Divock Origi

Pemain bola sepak

Divock Okoth Origi (lahir 18 April 1995) merupakan seorang pemain bola sepak profesional yang bermain sebagai penyerang AC Milan dan pasukan kebangsaan Belgium.

Divock Origi
Origi pada 2021
Maklumat peribadi
Nama penuh Divock Okoth Origi[1]
Tarikh lahir (1995-04-18) 18 April 1995 (umur 29)[2]
Tempat lahir Ostend, Belgium
Ketinggian 1.89 m (6 ka 2 in)[3]
Posisi permainan Penyerang, sayap[4][5]
Maklumat kelab
Kelab terkini
AC Milan
Nombor 27
Kerjaya remaja
2001–2010 Genk
2010–2012 Lille
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2012–2013 Lille B 11 (2)
2012–2014 Lille 40 (6)
2014–2022 Liverpool 107 (22)
2014–2015Lille (pinjam) 33 (8)
2017–2018VfL Wolfsburg (pinjam) 31 (6)
2022– AC Milan 27 (2)
Pasukan kebangsaan
2010 Belgium B15 2 (0)
2010–2011 Belgium B16 9 (1)
2011 Belgium B17 1 (0)
2012–2013 Belgium B19 19 (10)
2014–2015 Belgium B21 2 (0)
2014– Belgium 32 (3)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 17:20, 29 Mei 2023 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 29 Mac 2022

Origi memulakan kariernya di Lille dan mencatat penampilan profesional pertamanya untuk kelab tersebut pada tahun 2013. Setahun setengah kemudian, beliau ditandatangani oleh Liverpool dengan harga berjumlah £10 juta, yang meminjamkannya kembali ke Lille untuk kempen Ligue 1 musim 2014-15.

Setelah berjuang di Liverpool kerana cedera dan menghabiskan setahun pinjaman di kelab Wolfsburg, Origi telah memberi sumbangan penting kepada Liverpool selama musim 2018-19. Antara sumbangan beliau adalah menjaringkan gol kemenangan dalam pertembungan Derby menentang Everton di Anfield pada minit keenam masa kecederaan. Origi juga membantu Liverpool dengan kemenangan Agregat 4-3 semasa menjaringkan dua gol menentang Barcelona dalam perlawanan peringkat separuh akhir kedua Liga Juara-Juara UEFA. Dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara UEFA 2019 menyaksikan Origi menjaringkan gol kedua menentang Tottenham Hotspur ketika Liverpool menang dengan keputusan 2-0. Beliau adalah sebahagian daripada skuad Liverpool yang memenangi kempen Liga Perdana Inggeris musim 2019-20, iaitu gelaran Liga Perdana Inggeris yang pertama bagi Liverpool selama 30 tahun.

Origi turut membuat penampilan pertama antarabangsa buat pasukan kebangsaan Belgium pada tahun 2014. Beliau merupakan sebahagian daripada pasukan Belgium yang mara ke suku akhir Piala Dunia FIFA 2014, di mana beliau menjadi pencetak gol termuda dalam sejarah Piala Dunia buat pasukan kebangsaan Belgium.

Kerjaya kelab

sunting

Kerjaya awal

sunting

Origi memulakan kariernya bermain bola sepak di kelab akademi Genk, di mana beliau menghabiskan tempoh sembilan tahun sebelum menyertai kelab Lille, Perancis pada Mei 2010. Pada waktu itu, beliau telah menolak pendekatan ke kelab Manchester United ketika berusia 15 tahun.[6]

 
Origi bersama Lille pada tahun 2014.

Pada 24 Januari 2013, Origi adalah pemain gantian yang tidak digunakan dalam kemenangan 3-1 Lille ke atas Plabennec dalam kejohanan Piala Perancis musim 2012–13. Sembilan hari kemudian, beliau menjaringkan gol dalam penampilan pertama kompetitifnya untuk pasukan utama Lille, dengan masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-69 menggantikan Ronny Rodelin, serta menjaringkan gol untuk membawa pasukannya menang 1-0 menentang Troyes.

Liverpool

sunting

Pada 29 Julai 2014, kelab gergasi Liga Perdana Inggeris, Liverpool mengumumkan bahawa telah menyelesaikan pemindahan sebanyak £10 juta untuk Origi, yang menandatangani kontrak lima tahun tetapi segera dipinjamkan kembali ke Lille untuk musim 2014-15.

Pinjaman kepada Lille

sunting

Pada perlawanan pertamanya di Lille, Origi menjaringkan gol pertamanya pada kempen baru Ligue 1 melalui sepakan penalti ketika menang 1-0 ke atas Caen. Pada 11 Disember 2014, beliau bermain untuk Lille ketika tewas 0-3 ke atas VfL Wolfsburg dan tersingkir dari peringkat kumpulan Liga Europa UEFA. Pada 15 Mac 2015, Origi menjaringkan hatrik untuk Lille dalam kemenangan 3-0 menentang Rennes.

