Eightfold Path (analisis dasar)

Eightfold Path (Jalan Lapan Langkah) ialah kaedah analisis dasar yang diubah suai daripada teks analisis dasar yang berwibawa oleh Eugene Bardach, seorang profesor di Goldman School of Public Policy (Pusat Pengajian Dasar Awam Goldman), University of California, Berkeley. Kaedah ini digariskan di dalam buku Bardach yang berjudul A Practical Guide for Policy Analysis: The Eightfold Path to More Effective Problem Solving (Panduan Praktis Analisis Dasar: Jalan Lapan Langkah untuk Menyelesaikan Masalah dengan Lebih Berkesan) yang kini dalam edisi kedua.

Tatacara

sunting

Tatacara Bardach adalah seperti yang berikut:

  1. Mentakrifkan Masalah
  2. Mengumpulkan Sesetengah Bukti
  3. Membina Alternatif
  4. Memilih Kriteria
  5. Mengunjurkan Hasil
  6. Menghadapi Tukar Ganti
  7. Membuat Keputusan!
  8. Mengemukakan Cerita Anda

Berdasarkan tulisan Bardach sendiri, langkah kesembilan yang mungkin ialah "Ulang Langkah 1-8, jika perlu."