Ejaan Bahasa Indonesia

Ejaan Bahasa Indonesia (disingkat EBI) ialah ejaan bahasa Indonesia yang digunakan sejak tahun 2015 berdasarkan Peraturan Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia Nombor 50 Tahun 2015 tentang Panduan Umum Ejaan Bahasa Indonesia. Ejaan ini menggantikan Ejaan yang Disempurnakan.[1]

Perbezaan dengan EYD

sunting

Perbezaan Ejaan Bahasa Indonesia dengan Ejaan yang Disempurnakan ialah:

  1. Penambahan huruf vokal diftong. Dalam EYD, huruf diftong hanya tiga iaitu ai, au, oi, manakala pada EBI, satu huruf diftong ditambah iaitu ei (contohnya pada kata "geiser" dan "survei").
  2. Penggunaan huruf tebal. Dalam EYD, terdapat tiga fungsi huruf tebal, iaitu menuliskan judul buku, bab, dan sebagainya, mengkhususkan huruf, serta menulis lema atau sublema dalam kamus. Dalam EBI, fungsi ketiga dihapuskan.

Rujukan

sunting

Pautan luar

sunting