Kembali ke Liverpool

sunting
 
Origi beraksi menentang Thai All-Star team pada tahun 2015.

Pada 11 Julai 2015, Origi disenaraikan dalam skuad 30 pemain Liverpool untuk mengikuti lawatan pra-musim bola sepak ke Thailand, Australia, dan Malaysia. Dalam penampilan pertamanya yang tidak kompetitif untuk Liverpool, Origi menjaringkan gol pertamanya untuk kelab tersebut dengan kemenangan 4-0 ketika menentang Thai All-Stars dalam perlawanan persahabatan pra-musim.

Pada 12 September, Origi membuat penampilan kompetitif pertamanya dengan menggantikan Danny Ings untuk enam belas minit terakhir ketika tewas 3-1 ke atas Manchester United. Beliau telah menjaringkan hatrik dalam kemenangan 6-1 ke atas Southampton di peringkat suku akhir Piala Liga Bola Sepak Inggeris. Sebelas hari kemudian, beliau menjaringkan gol pertamanya di Liga Perdana Inggeris dengan menggantikan Dejan Lovren yang cedera pada minit ke-79 ketika seri 2-2 menentang West Bromwich Albion di Anfield. Pada 14 Februari, Origi menjaringkan gol liga keduanya menentang Aston Villa dalam kemenangan besar 6-0, dengan hanya 27 saat setelah menggantikan Daniel Sturridge pada babak kedua; ini adalah gol terpantas yang dijaringkan oleh pemain ganti musim tersebut.

Pada 7 April 2016, pengurus Liverpool Jürgen Klopp secara mengejutkan memulakan Origi sebagai penyerang pilihan pertama pasukan semasa perlawanan suku akhir kejohanan Liga Europa UEFA menentang Borussia Dortmund (bekas pasukan Klopp). Dalam perlawanan tersebut menyaksikan Origi menjaringkan gol tandang penting dalam keputusan seri 1-1. Tiga hari kemudian, beliau menjaringkan dua gol dalam kemenangan 4-1 ke atas Stoke City setelah masuk sebagai pemain gantian untuk menggantikan Sheyi Ojo pada separuh masa pertama.

Menjelang musim 2016-17, Origi lebih digunakan sebagai pemain gantian dalam pasukan Liverpool. Pada 23 Ogos, beliau menjaringkan gol pertamanya musim tersebut dalam kejohanan Piala Liga Bola Sepak Inggeris dengan kemenangan 5-0 ke atas Burton Albion. Beliau juga menjaringkan gol pembukaan dengan menggantikan Philippe Coutinho yang cedera dalam kemenangan 2-0 ke atas Sunderland. Pada 1 April 2017, beliau menjaringkan gol ketiga Liverpool dalam kemenangan 3-1 menentang pesaingnya, Everton. Pada 14 Mei, beliau menjaringkan gol keempat Liverpool dalam kemenangan 4-0 menentang West Ham United, dan sekaligus membawa kedudukan Liverpool lebih dekat dalam kelayakan Liga Juara-Juara UEFA.

Pinjaman ke Wolfsburg

sunting

Pada 31 Ogos 2017, kelab Bundesliga, VfL Wolfsburg telah menandatangani Origi secara perjanjian pinjaman untuk sepanjang musim. Beliau menjaringkan gol pertamanya untuk kelab menentang Werder Bremen, pada 19 September. Beliau menjaringkan enam gol secara keseluruhan untuk kelab semasa tempoh pinjamannya.

Kembali ke Liverpool

sunting
 
Origi dalam aksi menentang Chelsea semasa Piala Super UEFA 2019

Pada 2 Disember, Origi menjaringkan gol pertamanya musim tersebut dalam pertembungan Derby menentang pesaing Everton, yang dimenangi Liverpool dengan keputusan 1-0. Pada 4 Mei, beliau menjaringkan gol pada saat terakhir ketika menentang Newcastle dalam kemenangan 3-2.

