Dua darjat
Dua darjat atau Dwistandard (Bahasa Inggeris: double standard) ialah penerapan layanan atau prinsip yang berbeza dalam situasi yang pada dasarnya sama.
Penerapkan prinsip yang berbeza untuk situasi yang serupa mungkin atau tidak menunjukkan konsep dua darjat. Dalam membezakan antara penerapan dua darjat dan penerapan betul standard berlainan terhadap keadaan yang sama, beberapa faktor mesti dikaji. Salah satunya adalah kesamaan keadaan itu - yakni persamaan serta perbezaan antara dua situasi berkenaan. Satu faktor lagi ialah sistem falsafah atau kepercayaan yang mempengaruhi prinsip mana yang patut diterapkan dalam keadaan tersebut. Piawaian yang berbeza dapat diterapkan pada situasi yang dilihat serupa berdasarkan kebenaran atau fakta yang memenuhi syarat yang, setelah diperiksa lebih teliti, menjadikan situasi tersebut berbeza (seperti kenyataan fizikal dan tuntutan moral). Namun, jika situasi yang serupa telah diperlakukan mengikut prinsip yang berbeza dan tidak ada kebenaran, fakta atau prinsip yang membezakan situasi tersebut, maka konsep dua darjat telah dianggap diterapkan.
Sekiranya dikenal pasti dengan betul, dua darjat dilihat sebagai masalah negatif kerana biasanya menunjukkan sikap hipokrit, berat sebelah dan/atau ketidakadilan yang membawa kepada tingkah laku bersifat sedemikian.