Drip (album)

album studio 2024 oleh BABYMONSTER

Drip (digayakan dengan semua huruf besar) ialah album studio sulung oleh kumpulan muzik wanita Korea Selatan, BabyMonster. Album itu dikeluarkan oleh YG Entertainment dan diedarkan oleh YG Plus pada 1 November 2024. Mengandungi sembilan buah lagu, runut "Drip" dan "Clik Clak" dijadikan sebagai lagu utamanya, bersama-sama dengan single prakeluaran "Forever".

DRIP
Album studio oleh BabyMonster Sunting nilai ini di Wikidata
Dilancarkan pada1 November 2024
TempatKorea Selatan Sunting nilai ini di Wikidata
StudioYG Studio
GenreK-pop, hip hop, pop tarian dan synth-pop Sunting nilai ini di Wikidata
Panjang27:43 Sunting nilai ini di Wikidata
BahasaBahasa Korea dan bahasa Inggeris Sunting nilai ini di Wikidata
SyarikatYG Entertainment Sunting nilai ini di Wikidata
PengedarYG PLUS dan Sony Music Labels Sunting nilai ini di Wikidata
Penerbit
  • Ricky Luna
  • Airplay
  • Illjun
  • YG
  • Ends
  • CHOICE37
  • LP
  • Kang Uk-jin
  • Diggy
  • Dee.P
Kronologi album BabyMonster
BABYMONS7ER
(2024)
DRIP
(2024)
Single daripada DRIP
  1. "FOREVER"
    Dikeluarkan: 1 Julai 2024
  2. "CLIK CLAK"
    Dikeluarkan: 30 Oktober 2024
  3. "DRIP"
    Dikeluarkan: 1 November 2024
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Latar belakang dan pelancaran

sunting

Pada 24 Januari 2024, pengasas YG Entertainment Yang Hyun-suk mengumumkan rancangan untuk kumpulan BabyMonster dengan melancarkan album mini pada 1 April, diikuti dengan album penuh pada musim luruh tahun yang sama.[1] Pengumuman susulan oleh Yang pada 19 Mei mendedahkan rancangan bagi melancarkan single prakeluaran untuk album studio akan datang pada awal Julai.[2][3] Single tersebut yang berjudul "Forever" telah dikeluarkan pada 1 Julai.[4] Penggambaran video muzik untuk menyokong album penuh tersebut bermula pada 23 September, yang diumumkan pada hari yang sama, bersama-sama dengan pengesahan lanjut mengenai pelancaran album itu pada musim luruh.[5]

Pada 8 Oktober, YG Entertainment secara rasmi mengumumkan album studio pertama BabyMonster dengan tajuk berjudul Drip. Senarai runut album turut didedahkan pada hari yang sama, dengan single nama yang sama diumumkan sebagai single utama album.[6] Sejak pengumuman itu, pratonton baris pertama bagi dua runut dikeluarkan pada setiap minggu sebelum album itu dilancarkan: "Clik Clak" (Klik Klak) dan "Love, Maybe" (Cinta, Mungkin) pada 11 dan 12 Oktober,[7][8] "Woke Up in Tokyo" (Bangun di Tokyo) dan "Billionaire" (Jutawan) pada 18 dan 19 Oktober,[9][10] dan "Really Like You" (Sangat Menyukaimu) dan "Love in My Heart" (Cinta di Hatiku) pada 25 dan 26 Oktober,[11][12] masing-masing. Pada 21 Oktober, lagu "Clik Clak" diumumkan sebagai lagu utama kedua album itu,[13] dan video muziknya telah dilancarkan pada 30 Oktober.[14] Album Drip telah dikeluarkan pada 1 November, bersama-sama video muzik untuk single utamanya yang mempunyai nama sama.[15]