Pada 7 Mei 2019, Origi menjaringkan gol buat pertama kalinya di Liga Juara-Juara UEFA dengan menjaringkan gol pembukaan dan di separuh akhir kedua menentang Barcelona dan menjaringkan gol terakhir menerusi tendangan sudut pantas yang dihantar oleh Trent Alexander-Arnold. Gol penting yang dihasilkan oleh Origi membawa Liverpool mara ke perlawanan akhir kejohanan Liga Juara-Juara UEFA LiverpooL menerusi agregat 4-3 menentang Barcelona. Pada 1 Jun 2019, beliau menjaringkan gol kedua untuk membantu Liverpool dalam kemenangan 2-0 ke atas Tottenham pada perlawanan akhir kejohanan Liga Juara-Juara UEFA 2019, ketika beliau memenangi penghormatan pertamanya bersama kelab. Dengan berbuat demikian, beliau menjadi satu-satunya pemain Belgium kedua yang menjaringkan gol dalam perlawanan akhir kejohanan Liga Juara-Juara UEFA selepas Yannick Carrasco melakukannya pada tahun 2016.

Pada 10 Julai 2019, Origi menandatangani kontrak jangka panjang baru dengan Liverpool. Pada 30 Oktober, Origi menjaringkan dua gol dalam kejohanan Piala Liga Bola Sepak Inggeris menentang Arsenal, yang akhirnya dimenangi Liverpool menerusi penentuan sepakan penalti setelah tamat 5-5 waktu biasa. Pada 4 Disember, beliau menjaringkan dua gol ketika Liverpool mengalahkan Everton 5-2 dalam pertembungan derby Merseyside untuk memperpanjang larian rekod tanpa kalah dalam liga kepada 32 perlawanan, yang merupakan rekod kelab baru.

Kerjaya antarabangsa

sunting

Origi telah mewakili Belgium di peringkat bawah-15, bawah-16, bawah-17, bawah-19 dan bawah-21. Beliau menjaringkan sepuluh gol ketika berada dalam pasukan bawah-19 yang pertama dalam pertandingan kelayakan Kejuaraan Bawah 19 Tahun UEFA Eropah menentang Belarus pada 12 Oktober 2012.

Persekutuan Bola Sepak Kenya menyatakan minat untuk meyakinkan Origi bermain dalam pasukan kebangsaan senior Kenya pada masa akan datang. Namun, pada 13 Mei 2014, pengurus pasukan kebangsaan kanan Belgium, Marc Wilmots mengumumkan bahawa Origi akan menjadi sebahagian daripada skuad 23 orang yang mewakili Belgium pada Piala Dunia FIFA 2014.

Pada 17 Jun, Origi datang sebagai pemain pengganti kepada Romelu Lukaku pada minit ke-58 dari perlawanan pembukaan Kumpulan H menentang Algeria di Belo Horizonte. Pada perlawanan kedua di Belgium, beliau sekali lagi masuk sebagai pemain pengganti untuk Lukaku dan menjaringkan gol antarabangsa senior pertamanya pada minit ke-88 dengan kemenangan 1-0 ke atas Rusia. Jaringan tersebut melayakkan pasukan kebangsaan Belgium mara ke peringkat kalah mati. Dengan berbuat demikian, pada 19 tahun, 2 bulan dan 4 hari, Origi menjadi penjaring gol termuda kejohanan (sehingga pemain sayap Amerika, Julian Green menjaringkan gol menentang Belgium semasa pusingan 16 perlawanan), penjaring gol termuda dalam sejarah Piala Dunia Belgium, dan pemain pertama asal Kenya yang menjaringkan gol di perlawanan akhir kejohanan Piala Dunia. Untuk persembahannya, beliau dinobatkan sebagai anugerah Bakat Muda dari Olahragawan Terbaik Tahun 2014.

Origi pernah menjaringkan gol dalam kempen kelayakan UEFA Euro 2016 dengan kemenangan 6-0 ke atas Andorra pada 10 Oktober 2014. Beliau dimasukkan dalam skuad untuk kejohanan terakhir tetapi terlepas beraksi dalam kejohanan Piala Dunia FIFA 2018.

Kehidupan peribadi

sunting

Origi dilahirkan di Ostend dan dibesarkan di Houthalen-Oost. Nama beliau diambil daripada pemain bola keranjang Serbia, Vlade Divac. Origi dilahirkan dalam keluarga pemain bola sepak: ayahnya, Mike Origi, bermain untuk KV Oostende (pada masa Divock dilahirkan) dan Genk, antara kelab-kelab lain di Belgium, dan juga pasukan kebangsaan Kenya. Paciknya, Austin Oduor, bermain untuk Gor Mahia di Liga Perdana Kenya sementara paciknya yang lain, Gerald dan Anthony, bermain untuk Tusker. Sepupunya, Arnold Origi, juga pemain profesional yang telah membuat penampilan untuk pasukan kebangsaan Kenya sebagai penjaga gol. Keluarga Origi adalah etnik Keno Luo. Origi fasih bertutur dalam empat bahasa - Bahasa Swahili, Inggeris, Flemish, dan Perancis.

