Drosera
Drosera ialah genus tumbuhan karnivor menganggotai keluarga Droseraceae.[1] Spesies-spesies tumbuhan dalam genus ini mendapatkan sumber mineral dengan menangkap serangga yang mengerumuninya menggunakan kelenjar musilaj yang memenuhi permukaan daun-daunnya. Ia antara genus yang terbesar dengan sekurang-kurangnya 194 spesies.[2] Spesies-spesies ini datang dalam pelbagai rupa dan besar yang ditemukan di setiap benua kecuali Antartika.[3]
Drosera | |
---|---|
Drosera tokaiensis | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | |
Order: | |
Keluarga: | |
Genus: | Drosera |
Subgenus | |
Sinonim[1] | |
|
Taksonomi
suntingNama genus tumbuhan ini dijejak daripada kata bahasa Yunani Purba δρόσος drosos "embun"[4] kerana titisan-titisan musilaj di hujung dedaunnya yang berkilau seperti embun pagi.[5]
Ciri botani
suntingAkar
suntingSistem-sistem akar banyak spesies genus ini kurang membangun atau hilang fungsi pusaka. Akar-akarnya nipis dengan rerambut yang panjang.[6]:129-130
Daun
suntingDaun-daun setiap spesies dalam genus ini mempunyai kelenjar yang merembeskan bahan musilaj yang melekit dan manis lalu menarik perhatian serangga. Sebaik serangga ini tersentuh daun ini, kaki-kaki ia akan melekat pada musilaj ini sehingga ia terperangkap. Serangga ini kesudahannya mati kepenatan cuba membebaskan diri atau lemas kerana spirakel pernafasannya disumbat dalam masa 15 minit.[7] Semua spesies genus ini boleh bertindak balas selepas disentuh mangsa yang sekecil seekor agas.[7]
Sementara itu, tumbuhan yang telah memerangkap serangga ini merembeskan enzim-enzim esterase, peroksidase, fosfatase dan protease.[8]:41 Enzim-enzim ini melarutkan bangkai serangga mengeluarkan nutrien yang terkandung dalamnya, nutrien ini diserap melalui permukaan daun-daun tumbuhan dan disalurkan ke seluruh bahagian tumbuhan tersebut.
Rujukan
sunting- ^ a b "Drosera L." Plants of the World Online. Royal Botanic Gardens, Kew. 2023. Dicapai pada 13 January 2023.
- ^ McPherson, S.R. (2010). Carnivorous Plants and their Habitats. Poole, England, UK: Redfern Natural History Productions Ltd. 2 jilid.
- ^ McPherson, S.R. (2008). Glistening Carnivores. Poole, England, UK: Redfern Natural History Productions Ltd.
- ^ Liddell, Henry George; Scott, Robert (1940). "δρόσος". A Greek-English Lexicon. Perseus Digital Library.
- ^ Darwin yang Tua, Robert Waring (1787). Principia Botanica; Or, A Concise and Easy Introduction to the Sexual Botany of Linnæus, Etc. [The Preface Signed: R. W. D., I.e. Robert W. Darwin, the Elder.]. Newark, New Jersey, Amerika Syarikat: Allin & Company. m/s. 68.
- ^ Adlassnig, Wolfram; Peroutka, Marianne; Lambers, Hans; Lichtscheidl, Irene K. (Julai 2005). "The Roots of Carnivorous Plants". Plant and Soil. 274 (1–2): 127–140. doi:10.1007/s11104-004-2754-2.
- ^ a b Darwin, Charles (1875). Insectivorous Plants. ISBN 978-1-4102-0174-4. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Julai 2005.
- ^ Barthlott, Wilhelm; Porembski, Stefan; Seine, Rüdiger; Theisen, Inge (2004). Karnivoren Biologie und Kultur fleischfressender Pflanzen. Stuttgart, Jerman: Verlag Eugen Ulmer. ISBN 9783800141449.