Edlee Fried Chicken
Edlee Fried Chicken adalah rangkaian restoran yang terkenal di Negeri *Kelantan*, yang memfokuskan hidangan ayam goreng rangup. Restoran ini terkenal dengan hidangan ayam goreng yang disediakan dengan perapan khas dan disajikan dengan pelbagai sos serta pilihan sampingan yang menyelerakan. Edlee Fried Chicken telah berkembang menjadi salah satu jenama popular di kalangan penduduk tempatan dan pelancong di Malaysia.
Sejarah
Eddlee Fried Chicken diasaskan oleh Encik Mohd Eddlee bin Ismail pada tahun 2003 di Kota Bharu, Kelantan. Perniagaan ini bermula sebagai Edlee Food Services, dengan menjual ayam goreng di pasar malam sekitar Kota Bharu.
Visi
Fokus utama Eddlee Fried Chicken adalah mengekalkan rasa yang tersendiri dan harga yang mampu milik, membolehkan pelanggan dari pelbagai lapisan masyarakat menikmati hidangan mereka. Dengan komitmen terhadap kualiti dan perkhidmatan yang jujur, perniagaan ini terus berkembang dan menjadi pilihan popular di kalangan penduduk tempatan.
Menu
Menu utama di Edlee Fried Chicken adalah ayam goreng, yang disediakan dengan rempah-rempah khas dan digoreng sehingga rangup. Selain itu, restoran ini juga menawarkan pelbagai hidangan sampingan seperti:
-Burger Blackpepper Edlee FC
-Chicken chop Edlee FC
-Buttermilk chicken
-Korean chicken
-Chicken roll
-Nasi lemak
-dll
Restoran ini turut menyediakan beberapa minuman untuk melengkapkan pengalaman makan, termasuk air mineral, jus, dan minuman ringan.
Konsep dan Suasana
Edlee Fried Chicken menawarkan suasana santai dan mesra keluarga, dengan dekorasi yang moden dan selesa. Kedai ini sering menjadi tempat pilihan untuk keluarga dan rakan-rakan yang ingin berkumpul sambil menikmati hidangan ayam goreng dalam suasana yang nyaman dan santai.
Cawangan
Sejak penubuhannya, Edlee Fried Chicken telah membuka cawangan di pelbagai lokasi dan kini mempunyai 14 cawangan di Kota Bharu serta kawasan pinggir seperti
1. Pengkalan Chepa.
2. Kota Bharu.
3. Wakaf Che Yeh.
4. Jalan Long Yunus, Kota Bharu.
5. Kota Bharu.
6. Jalan Panji, Kota Bharu.
7. Padang Enggang, Kota Bharu.
8.Bukit Marak.
9.Kedai Lalat.
8. Taman Bendahara, Kota Bharu.
9. Pasir Tumboh.
10. Taman Uda Murni, Kota Bharu.
11. Padang Pasir Luas, Kota Bharu.