Domain peringkat tinggi umum
gTLD | kegunaan dirancang |
---|---|
aero | industri pengangkutan udara. |
asia | syarikat, organisasi dan individu di kawasan Asia-Pasifik |
biz | kegunaan perniagaan |
cat | Bahasa Catalan/kebudayaan |
com | organisasi komersil, tapi tidak terbatas |
coop | koperasi |
edu | institusi pendidikan lanjutan menengah |
gov | entiti kerajaan dalam Amerika Syarikat di peringkat persekutuan, negeri dan tempatan |
info | tapak web bermaklumat, tapi tidak terbatas |
int | organisasi antarabangsa diasaskan perjanjian |
jobs | tapak web berkaitan pekerjaan |
mil | Angkatan Tentera Amerika Syarikat |
mobi | penyediaan tapak web untuk alatan mudah alih |
museum | muzium |
name | keluarga dan individu |
net | asalnya untuk infrastruktur rangkaian, sekarang tidak terbatas |
org | asalnya untuk organisasi tidak jelas jatuh dalam gTLD lain, sekarang tidak terbatas |
pro | profesion tertentu |
tel | perkhidmatan melibatkan hubungan antara rangkaian telefon dan Internet |
travel | ejen pelancongan, sistem penerbangan, pengurus hotel, biro pelancongan, dll. |
xxx | pornografi |
Domain peringkat tinggi umum (gTLD) adalah salah satu kategori domain peringkat tinggi (TLD) diuruskan oleh Internet Assigned Numbers Authority (IANA) untuk kegunaan dalam Sistem Nama Domain Internet.
Secara keseluruhan, IANA ketika ini membezakan kumpulan domain peringkat tinggi berikut:[1]
- domain peringkat tinggi infrastruktur (arpa)
- domain peringkat tinggi kod negara (ccTLD)
- domain peringkat tinggi diantarabangsakan (IDN)
- domain peringkat tinggi generik (gTLD)
Domain peringkat tinggi baharu
suntingTerbaru pada 20 Jun 2011, lembaga ICANN mengundi untuk menamatkan kebanyakan sekatan terhadap akhiran domain peringkat tinggi generik (gTLD) yang dibenarkan daripada 22 domain sedia ada (seperti .com, .gov, .edu).[2][3] Syarikat dan pertubuhan boleh memilih pada dasarnya akhiran sembarangan untuk nama domain internet mereka. Penggunaan aksara bukan-Rumi (seperti Cyril, Arab, Cina) juga akan dibenarkan dalam gTLD. ICANN akan mula menerima permohonan gTLD baharu pada 12 Januari 2012.[2] Harga awal untuk permohonan akhiran baharu ini ialah $185,000, dengan yuran tahunan $25,000.[3] Dijangkakan banyak perbadanan akan memohon mendapat gTLD sendiri berdasarkan jenama. ICANN menjangkakan kelompok pertama gTLD ini akan mula beroperasi menjelang akhir 2012.[4] Badan itu melihat peraturan baharu ini akan mengubah wajah internet dengan nyata sekali.[5]
Penganalisis industri meramalkan 500–1000 gTLD baharu akan didaftarkan,[3] kebanyakannya membayangkan nama syarikat dan produk, namun ada juga nama generik seperti .bank dan .sport. Menurut Theo Hnarakis, ketua eksekutif Melbourne IT, keputusan ICANN ini membolehkan perbadanan mengawal jenama mereka dengan lebih menyeluruh. Sebagai contoh, .apple atau .ipad akan membawa pelanggan terus ke keluaran berkaitan."[3]
Empat senarai yang menjejak pemohon gTLD baharu termasuklah .Nxt,[6] New TLDs.tv,[7] Valideus[8] dan Registries.tel.[9]
Rujukan
sunting- ^ "Internet Assigned Numbers Authority (IANA) root database". IANA. Dicapai pada 2011-06-21.
- ^ a b New Internet Name Rule Opens Door to Huge Changes. Voice of America, 20 Jun 2011. Dicapai 23 Jun 2011
- ^ a b c d Internet minders OK vast expansion of domain names,[pautan mati kekal] Associated Press, 20 Jun 2011. Dicapai 23 Jun 2011
- ^ Icann to allow any word as a domain, ZDNet, 20 Jun 2011. Dicapai 23 Jun 2011
- ^ Icann announces huge expansion of web domain names from 2012, The Guardian, 20 Jun 2011. Dicapai 23 Jun 2011
- ^ ".Nxt new gTLD applicants list". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-06-22. Dicapai pada 2011-06-24.
- ^ "New TLDs TV list". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-10-16. Dicapai pada 2011-06-24.
- ^ "Valideus gTLD list". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-06-26. Dicapai pada 2011-06-24.
- ^ "Registries.tel gTLD list". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-06-29. Dicapai pada 2011-06-24.