Jiwa (drama)
Jiwa ialah sebuah drama televisien yang ditayangkan pada setiap hari Selasa di Slot Aksi TV3, mulai 4 Februari 2014.
Jiwa | |
---|---|
Genre | Aksi Cinta Drama |
Pengarah | Kabir Bhatia |
Dibintangi oleh | Faizal Hussein Kamal Adli Remy Ishak Siti Elizad Ardell Aryana Wan Raja Arash Afnan |
Lagu pembukaan | Jiwa (Drama Band) |
Lagu penutup | Jiwa (Drama Band) |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Bahasa Malaysia |
Bilangan episod | 14 |
Syarikat penerbitan | Filmscape |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 |
Format audio | Stereo |
Siaran asal | 4 Februari 2014 – 20 Mei 2014 |
Kronologi | |
Mengikuti | Aku |
Diikuti oleh | PLAN B |
Sinopsis
sunting‘Jiwa’ mengisahkan tentang dua beradik tiri iaitu Iskandar (Remy Ishak) dan Jiwa (Kamal Adli),[1] hasil perkongsian hidup Alif Rizal Faizal Hussein dengan isteri pertama, Mastura (Sheila Mambo), ibu Iskandar dan isteri kedua, Zulaikha (Aleza Shadan), ibu Jiwa. Alif merupakan seorang anggota tentera yang amat tegas dan komited dengan tugasnya. Sejak perkahwinan dengan Zulaikha, hubungan Alif dengan Mastura dan Iskandar semakin renggang.
Oleh kerana sikap Alif yang sering mengutamakan Jiwa, Iskandar mula merindukan kasih sayang seorang ayah dan mula membenci Jiwa. Maka, Jiwa selalu sahaja dipukul dalam senyap oleh Iskandar, dia merasakan yang Jiwa merupakan punca Alif sentiasa memukulnya. Iskandar sering mengintai dari jauh melihat layanan baik Alif terhadap Zulaika dan Jiwa.
Iskandar dan Jiwa bersahabat dengan Fara (Siti Elizad), rakan baru yang sering menumpang di rumah mereka. Fara mempunyai perwatakan lelaki, kasar dan lasak. Ini membuatkan dia lebih rapat dengan Iskandar. Namun, pada masa yang sama, Fara sentiasa menjadi pelindung kepada Jiwa apabila dia dibuli.
Sementara itu, Alif pula telah ditamatkan perkhidmatannya di dalam askar kerana insiden yang melibatkan kematian ketika dia sedang bertugas. Selepas itu, dia bekerja sebagai ketua pengawal di sebuah syarikat keselamatan. Namun, dia masih mengekalkan disiplin seorang askar dan terbawa-bawa perangai itu dalam membesarkan Iskandar dan Jiwa.
Selain bersekolah, Iskandar dan Jiwa dikerah oleh Alif untuk berlatih tinju setiap hari. Alif memberi latihan yang keras dan tegas untuk menjadikan mereka peninju yang hebat. Iskandar diajar dengan kekerasan kerana Alif tahu yang Iskandar mampu menerima latihan sebegitu rupa. Manakala, latihan Jiwa lebih kepada memantapkan kejantannya.
Zulaikha menjadi risau dan meminta Alif mengurangkan latihan Jiwa kerana minat Jiwa lebih terarah kepada buku. Alif berkeras yang Jiwa harus menjalani latihan itu. Mereka dikerah memasuki pertandingan demi pertandingan dan ternyata Iskandar lebih jaguh daripada Jiwa.
Apabila semakin meningkat dewasa, hubungan Iskandar dan Jiwa kian renggang. Iskandar kini merupakan kutu jalanan kampung bersama dua rakan baiknya, Peca dan Zul. Bersama-sama Fara, mereka sering melakukan aktiviti nakal di kampung. Hubungan Iskandar dan Fara semakin rapat dan akhirnya menjadi pasangan kekasih. Jiwa yang turut menyukai Fara hanya mampu memendam rasa. Hubungannya dengan Fara cuma sebagai kawan rapat.
