Eduard Shevardnadze
Eduard Shevardnadze ( 25 Januari 1928 – 7 Julai 2014) adalah bekas Menteri Luar Kesatuan Soviet / Russia Era Gorbachev . Kemudian menjadi Presiden Georgia yang pertama (1992-2003) selepas Rusia berpecah pada 1991. Eduard Shevardnadze membantu menamatkan Perang Dingin.
Eduard Shevardnadze | |
---|---|
ედუარდ შევარდნაძე | |
2nd President of Georgia | |
Dalam jawatan 26 November 1995 – 23 November 2003 | |
Didahului oleh | Position restored; himself as the Head of State of Georgia |
Digantikan oleh | Nino Burjanadze (acting) |
Chairman of the Parliament - Head of State of Georgia | |
Dalam jawatan 6 November 1992 – 26 November 1995 (Chairman of the Parliament from 4 November 1992) | |
Didahului oleh | Position established; himself as the Chairman of the State Council of Georgia |
Digantikan oleh | Position abolished; Zurab Zhvania as the Chairman of the Parliament of Georgia |
Chairman of the State Council of Georgia | |
Dalam jawatan 10 March 1992 – 4 November 1992 | |
Didahului oleh | Position established; Military Council as the interim head of state |
Digantikan oleh | Position abolished; himself as the Chairman of the Parliament of Georgia |
Minister of External Relations of the Soviet Union | |
Dalam jawatan 19 November 1991 – 26 December 1991 | |
Premier | Ivan Silayev |
Didahului oleh | Boris Pankin |
Digantikan oleh | Position abolished |
Minister of Foreign Affairs of the Soviet Union | |
Dalam jawatan 2 July 1985 – 20 December 1990 | |
Premier | Nikolai Tikhonov Nikolai Ryzhkov |
Didahului oleh | Andrei Gromyko |
Digantikan oleh | Aleksandr Bessmertnykh |
First Secretary of the Georgian Communist Party | |
Dalam jawatan 29 September 1972 – 6 July 1985 | |
Didahului oleh | Vasil Mzhavanadze |
Digantikan oleh | Jumber Patiashvili |
Minister of Internal Affairs of the Georgian SSR | |
Dalam jawatan 1967–1972 | |
Didahului oleh | Vladimir Janjgava |
Digantikan oleh | Dilar Habuliani |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Mamati, Guria, Georgian SSR, Soviet Union | 25 Januari 1928
Mati | 7 Julai 2014 Tblisi, Georgia | (umur 86)
Kewarganegaraan | Soviet (1928–1991) and Georgian (1991–2014) |
Parti politik | Communist Party of the Soviet Union (1948-1991) Independent (1991-1995) Union of Citizens of Georgia (1995-2003) |
Pasangan | Nanuli Shevardnadze |
Anak | 2 |
Anugerah awam | |
Perkhidmatan tentera | |
Cabang/khidmat | MVD |
Tahun khidmat | 1964–1972 |
Pangkat | Major General |
Pangkalan | Ministry of Public Order of the Georgian SSR (1965-1968) Ministry of Internal Affairs of the Georgian SSR (1968-1972) |
Pemimpin Russia menyifatnya sebagai seorang negarawan ulung. Beliau disifatkan sebagai ahli politik terkemuka dunia dan berjaya membongkar sistem Soviet dan mencipta Georgia baru.
Mantan Presiden Mikheil Saakashvili berjaya menggulingkan Shevardnadze menerusi Revolusi Rose 2003 ekoran rasuah dan nepotisme yang berleluasa ketika itu.
Menteri Luar Negeri Uni Soviet (1985-1991)
suntingShevardnadze memainkan peranan menamatkan Perang Dingin .Beliau mengadakan perjanjian senjata nuklear dengan Amerika Serikat. Dia membantu mengakhiri Perang Russia di Afghanistan (1979-) dan memungkinkan penyatuan kembali Jerman dan menarik pasukan Soviet dari Eropah Timur dan dari perbatasan China. Ia mendapat julukan "The Silver Fox".
Selama akhir 1980-an apabila Soviet Union berada dalam krisis, nama Shevardnadze menjadi semakin tidak popular dan bertentangan dengan Soviet yang tidak menyukai reformasi dan garis halus dengan Barat.
Presiden Georgia (1995-2003)
suntingRepublik Georgia baru merdeka pada 1991 dengan pemimpin gerakan nasional pembebasan, tokoh ilmuan Zviad Gamsakhurdia yang pernah dipenjara oleh pemerintah Shevardnadze di akhir 1970-an sebagai Presiden Georgia pertama. Namun perkhidmatan Gamsakhurdia berakhir tiba-tiba pada bulan Januari 1992. Zviad Gamsakhurdia digulingkan dalam kudeta berdarah. Shevardnadze diangkat Ketua parlimen Georgia Mac 1992 dan sebagai ketua parlimen pada bulan November 1992 yang setara dengan presiden. Ketika presiden dipulihkan pada November 1995, ia terpilih dengan 70% suara.
Revolusi Rose 2003
suntingBeliau dijatuhkan selepas Revolusi Rose 2003.
Pada 2 November 2003, Georgia mengadakan Pemilihan Parlemen Georgia yang dikecam oleh pemantau pilihan raya antarabangsa kerana penuh dengan ketidakadilan. Hasilnya menimbulkan kemarahan rakyat dan mengadakan demonstrasi massa di ibu kota Tbilisi . Pemberontakan ni disebut sebagai Revolusi Rose . Pemberontak masuk ke parlimen pada 22 November ketika sesi pertama parlemen baru bermula , memaksa Presiden Shevardnadze melarikan diri dengan pengawalnya. Pada tanggal 23 November, Shevardnadze bertemu dengan pemimpin pembangkang Mikheil Saakashvili dan Zurab Zhvania untuk membincangkan situasi Revolusi Rose dalam pertemuan yang diatur oleh Menteri Luar Negeri Rusia Igor Ivanov . Setelah pertemuan ini, Shevardnadze mengumumkan pengunduran dirinya dengan alasan mahu mengelakkan pertumpahan darah dan tidak ada korban.
Meninggal dunia
suntingPada 7 Julai 2014, Shevardnadze meninggal dunia pada usia 86 tahun. Presiden Russia ,Vladimir Putin mengucapkan takziah kepada saudara mara Shevardnadze dan seluruh rakyat Georgia.
Shevardnadze menghabiskan usianya di kediamannya di pinggir Tbilisi, Georgia dengan menulis memoir mengenai pengalaman hidupnya dan bagaimana beliau membantu mencorakkan nasib Eropah. [1] Presiden incumbent Georgia Giorgi Margvelashvili dan Perdana Menteri Georgia Irakli Garibashvili mengucapkan belasungkawa kepada seluruh keluarga.
Rujukan
sunting- ^ "Eduard Shevardnadze meninggal dunia". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-08-19. Dicapai pada 2014-08-17.