Stadium Emirates

(Dilencongkan daripada Emirates Stadium)

Stadium Emirates (ستاديوم إميراتس) atau Ashburton Grove merupakan sebuah stadium bola sepak yang terletak di Bandaraya London, England. Ia dibina oleh kumpulan pereka yang terdiri daripada syarikat Populous, perunding pembinaan Arcadis UK dan firma Buro Happold. Stadium ini merupakan gelanggang kelab kepada sebuah pasukan bola sepak Liga Perdana Inggeris iaitu Kelab Bola Sepak Arsenal (Arsenal F.C.) . Sebelum itu, kelab ini menjadikan Stadium Highbury di Highbury, London Utara sebagai markas utama mereka sejak 6 September 1913 hinggalah 7 Mei 2006.

Stadium Emirates
ستاديوم إميراتس

Stadium Elit UEFA
Bahagian timur stadium.
Nama lamaAshburton Grove
LokasiHolloway
Islington
London
N5 1BU
Koordinat51°33′18″N 0°6′31″W / 51.55500°N 0.10861°W / 51.55500; -0.10861Koordinat: 51°33′18″N 0°6′31″W / 51.55500°N 0.10861°W / 51.55500; -0.10861
Dibuka22 Julai 2006
PemilikArsenal F.C.
PermukaanDesso GrassMaster
Kos pembinaan£ 390 juta
£ 470 juta (keseluruhan)
ArkitekPopulous (dahulu HOK Sport)[1]
Jurutera strukturBuro Happold
Jurutera perkhidmatanBuro Happold
Kontraktor utamaSir Robert McAlpine
Kapasiti60,361 tempat duduk[2]
Dimensi padang105 × 68 meter
Penyewa
Arsenal F.C. (2006–kini)

Dengan kapasiti berjumlah 60,361 penonton, ini menjadikan Stadium Emirates sebagai stadium kedua terbesar dalam Liga Perdana Inggeris selepas Stadium Old Trafford yang merupakan gelanggang kelab kepada Kelab Bola Sepak Manchester United (Manchester United F.C.) serta stadium ketiga terbesar di seluruh England selepas Stadium Wembley (London) dan Stadium Old Trafford (Manchester). Tambahan pula, terdapat khabar angin bahawa stadium itu akan dikembangkan.

Rujukan

sunting
  1. ^ "Emirates Stadium". Populous. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-01-28. Dicapai pada 2011-12-04. Cite journal requires |journal= (bantuan)
  2. ^ "salinan arkib" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2010-12-14. Dicapai pada 2011-12-04.

Pautan luar

sunting