DuckDuckGo
DuckDuckGo merupakan sebuah enjin carian yang memberikan penekanan dalam perlindungan privasi pencari dan mengelakkan "gelembung penapis" bagi hasil carian yang diperibadikan.[2] DuckDuckGo berbeza dengan enjin carian yang lain kerana ia tidak memprofilkan para penggunanya dan dengan sengajanya memaparkan hasil carian yang sama untuk istilah carian yang diberikan. Ia juga menekankan aspek dalam mendapatkan maklumat daripada sumber terbaik berbanding sumber kebanyakan, menjana hasil carian daripada tapak-tapak yang menjadi tumpuan seperti Wikipedia dan daripada perkongsian dengan enjin carian lain seperti Bing, Yandex, Yahoo dan WolframAlpha.[3]
DuckDuckGo | |
---|---|
Maklumat umum | |
URL | duckduckgo |
Eponim | duck, duck, goose (en) |
Singkatan | DDG |
Jenis | Enjin carian web |
Tersedia dalam | Pelbagai |
Ditubuhkan | 25 September 2008 |
Pengurusan dan pentadbiran | |
Pemilik | DuckDuckGo, Inc. |
Pengasas | Gabriel Weinberg (en) |
CEO | Gabriel Weinberg (en) |
Kandungan dan sokongan | |
Komersial | Ya |
Pendaftaran | Tiada |
Lesen | Apache Software License 2.0 (en) dan lesen hak milik |
Ditulis dalam | Perl, JavaScript dan C |
Pembangun web | Duck Duck Go (en) |
Perangkaan | |
Kedudukan Alexa | 633 (Mei 2014[kemas kini])[1] |
Lokasi | |
Ibu pejabat | Paoli, PA, United States |
Pautan luar berkaitan | |
Blog rasmi | |
Pautan lain | |
sunting · sunting di Wikidata |
Syarikat pengendali DuckDuckGo berpusat di Paoli, Pennsylvania, Amerika Syarikat dan mempunyai 20 orang pekerja. Nama syarikat itu berasal daripada permainan kanak-kanak, duck, duck, goose.[4][5]
Pada 21 Mei 2014, DuckDuckGo melancarkan versi yang direka semula dimana ia memfokuskan pada jawapan yang lebih bijak dan rupa yang lebih elegan. Versi baharu menambah ciri yang seringkali diminta seperti imej, carian tempatan, autocadangan dan banyak lagi.[6]
Rujukan
sunting- ^ "Duckduckgo.com Site Info" (dalam bahasa Inggeris). Alexa Internet. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-07-23. Dicapai pada 23 Mei 2013.
- ^ Buys, Jon (10 Julai 2010). "DuckDuckGo: A New Search Engine Built from Open Source" (dalam bahasa Inggeris). GigaOM OStatic blog. Dicapai pada 19 Mac 2013.
- ^ "DuckDuckGo, Inc. Sources" (dalam bahasa Inggeris). Pusat Sokongan DuckDuckGo. 20 Jun 2013. Dicapai pada 12 Julai 2013.[pautan mati kekal]
- ^ Rosenwald, Michael (9 November 2012). "Ducking Google in search engines". The Washington Post (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 19 Mac 2013.
- ^ Arthur, Charles (10 Julai 2013). "NSA scandal delivers record numbers of internet users to DuckDuckGo" (dalam bahasa Inggeris). The Guardian. Dicapai pada 10 Julai 2013.
- ^ "DuckDuckGo Reimagined & Redesigned" (dalam bahasa Inggeris). Blog DuckDuckGo. Dicapai pada 24 Mei 2014.