Ekonomi Afrika Selatan
Afrika Selatan mempunyai dua jenis kegiatan ekonomi; pertama adalah bersaing dengan negara maju yang lain dan kedua bergantung kepada kemudahan infrastruktur yang asas.
Walaupun aparteid telah berakhir, kumpulan minoriti kulit putih iaitu 10% dari penduduk Afrika Selatan, sama ada secara langsung atau melalui equity positions mengawal 69% syarikat-syarikat yang tersenarai di Johannesburg Stock Exchange; 27% syarikat asing, dan hanya 4% ditangan kaum kulit hitam.
Kerajaan Afrika Selatan telah mensasarkan sektor perlombongan iaitu tunjang utama ekonomi negara, dipegang oleh 15 peratus kaum kulit hitam menjelang 2009 dan ia akan ditingkatkan kepada 26 peratus pada 2014.
Korporat Afrika Selatan berusaha untuk mengurangkan dominasi kaum kulit putih dalam ekonomi.
Bahan komoditi yang dieksport: alat-alat mesin, makanan dan peralatan, bahan kimia, produk petroliam dan peralatan saintifik.
GDP Afrika Selatan pada tahun 2004 tercatat sebesar Rata-rata pertumbuhan ekonomi Afrika Selatan sebesar 4 % dari GDP ASD 491.4 juta dengan pertumbuhan rata-rata 4% setahun. Penduduk Afrika Selatan berdasarkan banci bulan Julai 2005 berjumlah 44.344.136 orang dengan pertumbuhan sekitar 0.25%, sementara itu GDP per kapitanya pada tahun 2004 diperkirakan sebesar ASD 11,000 dengan peningkatan kadar inflasi pada tahun 2005 sebanyak 3.8%.
Afrika Selatan kaya akan sumber daya alam meliputi emas, chrom, antimony, tembaga, bijih besi, mangan, nikel, fosfat, bijih timah, uranium, galian bernilai, platinum, berlian, arang batu , vanadium, garam dan gas asli.
Jumlah perdagangan luar negerinya hingga Oktober 2005 telah mencapai R559 juta, yakni naik 14.8 peratus berbanding dengan jangkamasa yang sama pada tahun 2004. Eksport Afrika Selatan antara Januari-Oktober 2005 mencapai R269 juta, sementara importnya mencapai R290 juta. Oleh yang demikian negara ini telah mengalami defisit perdagangan sebanyak 8.1 peratus.
Beberapa indikator pertumbuhan ekonomi Afrika Selatan yang menonjol saat ini ditandai oleh beberapa faktor berikut ini iaitu Afrika Selatan memperoleh credit rating Triple B Plus (BBB+) dari Standard and Poor dan Moodley, kadar inflasi telah turun dari 10 peratus pada tahun 1994 menjadi 3.8 peratus pada tahun 2006, arus investasi asing langsung saat ini telah mencapai tingkat yang sangat tinggi yang didorong oleh tingkat kepercayaan bisnis yang sangat kuat, Afrika Selatan dikenal sebagai negara yang memiliki teknologi dan inovasi yang cukup maju di dunia, khususnya di bidang konversi gas ke minyak cair dan konversi arang batu ke minyak.
Fakta Ekonomi
suntingKDNK: paroti kuasa membeli - $534.6 bilion (2005)
KDNK - kadar pertumbuhan sebenar: 4.6% (2005)
KDNK - per kapita: paroti kuasa membeli - $12,100 (2005)
KDNK - komposisi oleh sektor:
pertanian:
3.4%
industri:
31.6%
perkhidmatan:
65.1% (1998)
Populasi di bawah garis kemiskinan: 50% (2000)
kadar inflasi (harga pengguna): 2.8% (1999)
Daya pekerja (Labor force): 15.23 juta (2005)
Daya pekerja - oleh pekerjaan: perkhidmatan (45%), perindustrian (25%), pertanian (30%) (1999)
Kadar pengangguran: 25.2% (2005)
Bajet:
keuntungan:
$23.2 bilion
perbelanjaan:
$27.6 bilion, termasuk perbelanjaan kapital (1999)
Industri: Perlombongan (Platinum, Emas, Kromium, Berlian), pembuatan otomobil, pembuatan logam, Mesin, Tekstil, Besi, Keluli, Bahan Kimia, Baja dan Permakanan
Pertanian - produk:
Jagung, gandum, gula, buah-buahan, sayuran, daging, ternakan ayam dan kambing, produk susu, bulu biri-biri.
Eksport: $$40.91bn (2005)
Eksport - komoditi: Emas, berlian, platinum, lain-lain logam dan galian, mesin dan peralatan
Eksport -rakan kongsi: UK 12.6%, AS 12.4%, Jepun 9.2%, Jerman 8.1%, China 4.7%, Itali 4.4% (2003)
Import: $52.97bn (2005)
Import - komoditi: Mesin dan peralatan, bahan kimia, produk petroleum, peralatan saintifik, makanan
Import - rakankongsi: Jerman 16.6%, UK 8.5%, AS 8.2%, Jepun 5.9%, China 5.9%, Arab Saudi 5.2%, Perancis 5.0% (2003)
Hutang - luar: $44.33% dari KDNK (Jun 2005)
Bantuan Kewangan (Penerima): $487.5 juta (2000)