Jurnal Suraya
Jurnal Suraya ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2017 arahan oleh Zul Huzaimy, di bintangi oleh Nad Zainal dan Johan As'ari. Siri ini memulakan tayangan di Zehra TV3 5 November 2017 hingga 27 Disember 2017. [1]
Jurnal Suraya | |
---|---|
Genre | Drama Cinta |
Ditulis oleh | Mufid Suhaimi & Team |
Pengarah | Zul Huzaimy |
Dibintangi oleh | Nad Zainal Johan As'ari Ryzal Jaafar Sasqia Dahuri Aisya Hasnaa Wanna Ali Noniswara Kuza Muzani |
Lagu pembukaan | Rintihan Rindu - Wany Hasrita |
Lagu penutup | Rintihan Rindu - Wany Hasrita |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Bahasa Malaysia |
Bilangan episod | 13 Episode |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Hemanathan Paul |
Penerbit | Zulkiflee Mohd Said |
Tempoh siaran | 42 Minit |
Syarikat penerbitan | Primeworks Studios |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 (Slot Zehra). |
Siaran asal | 5 November 2017 – 27 Disember 2017 |
Kronologi | |
Diikuti oleh | Kelip-kelip Di Kota London |
Sinopsis
suntingMengisahkan ketabahan Suraya (Nad Zainal) dalam meneruskan kehidupan sebagai penghidap Leukimia. Kekuatan yang dimiliki oleh Suraya untuk menghadapi kehidupan seharian ketika hendak menamatkan pengajiannya ternyata dikagumi oleh rakan-rakan senasib dengannya.
Selain rakan-rakannya, Alif (Johan As'ari) yang menghidap kanser tulang tahap tiga turut mengagumi wanita itu dalam diam. Perhubungan antara Suraya dan Alif pada awalnya terbatas sebagai rakan karib sahaja kerana bapa Suraya, Datuk Hisham (Khairil Anwar) mahu mengahwinkan Suraya dengan Imran (Ryzal Jaafar).
Namun, Imran mempunyai niat tersembunyi disebalik kesungguhannya untuk menikahi Suraya, iaitu untuk membolot harta keluarga Suraya. Bagaimanapun, lakonan Imran dapat dihidu oleh Suraya kerana Suraya tahu sikap sebenar Imran yang suka berfoya-foya di kelab malam.
Penyakit yang dihidapi Suraya membuatkannya terpaksa ke Singapura untuk melakukan rawatan dan merupakan usaha terakhir atas saranan doktornya, Dr. Nadia. Bukan sahaja Suraya, Alif juga sering diserang penyakitnya dan berulang-alik ke hospital. Ekoran daripada tempoh rawatan yang panjang membuatkan Suraya dan Alif terputus hubungan buat seketika.
Ibu mertua Suraya, Puan Sharifah (Kuza Muzani) menyokong niat jahat Imran dan melayan Suraya secara endah tidak endah. Puan Sharifah sememangnya tidak berkenan dengan menantunya, Suraya dan menganggap penyakit yang dialami oleh Suraya tidak lah seteruk mana dan hanya sengaja dibuat-buat seperti kelihatan kritikal.
Namun, bukan sahaja kebencian yang diterima daripada ibu mertuanya, perangai buruk Imran yang kaki mabuk dan bersifat curang mereka memberi tekanan kepada Suraya. Hari demi hari, tekanan yang diterima oleh Suraya membuatkan penyakitnya menyerang dirinya kembali. Melihat keadaan Suraya yang kritikal dan memikirkan harta yang bakal dimiliki, Imran menghantar Suraya ke hospital.
Adakah cinta Suraya dan Alif terkubur begitu sahaja? Mampukah Suraya bertabah dengan segala cabaran kehidupannya
Pelakon
sunting- Nad Zainal sebagai Suraya
- Johan As'ari sebagai Alif
- Ryzal Jaafar sebagai Imran
- Sasqia Dahuri sebagai Niesha
- Aisya Hasnaa sebagai Karina
- Noniswara sebagai Datin Sofea
- Kuza Muzani sebagai Puan Sharifah
- Wanna Ali sebagai Fina
- Adam Shadan sebagai Shah
- Hilman Aleef sebagai Fariz
- Khairi Anwar sebagai Datuk Hisham
Rujukan
sunting- ^ Drama Jurnal Suraya. MyInfoTaip. Dicapai 7 Ogos 2021