Penggubahan

sunting

Album Drip mengandungi sembilan buah runut. Lagu pembukaan "Clik Clak" merupakan lagu hip hop minimalis yang dirap oleh tujuh anggota BabyMonster dengan gaya unik.[7] Runut utama "Drip" ialah lagu hip hop boleh menari yang digubah bersama oleh anggota BigBang, G-Dragon, manakala runut ketiga, "Love, Maybe" ialah balada intim dengan semua anggota menyanyikannya dengan alunan instrumental gitar belakang.[16] Ini diikuti dengan lagu "Really Like You", yang mempunyai gaya hip hop 90an dan ditulis bersama oleh Mino daripada kumpulan muzik Winner, dan runut "Billionaire" pula merupakan lagu R&B dengan bes 808 yang berat dan suasana Y2K.[17] Runut keenam iaitu "Love in My Heart" ialah lagu pop tarian riang mengenai perasaan tidak disembunyikan yang telah berkembang tanpa kawalan.[12] Lagu ketujuh "Woke Up in Tokyo" merupakan lagu hip hop dengan bes berat, seni kata bahasa Jepun dan permainan kata yang menggunakan onomatopoeia dan ia dipersembahkan oleh penyanyi rap utama kumpulan, Ruka dan Asa.[9] Single prakeluaran "Forever" ialah lagu synth-pop yang ceria dengan suasana musim panas yang cerah,[18][19] dan album itu berakhir dengan runut adun semula bagi "Batter Up" yang dipersembahkan sebagai nyanyian ulangan ketika perjumpaan peminat mereka See You There (2024) sebagai runut bonus.[17]

Senarai runut

sunting
Senarai runut DRIP
No.TajukSeni kataGubahanSusunanMasa
1."CLIK CLAK"
"Klik Klak"
  • Malaynah
  • Ricky Luna
  • Rolando Luna
  • Choice37
  • Masta Wu
  • Ricky Luna
  • Rolando Luna
  • Keith Bykoff
  • Malaynah
Ricky Luna2:49
2."DRIP"
"Menitis"
  • Sandra Wikstrom
  • YG
  • Airplay
  • Masta Wu
  • Choice37
  • Sonny
  • Airplay
  • Illjun
  • YG
3:00
3."Love, Maybe"
"Cinta, Mungkin"
  • Sandra Wikstrom
  • Choice37
  • Airplay
  • Airplay
  • Sandra Wikstrom
  • Ends
  • Airplay
  • Ends
3:07
4."Really Like You"
"Sangat Menyukaimu"
  • Ryan Bickley
  • Jonny Hockings
  • YG
  • Mino
  • Bigtone
  • Airplay
  • Ryan Bickley
  • Jonny Hockings
  • Freedo
  • Ends
  • Airplay
  • Ends
3:17
5."BILLIONAIRE"
"Jutawan"
  • Lauren Aquilina
  • Choice37
  • Sandra Wikstrom
  • Choice37
  • LP
  • Lauren Aquilina
  • Sandra Wikstrom
  • Sonny
  • Lil G
  • Choice37
  • LP
2:37
6."Love In My Heart"
"Cinta di Hatiku"
  • Where the Noise
  • Jared Lee
  • YG
  • Asa
  • Ruka
  • Kang Uk-jin
  • Diggy
  • Jared Lee
  • Kang Uk-jin
  • Diggy
  • YG
3:12
7."Woke Up In Tokyo" (Ruka & Asa)
"Bangun di Tokyo"
  • Kyler Niko
  • Wonderframe
  • Jonathan Keyes
  • Ricky Luna
  • DaboyWay
  • Choice37
  • Asa
  • Ricky Luna
  • Rolando Luna
  • Kyler Niko
  • Wonderframe
  • Jonathan Keyes
  • DaboyWay
  • Ricky Luna
  • Rolando Luna
2:23
8."FOREVER
"Selamanya"
  • BLVSH
  • Choice37
  • Sonny
  • Lil G
  • LP
  • Masta Wu
  • Choice37
  • LP
  • BLVSH
  • Sonny
  • Lil G
  • Choice37
  • LP
  • YG
3:32
9."BATTER UP" (Remix)
"Hentamnya" (Adun semula)
  • Jared Lee
  • YG
  • Asa
  • Choi Hyun-suk
  • Lee Chan-hyuk
  • Where the Noise
  • Bigtone
  • Pau
  • Chaz Mishan
  • YG
  • Dee.P
  • Jared Lee
Dee.P3:46
Jumlah masa: 27:43

