Edmund Langgu Saga
Edmund Langgu Saga merupakan ahli politik dari Sarawak, Malaysia. Beliau menang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1978 bagi kawasan Saratok, negeri Sarawak. Beliau bertanding atas tiket parti Barisan Nasional.
Dato' Seri Edmund Langgu Saga | |
---|---|
Timbalan Menteri Pertanian | |
Dalam jawatan 1978–1982 | |
Menteri | Shariff Ahmad (1978-1981) Abdul Manan Othman (1981-1982) |
Digantikan oleh | Chin Hon Ngian |
Ahli Parlimen Malaysia bagi Saratok | |
Dalam jawatan 1971–1986 | |
Didahului oleh | Kawasan diwujudkan |
Digantikan oleh | Peter Tinggom Kamarau |
Ketua Pembangkang Dewan Rakyat Malaysia | |
Dalam jawatan 1974–1975 | |
Didahului oleh | James Wong Kim Min |
Digantikan oleh | Lim Kit Siang |
Maklumat peribadi | |
Lahir | 1936 (88 tahun) |
Parti politik | Parti Sarawak Bersatu[1] |
Pekerjaan | Ahli Politik |
Biodata
suntingDato Sri Edmund Langgu Saga, berusia 74 tahun telah dilahirkan di Rumah Ulak, Sungai Kelampai, Daerah Saratok, Sarawak. Sebelum menyertai politik beliau merupakan seorang guru lepasan Maktab Perguruan Batu Lintang, Kuching, Sarawak
Beliau telah terpilih sebagai ahli parlimen Saratok setelah memenangi pilihan raya umum 1978. Beliau mempertahankan jawatan ahli parlimen selama 5 penggal berturut-turut iaitu 25 tahun.
Selain itu beliau pernah memegang 2 jawatan penting untuk 2 parti politik yang pernah disertainya iaitu sebagai Setiausaha Agung Sarawak National Parti (SNAP)dan juga Naib Presiden bagi Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS).
Beliau pernah memgang jawatan sebagai Timbalan Menteri Pertanian Persekutuan dan juga menjadi Pemimpin Pembangkang di parlimen Malaysia
Kini beliau telah bersara dari dunia politik dan sekarang beliau merupakan Penasihat kepada Yayasan Tun Jugah. Selain itu beliau juga seorang penulis dan penyumbang kepada kajian Bahasa Iban, budaya dan tradisi masyarakat Iban.
Dengan pengetahuan yang mendalam berkenaan budaya Iban, sejarah,lagu, peribahasa masyarakat Iban, undang-undang beliau acap kali dijemput untuk memberikan ceramah.
Lihat juga
suntingPautan luar
sunting- (Inggeris) DATO SRI EDMUND LANGGU ANAK SAGA