Ekspres Sinaran merupakan nama kereta api KTM Antarabandar yang disediakan oleh Keretapi Tanah Melayu, berjalan dari Butterworth ke Sentral Kuala Lumpur, arah utara ke selatan. Nombor kod bagi kereta api dari utara ke selatan ialah 3, manakala nombor kod bagi kereta api dari selatan ke utara ialah 4. Terdapat dua kelas disediakan, iaitu Kelas Kedua Berhawa Dingin (bahasa Inggeris: Aircond Second Class, ASC) dan Kelas Ekonomi Berhawa Dingin (bahasa Inggeris: Aircond Economy Class, AEC). Perkhidmatan kereta api ini hanya beroperasi pada hari Sabtu dan Ahad sahaja.
Berikut ialah senarai stesen yang keretapi ini berhenti, dari arah utara ke selatan:
Stesen
|
Bandar lokasi
|
Catatan
|
Stesen keretapi Butterworth
|
Butterworth, Pulau Pinang
|
Terminal
|
Stesen keretapi Bukit Mertajam
|
Bukit Mertajam, Pulau Pinang
|
|
Stesen keretapi Parit Buntar
|
Parit Buntar, Perak
|
|
Stesen keretapi Taiping
|
Taiping, Perak
|
|
Stesen keretapi Kuala Kangsar
|
Kuala Kangsar, Perak
|
|
Stesen keretapi Sungai Siput
|
Sungai Siput (U), Perak
|
|
Stesen keretapi Tanjung Rambutan
|
Tanjung Rambutan, Perak
|
|
Stesen keretapi Ipoh
|
Ipoh, Perak
|
|
Stesen keretapi Batu Gajah
|
Batu Gajah, Perak
|
|
Stesen keretapi Kampar
|
Kampar, Perak
|
|
Stesen keretapi Slim River
|
Slim River, Perak
|
|
Stesen keretapi Tanjung Malim
|
Tanjung Malim, Perak
|
|
Stesen keretapi Kuala Kubu Bharu
|
Kuala Kubu Bharu, Selangor
|
Pertukaran dengan Laluan Rawang-Kuala Kubu Bharu KTM Komuter
|
Stesen keretapi Sungai Buloh
|
Sungai Buloh, Selangor
|
Pertukaran dengan Laluan Rawang-Seremban KTM Komuter
|
Stesen Keretapi Kuala Lumpur
|
Pusat bandaraya Kuala Lumpur
|
Stesen lama, oleh itu juga dikenali sebagai "Stesen lama Kuala Lumpur"; pertukaran dengan KTM Komuter
|
Sentral Kuala Lumpur
|
Brickfields, Kuala Lumpur
|
Terminal, pertukaran dengan KTM Komuter
|