Doa Ku Mohon
Doa Ku Mohon ialah siri drama televisyen Malaysia 2018 arahan Rusdi Ramli dibintangi oleh Muntazar Ghufran, Eina Azman dan Sweet Qismina. Drama ini mula bersiaran di Slot Iris TV3 dari 23 Mei hingga 21 Jun 2018 menggantikan Suamiku Mat Piun.[1]
Doa Ku Mohon | |
---|---|
Genre | Komedi Keluarga |
Ditulis oleh | Maizura Mohd Ederis CTNA Marzuki |
Pengarah | Rusdi Ramli |
Dibintangi oleh |
|
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 10 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Zaimah Awang |
Penerbit | Mazlan Mokhtar |
Tempoh siaran | 20–22 minit |
Syarikat penerbitan | Jutaan Ringgit |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 |
Siaran asal | 23 Mei 2018 – 21 Jun 2018 |
Kronologi | |
Mengikuti | Suamiku Mat Piun |
Diikuti oleh | Ramadan dan Hamdan |
Sinopsis
suntingMengisahkan Boy, seorang budak gemuk yang pantang melihat makanan. Dia akan makan dengan lahapnya tanpa baca doa. Kasma sudah puas menasihati anaknya. Boy akhirnya menyesal apabila dia terkena keracunan makanan. Sejak itu, Boy akan baca doa makan setiap kali mahu makan. Kakak Boy mengamalkan doa penenang hati untuk menduduki peperiksaan. Hana selalu mengamalkan doa sebelum dan selepas ke tandas. Omar yang enggan baca doa tergelincir ketika masuk ke tandas dan menyebabkan kakinya patah. Sejak itu, Omar berjanji akan mengamalkan doa sebelum dan selepas ke tandas.
Pelakon
suntingPelakon utama
sunting- Muntazar Ghufran sebagai Boy - Kuat Makan/Kaki Makan/Pakar Teka Teki
- Syamim Razi sebagai Aidil - Bff Boy/Brotherhood
- Datin Paduka Eina Azman sebagai Kasma - Mak Kesayangan Boy/Pakar Masak[2]
- Safwan Syafiq sebagai Ustaz Helmi - Penasihat & Guru Mengaji
- Sweet Qismina sebagai Batrisya - Kakak Boy/Musuh Ketat Boy
Penampilan khas
sunting- Neera Azizi sebagai Murni (Episod 2)
- Nadiyah Shahab sebagai Kawan Murni (Episod 2)
- Eyra Hazali sebagai Najihah (Episod 3)
- Qazem Nor sebagai En. Razak - Akauntan Perpustakaan (Episod 3)
- Sharifah Shahora sebagai Pn. Salmah - Suri Rumah Tangga Sepenuh Masa (Episod 3)
- Azira Shafinaz sebagai Puan Karmila - Ibu Pocket Rocket boy/Bidan Kampung (Episod 4)
- Niena Baharun sebagai Ramlah (Episod 5)
- Reen Rahim sebagai Cik Laila Monster - Ladyboss (Episod 6)
- Hafidz Roshdi sebagai Aiman - PA/Designer/Runner/Secretary Asst Project/Akauntan (Episod 6)
- Anne DFKL sebagai Aiza - Duta Produk (Episod 6)
- Afzan A. Rahman sebagai Zaman - Kaki Main Candy Crush (Episod 7)
- Julia Farhana sebagai Nora - Suri Rumah Tangga Fulltime (Episod 7)
- Putri Qaseh Izwandy sebagai Damia - Kuat Mengigau/Peminat Filem Horror (Episod 8)
- Sherry Ibrahim sebagai Kalsum -Penyelia Kilang (Episod 8)
- Adrianna Qasmia sebagai Hana - Ketua Kelas 2 Biru (Episod 9)
- Nisha Dirr sebagai Puan Melinah - Suri Rumah Tangga (Episod 9)
- Azrel Ismail sebagai En. Radzi - Broker Saham Pencen (Episod 9)
- Norlia Ghani sebagai Mak Tok - Ajen Produk Kecantikan Seumur Hidup (Episod 10)
- Aweera
- Syafie Naswip
- Erry Putra
- Aliff Aziz
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ "Drama Doa Ku Mohon (TV3)". MyInfotaip. 22 Mei 2018.
- ^ Farhana Ab Rahman (29 Januari 2018). Eina kekok kembali beraksi Berita Harian. Dicapai pada 15 Mac 2018.