Ekspedisi Ekstrem Tujuh Benua
Ekspedisi Ekstrem Tujuh Benua dengan basikal mulai 23 Mei 2007 oleh Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin melibatkan 22 negara . Latihan intensif telah diadakan Majlis Sukan Negara bermula Februari 2007 sehingga 20 Mei 2007.
Ekspedisi Ekstrem Tujuh Benua mengambil masa dua tahun enam bulan bermula 23 Mei 2007 hingga 30 Ogos 2009, meliputi empat fasa:
- Fasa 1: Ekspedisi berbasikal merentasi 22 negara
- Fasa 2: Mendaki lima puncak tertinggi dunia
- Fasa 3: Berenang merentasi Selat Inggeris
- Fasa 4: Penjelajahan ke Kutub Utara dan Kutub Selatan.