Ekor lotong, ekor lutong, atau ekor lutung merujuk kepada salah satu daripada jenis senjata api tradisional Melayu yang menggunakan ubat bedil.

Dua meriam pusing di Muzium Istana Jahar, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia. Meriam hitam adalah ekor lutong.

Reka bentuk Ekor lotong ialah sejenis meriam pusing mudah alih yang agak kecil. Pada kebiasaannya, Ekor lotong diperbuat daripada besi. Ekor lotong merujuk kepada unjuran pada bahagian belakang meriam yang digunakan bagi membidik meriam kepada sasarannya. Unjurannya biasanya melengkung, menyerupai ekor monyet lotong, dan juga diperbuat daripada besi.[1]

Lihat Pula

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ Teoh, Alex Eng Kean (2005). The Might of the Miniature Cannon A treasure of Borneo and the Malay Archipelago. Asean Heritage.

Pautan luar

sunting