Dominostein
Dominostein merupakan sejenis manisan yang sering dijual pada musim perayaan Krismas di Jerman dan Austria. Ia terdiri daripada lapisan Lebkuchen di bawahnya, ceri masam atau jeli aprikot pada lapisan tengah dan selapis pes pic atau marzipan di atasnya. Manisan ini kemudiannya dilitupi dengan aising coklat gelap atau coklat susu yang nipis.
Dominostein | |
---|---|
Jenis | Konfeksi |
Tempat asal | Jerman |
Dicipta oleh | Herbert Wendler |
Bahan utama | Lebkuchen, ceri masam atau jeli aprikot, marzipan atau pes pic, coklat gelap atau susu |
sunting · sunting di Wikidata |
Pautan luar
suntingKategori berkenaan Dominostein di Wikimedia Commons