Pada masa yang sama, Alif tidak menyenangi keakraban anak-anaknya dengan Fara. Ini kerana ibu Fara, Suri merupakan seorang perempuan kelab. Sementara itu, hubungan Fara dan Iskandar menghadapi masalah apabila Fara mula menyedari sifat ganas Iskandar. Fara membuat keputusan untuk memutuskan hubungan mereka. Iskandar berasa kecewa dan cemburu melihat Jiwa berkawan rapat dengan Fara.
Ketika pertandingan, Iskandar dan Jiwa bertarung dengan lawan masing-masing. Mereka mara ke pusingan akhir. Pertarungan dua beradik ini berlangsung dengan sengit. Iskandar membelasah Jiwa tanpa belas kasihan. Jiwa cedera parah sehingga tangannya patah. Semua orang terkejut dengan perlakukan Iskandar yang mengganas. Pada akhir pertandingan, Iskandar telah disingkirkan daripada pertandingan dan Jiwa dinobatkan sebagai juara. Jiwa dikejarkan ke hospital.
Setibanya di rumah, Alif terus membelasah Iskandar dengan begitu teruk sekali. Mastura cuba menghalang tetapi dengan tidak sengaja Alif telah menyiku Mastura sehingga dia terpelanting melanggar dinding dan mengakibat berlaku pendarahan otak. Alif tergamam dan berhenti membelasah serta-merta.
Mastura mati di hospital. Alif ditangkap polis dan disabitkan kesalahan membunuh secara tidak sengaja dan dijatuhkan hukuman penjara selama 18 tahun. Iskandar bersumpah tidak akan memaafkan perbuatan Alif. Dia turut menyalahkan Jiwa atas kematian Mastura dan memutuskan hubungan mereka adik-beradik. Sejak itu, Iskandar dan Jiwa telah membawa haluan mereka masing-masing.
Jiwa berjaya menamatkan pengajian di Maktab Perguruan sementara Iskandar semakin hanyut dalam dunia samseng. Hubungan Fara dan Jiwa semakin serius. Jiwa memberitahu Zulaikha niatnya untuk memperisterikan Fara. Zulaikha terkejut dengan keputusan Jiwa. Apakah yang bakal berlaku seterusnya?
Pelakon & Watak
sunting- Faizal Hussein sebagai Alif Rizal, seorang bekas anggota Rejimen Askar Melayu Diraja dan bapa kepada Iskandar dan Jiwa juga suami kepada Mastura, Zulaika. Bersikap tegas, baran terhadap Iskandar, Jiwa namun selepas kematian Mastura Alif lebih kepada pendam, lembut.
- Remy Ishak sebagai Iskandar Alif, Anak kepada Alif Rizal dan Mastura (ibu kandung) dan anak tiri kepada Zulaika. Seorang samseng kampung yang menyimpan dendam terhadap Jiwa, Alif kerana kurang kasih sayang dan berhijrah ke Kuala Lumpur selepas kematian ibu kandungnya.
- Kamal Adli sebagai Jiwa Alif, Anak tiri kepada Alif dan Zulaika yang bekerja sebagai Guru sekolah dan suami kepada Fara. Jiwa kemudian menjadi peninju atas faktor kewangan.
- Siti Elizad sebagai Fara, anak kepada Suri dan menantu kepada Zulaika yang asalnya perwatakan kasar, nakal namun berubah selepas berkahwin dengan Jiwa.
- Sheila Mambo sebagai Mastura, Isteri pertama Alif dan Ibu kepada Iskandar dan Jiwa. Beliau kerap pertahankan Iskandar jika Alif memarahi, Mastura meninggal semasa cuba leraikan pergaduhan.
- Aleza Shadan sebagai Zulaika, Isteri kedua kepada Alif dan madu kepada Mastura, dan Ibu kepada Jiwa,Iskandar.
- Cico Harahap
- Wan Raja sebagai Saleh, Ketua gangster di Kuala Lumpur dan dalang perlawanan tinju haram
TV3: Aksi, Selasa, 10 malam | ||
---|---|---|
Sebelumnya | Jiwa (4 Februari – 20 Mei 2014) |
Berikutnya |
Aku | PLAN B |