Ejen Ali the Movie 2

filem animasi Malaysia akan datang

Ejen Ali the Movie 2 (disingkatkan sebagai EATM2) ialah filem animasi Malaysia bergenre aksi perisikan arahan Usamah Zaid Yasin yang dijangka akan diterbitkan pada 22 Mei 2025. Filem ini akan berkisar tentang perjuangan Ali dengan kemunculan sut perisai SATRIA dan watak Neonimus.[1]

Ejen Ali the Movie 2
PengarahUsamah Zaid Yasin
BerdasarkanEjen Ali oleh Usamah Zaid Yasin
Dibintangi
  • Ida Rahayu Yusoff
  • Noorhayati Maslini Omar
  • Shafiq Isa
  • Azman Zulkiply
Muzik olehAzri Yunus
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehPrimeworks Studios
Tarikh tayangan
  • 22 Mei 2025 (2025-05-22)
NegaraMalaysia
BahasaBahasa Melayu
BajetRM 10 juta

Ia merupakan filem kedua terbitan WAU Animation selepas Ejen Ali the Movie (2019). Ia merupakan kesinambungan bagi siri Ejen Ali musim ketiga.

Pelakon Suara

sunting
  • Ida Rahayu Yusoff, sebagai Ali
  • Noorhayati Maslini Omar, sebagai Alicia
  • Shafiq Isa, sebagai Bakar
  • Azman Zulkiply, sebagai Rizwan dan Jeneral Rama

Penerbitan

sunting

Filem ini dijangka menelankan kos RM 10 juta, lebih tinggi berbanding filem pertama iaitu RM 6.5 juta. Kerja pembikinan filem bermula sejak awal 2023 melibatkan tenaga kerja tempatan.[2]

WAU Animation turut mengadakan kerjasama dengan Tenaga Nasional Berhad sebagai penaja utama.[1]

Skor muzik dlalam filem ini digubah oleh Azri Yunus seperti terbitan filem pertamanya.

Lagu "Hanya Kamu" nyanyian Dato M. Nasir telah dilancarkan sebagai lagu tema filem ini. Lagu ini ditulis bersama oleh Dato M. Nasir dan Azri Yunus.[3]

Keluaran

sunting

WAU Animation mengumumkan pelancaran projek ini secara rasmi pada 13 September 2024 di Festival Kandungan Digital Malaysia 2024 dengan tayangan pandang pertama sut SATRIA yang akan ditampilkan dalam filem kedua tersebut.[2] Video cuitan kedua dikeluarkan pada 13 Disember 2024 menampilkan watak Neonimus sebagai salah satu watak dalam filem kali ini.[1] Cuitan ketiga pula dilancarkan secara rasmi pada 16 September 2025 semasa Anugerah Juara Lagu ke-39 bersama dengan persembahan khas lagu "Hanya Kamu" oleh Dato M. Nasir.[3]

Rujukan

sunting
  1. ^ a b c Anis Affandi (17 Disember 2024). "Ejen Ali The Movie 2 Bergabung Tenaga Eksklusif Bersama Tenaga Nasional Berhad Untuk Misi Epik!". SirapLimau.
  2. ^ a b Norhayati Nordin (13 September 2024). "Ejen Ali The Movie 2 tayang tahun depan". Harian Metro.
  3. ^ a b Ridzuan Abdul Rahman (16 Februari 2025). "Hening Rindu nyanyian Marsha juara AJL39". Harian Metro.

Pautan luar

sunting