyah Darqawiyah | Bandar Enstek, Nilai | Tuan Haji Shamsudin bin Haji Idris |
Rujukan
sunting- ^ Bernama (2022-08-04). "Pusat Tarekat al-Naqsyabandiah al-Khalidiyyah ditutup 6 bulan". Malaysiakini. Dicapai pada 2023-12-15.
- ^ Sani, Kamarulnizam. "Perkembangan Tasawuf dan Tarekat di Malaysia". Cite journal requires
|journal=
(bantuan) - ^ "Zahid Seru Kumpulan Tarekat Disusun, Progresif - Semasa | mStar". www.mstar.com.my (dalam bahasa Inggeris). 2015-11-07. Dicapai pada 2023-12-15.
- ^ "1. ENAKMEN TAREKAT TASAWUF (NEGERI SEMBILAN) 2005 ( Negeri Sembilan) 2005". online.fliphtml5.com. Dicapai pada 2023-12-15.
- ^ "Facebook Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan". www.facebook.com. 14 Disember 2023. Dicapai pada 2023-12-15.