Dol Ramli
Tan Sri Dol Ramli (3 Oktober 1922 - 25 Januari 2011) ialah rakyat Malaysia yang merupakan bekas ketua Pengarah Penyiaran dan juga pengasas Radio Televisyen Malaysia (RTM).[1]
Latar belakang
suntingDol Ramli dilahirkan pada 3 Oktober 1922 di Dunlop Street, Singapura.[2] Beliau berkahwin dengan Che Kamilah Marzuki dan dikurniakan dengan lima anak lelaki. Pada akhir hayatnya, beliau dikurniakan dengan 11 cucu dan dua cicit.
Kerjaya
suntingTan Sir Dol ialah pengurus Besar Bernama dari 1975 hingga 1980. [3] Dol Ramli ialah penulis lirik lagu Bahasa Jiwa Bangsa dan aktif dalam aspek pemberitaan di surat khabar.
Rujukan
sunting- ^ " "Dol Ramli meninggal" Diarkibkan 2011-01-29 di Wayback Machine, Berita Harian. 9 Mac 2011.
- ^ Dol Ramli diingati sebagai pengasas RTM"[pautan mati kekal]. media.penerangan.gov.my. Diperolehi pada 2011-03-09.
- ^ "Allahyarham Dol Ramli selamat dikebumikan", Utusan Malaysia, 26 Januari 2011.
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.