Rujukan

sunting
  1. ^ Sukri, Hazeeq (29 Januari 2024). "Ahyeon rejoins YG Entertainment's BabyMonster, will take part in group's first mini album" [Ahyeon menyertai semula BabyMonster YG Entertainment, akan mengambil bahagian dalam album mini pertama kumpulan] (dalam bahasa Inggeris). CNA. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Januari 2024. Dicapai pada 17 Jun 2024.
  2. ^ Chin, Carmen (20 Mei 2024). "YG Entertainment announces plans for new BABYMONSTER, TREASURE music this fall" [YG Entertainment mengumumkan rancangan untuk muzik baharu BABYMONSTER, TREASURE pada musim gugur ini]. NME (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Mei 2024. Dicapai pada 17 Jun 2024.
  3. ^ Lee, Min-ji (20 Mei 2024). "YG 양현석 총괄, 하반기 꽉 채울 베이비몬스터∙트레저 플랜 발표" [Pengurus besar YG Yang Hyun-suk mengumumkan rancangan BabyMonster/Treasure untuk mengisi separa kedua tahun ini] (dalam bahasa Korea). Newsen. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Jun 2024. Dicapai pada 17 Jun 2024 – melalui Naver.
  4. ^ Yeo, Gladys (1 Julai 2024). "BABYMONSTER return with music video for new single, 'Forever'" [BABYMONSTER kembali dengan video muzik untuk single baharu, 'Forever']. NME (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Julai 2024. Dicapai pada 1 Julai 2024.
  5. ^ Koh, Seung-ah (23 September 2024). "베이비몬스터, 오늘부터 첫 정규 뮤비 촬영 돌입...컴백 초읽기" [BabyMonster, memulakan penggambaran video muzik penuh pertama mereka hari ini...Kira detik untuk kemunculan semula mereka] (dalam bahasa Korea). News 1. Diarkibkan daripada yang asal pada September 23, 2024. Dicapai pada September 23, 2024 – melalui Naver.
  6. ^ Woo, Ji-won (8 Oktober 2024). "BabyMonster to drop first full-length album 'Drip' on Nov. 1" [BabyMonster akan melancarkan album penuh pertama 'Drip' pada 1 Nov.] (dalam bahasa Inggeris). Korea JoongAng Daily. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Oktober 2024. Dicapai pada 8 Oktober 2024 – melalui Naver.
  7. ^ a b Han, Hae-seon (11 Oktober 2024). "베이비몬스터, 정규앨범 신곡 'CLIK CLAK' 1분 20초 파격 선공개" [BabyMonster, lagu baharu 1 minit dan 20 saat 'CLIK CLAK' daripada album biasa, prapelancaran mengejutkan] (dalam bahasa Korea). Star News. Dicapai pada 12 Oktober 2024 – melalui Naver.
  8. ^ Kang, Seo-jeong (12 Oktober 2024). "베이비몬스터, 양현석이 자신한 정규 1집 'Love, Maybe' 최초 공개" [Babymonster, album penuh pertama oleh Yang Hyun-suk, "Love, Maybe" didedahkan untuk kali pertama] (dalam bahasa Korea). Osen. Dicapai pada October 12, 2024 – melalui Naver.
  9. ^ a b Jeon, Hyo-jin (18 Oktober 2024). "베이비몬스터, 첫 유닛곡 'Woke Up In Tokyo' 일부 공개" [BabyMonster, bahagian lagu unit pertama 'Woke Up In Tokyo' didedahkan] (dalam bahasa Korea). Sports Donga. Dicapai pada October 19, 2024 – melalui Naver.
