Elliot Morgan Thorpe (lahir 9 November 2000) ialah seorang pemain bola sepak profesional yang bermain sebagai bek sayap dan pemain tengah, kini seorang free agent.[2] Dia pernah berkhidmat untuk Wales di peringkat bawah 21 tahun.

Elliot Thorpe
Maklumat peribadi
Nama penuh Elliot Morgan Thorpe[1]
Tarikh lahir (2000-11-09) 9 November 2000 (umur 24)
Tempat lahir Hinchingbrooke, England
Posisi permainan Pemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Wealdstone
Nombor 26
Kerjaya remaja
Cambridge United
2013–2021 Tottenham Hotspur
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2021–2024 Luton Town 3 (0)
2022–2023Burton Albion (pinjaman) 5 (0)
2023Shrewsbury Town (pinjaman) 0 (0)
2024 Wealdstone 10 (0)
Pasukan kebangsaan
Wales B16
2016 Wales B17 1 (1)
2017–2018 Wales B19 6 (0)
2022 Wales B21 2 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 10:44, 15 September 2024 (UTC)

Kerjaya kelab

sunting

Lahir di Hinchingbrooke, England[3] Thorpe dikenal sebagai anak yang berlatih bola sepak dengan keras. Ia memulakan kerjayanya dengan menyertai akademi Cambridge United kemudian Tottenham Hotspur.[4]

Selepas menamatkan pendidikan sukan di akademi, Luton Town memilihnya untuk menyertai skuad semasa mereka pada September 2021.[5][6] Dia memulakan penampilan seniornya pada 5 Februari 2022 di Piala FA Inggeris.[7][8]

Pada 1 September 2022, dia dipinjamkan ke Burton Albion.[9][10][11] Thorpe dipanggil semula ke Luton pada Januari 2023.[12]

Pada 12 Julai 2023, Thorpe menyertai kelab League One Shrewsbury Town dengan kontrak satu musim.[13] Kontrak itu berakhir pada Disember 2023 kerana Thorpe cedera panjang.[14][15]

Thorpe menjadi pemain bebas selepas Luton melepasnya pada perpindahan di akhir musim 2023–24.[16]

Pada 14 September 2024, Thorpe menyertai kelab National League Wealdstone.[17]

Kerjaya antarabangsa

sunting

Thorpe bermain untuk Wales mengikut ayahnya.[4] Dia mewakili pasukan kebangsaan junior Wales B-16 hingga B-21.[4][18] Dia menjaringkan sebuah gol semasa menyertai Wales B-17.

Kehidupan peribadi

sunting

Dikenal sebagai pemain bola sepak yang bekerja dengan keras, Thorpe telah dilatih ayahnya untuk menendang bola sejak berumur 3 tahun. Pemain ini dikenal dengan gaya 'shush' sehabis menjaringkan gol ketika masih di Akademi Tottenham. Thorpe berkata kepada penyokong Luton, "kami dahulu pernah bermain derby, orang-orang itu menghina kami. Sehingga aku berlari cepat dan membalas mereka, maka lahirlah shush". Jurulatih Portugal, Jose Mourinho kagum akan semangat pantang menyerah yang ditunjukan Thorpe semasa melatih Tottenham.

Nenek dari pihak Ibu Thorpe ialah orang Melayu yang berasal daripada Perlis, Malaysia.


Rujukan

sunting
  1. ^ "Club List of Registered Players as at 21st May 2022" (PDF). English Football League. m/s. 23. Dicapai pada 27 July 2022.
  2. ^ Biodata Elliot Thorpe di Soccerway
  3. ^ "Getting to know Elliot Thorpe!". Luton Town F.C. 24 September 2021. Dicapai pada 7 February 2022.
  4. ^ a b c Coleman, Tom (4 June 2021). "Meet Elliot Thorpe, the Wales youngster backed for big things by Mourinho". WalesOnline.
  5. ^ "New signing | Elliot Thorpe is a Hatter!". lutontown.co.uk.
  6. ^ "'Elliot Thorpe will get opportunities to step up,' says Jones after Luton's quiet transfer window". 3 February 2022.
  7. ^ "Former Spurs youngster Thorpe could get his chance for Luton in FA Cup trip to Cambridge". lutontoday.co.uk.
  8. ^ "Team News | Elliot Thorpe makes Luton debut". lutontown.co.uk.
  9. ^ "Elliot Thorpe heads to Burton Albion on loan". lutontown.co.uk.
  10. ^ "Hasselbaink tips Luton midfielder Thorpe to be a 'great asset' for Burton". lutontoday.co.uk. 1 September 2022.
  11. ^ "Burton sign Luton midfielder Thorpe on loan". BBC Sport.
  12. ^ "Elliot Thorpe recalled from Burton Albion". lutontown.co.uk.
  13. ^ "Salop snap up Elliot Thorpe". shrewsburytown.com. 12 July 2023. Dicapai pada 13 July 2023.
  14. ^ Westbury, Ollie (27 December 2023). "Exclusive: Elliot Thorpe set for Luton return after injury ravaged Shrewsbury loan spell". www.shropshirestar.com.
  15. ^ "Loanee Elliot Thorpe Returns to Luton". www.shrewsburytown.com.
  16. ^ "Luton Town Retained and Released list 2024". www.lutontown.co.uk (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 24 May 2024.
  17. ^ "ELLIOT THORPE SIGNS FOR THE STONES". www.wealdstone-fc.com. 14 September 2024. Dicapai pada 15 September 2024.
  18. ^ "Luton midfielder Thorpe called up to Wales U21 squad for Euro qualifier double header". lutontoday.co.uk. 26 May 2022.

Pautan luar

sunting