Elástico (juga dikenali sebagai el ghorafa, akka, snakebite, dan la culebrita) ialah gerakan menggelecek dengan feint (tipuan/palsu) dalam bola sepak yang digunakan untuk dapat melewati penjagaan daripada pemain pertahanan atau pemain tengah yang hendak merebut bola. Pemain melakukannya dengan menggunakan bahagian luar kaki dominan mereka untuk membentuk pergerakan seperti huruf U atau X. Walaupun teknik gerak kaki ialah yang membedakan elástico dengan teknik gelecek lain, kebolehannya sebagai tipuan untuk penentang juga sangat bergantung pada daya letup pemain penyerang.

Menggelecek pemain pertahanan lawan dengan gerakan elástico

Sejarah

sunting
"Dia (Sérgio Echigo) pernah berkata bahawa dialah yang mengasaskan gelecekan itu, ya memang benar. Tetapi akulah yang menyempurnakannya."

Rivellino ketika ditanya mengenai "elástico" dalam temu ramah Football Greatest 2012[1]

Pada awalnya gerakan itu diasaskan oleh seorang pemain Brazil yang semasa itu masih sangat belia bernama Sérgio Echigo.[2] Pada tahun 1964, Rivellino belajar teknik itu dari Echigo, keduanya ialah skuad belia Corinthians dan mempunyai mimpi untuk mewakili Brazil di peringkat antarabangsa. Rivellino membawa impian sahabatnya itu dan melakukan elástico berulang kali semasa Piala Dunia FIFA 1970.[3]

Penampilan Rivellino yang sangat berkesan di pentas akhir membuat banyak pemain-pemain muda yang menirukan gelecekannya. Salah satunya ialah pemain bola sepak Algeria yang mahsyur di tahun 1980an Salah Assad (dia mengasas elásticonya sendiri, dinamakan "El Ghorraf" dan berbeza dari teknik Echigo mahupun Rivellino, Assad melakukannya sederum dengan berlari cepat). Pemain Amerika Selatan terkenal seperti Julio César Uribe, Romário, Ronaldo Nazario dan Ronaldinho suka bermain dengan teknik gelecekan ini.[3][4][5]

Di Nigeria, gerakan ini sering disebut "Snakebite" (gigitan ular) atau "Zigima" kerana gerakan kaki penyerang yang kadang membuat pemain bertahan hanya diam. Gerakan ini juga popular disebut sebagai "The Gaúcho" – sempena daripada penampilan Ronaldinho (Gaúcho).[6]

Pada sukan bola sepak yang lebih indor seperti futsal, freestyle atau street football, variasi baharu dari elàstico sering disebut "Akka". Akka sendiri dilakukan dengan mengangkat bola setengah atau di atas tubuh lawan. Gerakan ini sering dibuat kombo untuk pannas atau teknik di atas lantai lain sebelum melakukan sepakan.[7]

Rujukan

sunting
  1. ^ "Football's Greatest - Rivelino". Pitch International LLP. 2012. Retrieved 8 May 2014
  2. ^ "Exclusive interview: Rivellino". footballqatar.com. 20 June 2014. Dicapai pada 20 June 2014.
  3. ^ a b David Goldblatt (2009). "The Football Book". p. 129. D Kindersley Ltd,
  4. ^ Smyth, Rob (17 September 2016). "Ronaldo at 40: Il Fenomeno's legacy as greatest ever No 9, despite dodgy knees". The Guardian. Dicapai pada 9 September 2018.
  5. ^ "Paul Pogba, Rivellino and a short history of the elastico". The Guardian. Dicapai pada 9 September 2018.
  6. ^ Anka, Carl (22 October 2018). "Noughty Boys: Ronaldinho was a magician, we just stood there gawping". BBC. Dicapai pada 27 October 2018.
  7. ^ "Akka or Elastico Football - YouTube". YouTube.