Sengkuang cina
Sengkuang cina (Eleocharis dulcis) adalah rusiga seperti rumput berasal dari Asia (China, Jepun, India, Filipina, dan lain-lain), Australia, Afrika tropika, dan pulau-pulau Lautan Pasifik dan Lautan Hindi.[2] Ia ditanam di banyak negara untuk umbisinya.[3]
Sengkuang cina | |
---|---|
illustration circa 1880[1] | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | |
Order: | |
Keluarga: | |
Genus: | |
Spesies: | E. dulcis
|
Nama binomial | |
Eleocharis dulcis | |
Sinonim | |
|
Nilai pemakanan per 100 g (3.5 oz) | |
---|---|
Tenaga | 406 kJ (97 kcal) |
Karbohidrat | 23.94 g |
- Gula | 4.8 g |
- Serabut diet | 3 g |
Lemak | 0.1 g |
Protein | 1.4 g |
Tiamina (vit. B1) | 0.14 mg (12%) |
Riboflavin (vit. B2) | 0.2 mg (17%) |
Niasin (vit. B3) | 1 mg (7%) |
Asid pantotenik (B5) | 0.479 mg (10%) |
Vitamin B6 | 0.328 mg (25%) |
Folat (vit. B9) | 16 μg (4%) |
Vitamin C | 4 mg (5%) |
Vitamin E | 1.2 mg (8%) |
Magnesium | 22 mg (6%) |
Mangan | 0.331 mg (16%) |
Fosforus | 63 mg (9%) |
Kalium | 584 mg (12%) |
Zink | 0.5 mg (5%) |
Link to USDA Database entry Peratusan dianggarkan menggunakan syor A.S. untuk orang dewasa. Sumber: USDA Nutrient Database |
Sengkuang cina adalah sayur-sayuran akuatik yang tumbuh di paya, dalam air, di dalam lumpur. Ia mempunyai daun batang berbentuk tiub hijau yang tumbuh kepada kira-kira 1.5 meter.
Penerangan
suntingUmbisi kecil bulatnya mempunyai isi putih yang bersih dan boleh dimakan mentah, dicelur atau dipanggang, dan sering dijeruk atau ditinkan. Ia adalah bahan popular dalam masakan Cina. Di China, ia paling sering dimakan mentah, kadang-kadang dimaniskan. Ia juga boleh dikisar menjadi bentuk tepung dan digunakan untuk membuat kek sengkuang cina, yang biasa menjadi sebahagian daripada masakan dim sum. Ia adalah luar biasa di kalangan sayur-sayuran kerana masih kekal rangup walaupun setelah dimasak atau ditinkan, kerana dinding sel mereka bersilang dan diperkukuhkan oleh sebatian fenolik tertentu, seperti oligomer daripada asid ferulik.[4] Ciri ini dikongsi oleh sayur-sayuran lain termasuk Cyperus esculentus dan akar teratai.[5]
Umbisinya kaya dengan karbohidrat (kira-kira 90% berat kering), terutamanya kanji (kira-kira 60 peratus berat kering), dan juga sumber serat makanan yang baik, riboflavin, vitamin B6, kalium dan mangan.[6]
Jika dimakan mentah, permukaan tumbuhan boleh berpotensi menyebar faskiolopsiasis.[7]
Rasa
suntingSengkuang cina mentah adalah sedikit manis dan sangat rangup. Sengkuang cina rebus mempunyai tekstur yang kuat dan sedikit rangup, dengan rasa yang sangat ringan dan sedikit berkacang, jadi rasanya dengan mudah boleh mengatasi perasa atau sos lain jika dimasak bersama. Sengkuang cina sering digabungkan dengan pucuk rebung, ketumbar, halia, minyak bijan dan kacang polong. Sayur-sayuran campuran kukus atau tumis sering mengandungi sengkuang cina. Ia sering digunakan dalam hidangan mi atau nasi.[8]
Tatanama
suntingSengkuang cina (Cina tradisional: 荸薺; Cina mudah: 荸荠; hanyu pinyin: bíqi, 馬蹄; pinyin:mǎtí) berasal dari China dan ditanam secara meluas dalam sawah padi di selatan China dan beberapa bahagian di Filipina, di mana ia dipanggil apulid. Di Vietnam, ia dipanggil củ mã thầy (di Utara) dan củ năng (di Selatan) dan merupakan bahan utama bánh củ năng hấp, chè mã thầy. Di Thailand, ia dipanggil somwang (สมหวัง) dan ia sering digunakan dalam pencuci mulut, tabtim krob (ทับทิมกรอบ). Di India, ia dikenali umum sebagai Singhada, shingada, atau singoda.
Rujukan
sunting- ^ Flora de Filipinas [...] Gran edicion [...] [Atlas I]. Date=1880-1883? Author=Francisco Manuel Blanco (O.S.A.)
- ^ Kew World Checklist of Selected Plant Families. apps.kew.org
- ^ Flora of China, Vol. 23 Page 191, 荸荠 bi qi, Eleocharis dulcis (N. L. Burman) Trinius ex Henschel, Vita Rumphii. 186. 1833. efloras.org
- ^ Phenolics and phenolic-polysaccharide linkages in Chinese water chestnut (Eleocharis dulcis) cell walls. Grassby Terri, Doctoral thesis, 2008, University of East Anglia (link)
- ^ McGee, Harold (2004). On Food and Cooking (Revised Edition). Scribner. m/s. 308. ISBN 0-684-80001-2.
- ^ "Waterchestnuts, chinese, (matai), raw". NutritionData.com. CondéNet, Inc. Dicapai pada 2007-12-31.
- ^ Bhatti, H. S.; Malla, N; Mahajan, R. C.; Sehgal, R (2000). "Fasciolopslasis--a re-emerging infection in Azamgarh (Uttar Pradesh)". Indian journal of pathology & microbiology. 43 (1): 73–6. PMID 12583425.
- ^ Green, Aliza (2004). Field Guide to Produce. Quirk Productions. m/s. 284. ISBN 1-931686-80-7.
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Eleocharis dulcis. |