  10. ^ Kim, Seon-woo (19 Oktober 2024). "베이비몬스터, 첫 정규 트랙 일부 공개...기대감 상승" [BabyMonster, pelancaran sebahagian daripada lagu penuh pertama...jangkaan meningkat] (dalam bahasa Korea). JTBC. Dicapai pada 19 Oktober 2024 – melalui Naver.
  11. ^ Jang, Woo-young (25 Oktober 2024). "베이비몬스터, 90년대 R&B까지...폭넓은 음악 스펙트럼" [BabyMonster, daripada R&B 90-an...Spektrum muzik yang luas]. Osen. Dicapai pada 26 Oktober 2024 – melalui Naver.
  12. ^ a b Jang, Woo-young (26 Oktober 2024). "베이비몬스터, 파격 프로모션 대미 장식은 'Love In My Heart'...11월 1일 컴백" [BabyMonster, dekorasi akhir promosi luar biasa 'Love In My Heart'...Kemunculan semula pada 1 November]. Osen. Dicapai pada 26 Oktober 2024 – melalui Naver.
  13. ^ Park, Seo-hyun (21 Oktober 2024). "베이비몬스터 'DRIP'·'CLIK CLAK' 더블 타이틀곡 확정..파격 프로모션ing" [Lagu tajuk berganda BabyMonster 'DRIP', 'CLIK CLAK' disahkan..Promosi luar biasa] (dalam bahasa Korea). Herald Pop. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Oktober 2024. Dicapai pada 21 Oktober 2024 – melalui Naver.
  14. ^ Ji, Min-kyung (30 Oktober 2024). ""YG 그 자체" 베이비몬스터, 'CLIK CLAK'에 담은 힙합의 진수 [Oh!쎈 레터]" ["YG sendiri" BabyMonster, intipati hip-hop dalam 'CLIK CLAK' [Oh!ssen Letter]] (dalam bahasa Korea). Osen. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Oktober 2024. Dicapai pada 30 Oktober 2024 – melalui Naver.
  15. ^ Benjamin, Jeff (1 November 2024). "BABYMONSTER Flex Global-Pop Appeal With First Full-Length Album 'DRIP'" [BABYMONSTER Pamerkan Tarikan Pop Global dengan Album Penuh Pertama ‘DRIP’]. Billboard (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 4 November 2024. Dicapai pada 4 November 2024.
  16. ^ Jeong, Ga-young (8 Oktober 2024). "베이비몬스터, 11월 1일 첫 정규 'DRIP' 낸다" [BabyMonster, album penuh pertama 'DRIP' akan dikeluarkan pada 1 November] (dalam bahasa Korea). Sports World. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Oktober 2024. Dicapai pada 14 Oktober 2024 – melalui Naver.
  17. ^ a b Seon, Mi-kyung (8 Oktober 2024). "베이비몬스터, 11월 1일 컴백 확정..첫 정규 'DRIP' 발표[공식]" [BabyMonster, kemunculan semula pada 1 November disahkan..Album penuh pertama 'DRIP' diumumkan [Rasmi]] (dalam bahasa Korea). Osen. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Oktober 2024. Dicapai pada 14 Oktober 2024 – melalui Naver.
  18. ^ Benjamin, Jeff (31 Julai 2024). "How BABYMONSTER Showcase Their 'Monster-Like Skills' On & Off the Stage" [Bagaimana BABYMONSTER Mempamerkan 'Kemahiran Seperti Raksasa' Mereka di Dalam dan Luar Pentas]. Billboard (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Ogos 2024. Dicapai pada 14 Oktober 2024.
  19. ^ Siroky, Mary (3 Julai 2024). "Fan Chant: BABYMONSTER Talk Through the "Intricate Details" of New Track "FOREVER"" [Sorakan Peminat: BABYMONSTER Berbicara Melalui "Butiran Rumit" Bagi Lagu Baharu "FOREVER"]. Consequence of Sound (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Julai 2024. Dicapai pada 14 Oktober 2024.