Pada 25 Jun 2014, seekor ikan lumba-lumba bayi di Taman Laut Boudewijn di Bruges dibaptiskan sebagai "Origi" untuk menghormati Origi setelah berjaya menjaringkan gol kemenangan menentang Rusia semasa perlawanan peringkat kumpulan di Piala Dunia 2014.

Statistik kerjaya

sunting
Sehingga perlawanan yang dimainkan pada 22 Julai 2020[7]
Penampilan dan jaringan gol mengikut kelab, musim dan pertandingan
Kelab Musim Liga Piala kebangsaan Piala liga Eropah Lain Jumlah
Divisyen Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Lille B 2012–13 CFA 11 2 11 2
Jumlah 11 2 0 0 0 0 0 0 11 2
Lille 2012–13 Ligue 1 10 1 0 0 0 0 0 0 10 1
2013–14 Ligue 1 30 5 4 1 1 0 35 6
Lille (Pinjaman) 2014–15 Ligue 1 33 8 1 0 2 0 8[a] 1 44 9
Jumlah 73 14 5 1 3 0 8 1 0 0 89 16
Liverpool 2015–16 Liga Perdana Inggeris 16 5 1 0 4 3 12[b] 2 33 10
2016–17 Liga Perdana Inggeris 34 7 3 1 6 3 43 11
2017–18 Liga Perdana Inggeris 1 0 0 0 0 0 0 0 1 0
2018–19 Liga Perdana Inggeris 12 3 1 1 0 0 8[c] 3 21 7
2019–20 Liga Perdana Inggeris 27 3 3 0 1 2 6[c] 0 4[d] 0 41 5
Jumlah 90 18 8 2 11 8 26 5 4 0 139 33
VfL Wolfsburg (Pinjaman) 2017–18 Bundesliga 31 6 3 0 34 6
Jumlah kerjaya 205 40 16 3 14 8 34 6 4 0 273 57
  1. ^ Tiga penampilan di Liga Juara-Juara UEFA; lima penampilan dan satu gol dalam Liga Europa UEFA
  2. ^ Penampilan di Liga Europa UEFA
  3. ^ a b Penampilan di Liga Juara-Juara UEFA
  4. ^ Satu penampilan di Piala Perisai Komuniti FA, satu penampilan di Piala Super UEFA, dua penampilan di Piala Kelab Dunia FIFA

Antarabangsa

sunting
Sehingga perlawanan yang dimainkan pada 19 November 2019[8][9][nb 1]
Penampilan dan Gol jaringan pasukan kebangsaan dan tahun
Pasukan kebangsaan Tahun Kmncln Gol
Belgium 2014 13 3
2015 4 0
2016 6 0
2017 2 0
2018 1 0
2019 2 0
Jumlah 28 3
  1. ^ Perlawanan persahabatan menentang Luxembourg pada 26 Mei 2014 tidak diakui oleh FIFA kerana jumlah pengganti yang berlebihan.
Dikemas kini untuk perlawanan yang dimainkan 1 September 2016. Skor Belgium disenaraikan pertama, lajur skor menunjukkan skor selepas setiap gol Origi.[7]
Senarai gol antarabangsa yang dijaringkan oleh Divock Origi
No. Tarikh Tempat Lawan Jaringan Keputusan Perlawanan
1 22 Jun 2014 Maracanã Stadium, Rio de Janeiro, Brazil   Rusia 1–0 1–0 Piala Dunia FIFA 2014
2 10 Oktober 2014 King Baudouin Stadium, Brussels, Belgium   Andorra 4–0 6–0 Kelayakan UEFA Euro 2016
3 12 November 2014 King Baudouin Stadium, Brussels, Belgium   Iceland 2–1 3–1 Perlawanan Persahabatan

Penghormatan

sunting

Liverpool

Individu

  • Bakat Ahli Sukan Terbaik Belgium yang Menjanjikan: 2014[16]

Rujukan

sunting
  1. ^ "Premier League clubs publish 2019/20 retained lists". Premier League. 26 June 2020. Dicapai pada 25 August 2020.
  2. ^ "Divock Origi: Overview". ESPN. Dicapai pada 26 August 2020.
  3. ^ "Divock Origi: Statistics and Biography". A.C. Milan. Dicapai pada 7 August 2022.
  4. ^ Carroll, Sam (2 March 2019). "Divock Origi opens up on new left-wing role and why Liverpool should remain patient at Everton". Liverpool Echo. Dicapai pada 3 March 2019.
  5. ^ Spedding, Jack (2 March 2019). "Divock Origi Happy to Play Out Wide as Belgian Looks to Stake Claim for Regular Liverpool Place". 90Min. Dicapai pada 15 April 2021.
  6. ^ Doyle, Ian. "Origi: Why turning down United and ending up at Liverpool was best thing for me". liverpoolecho. Dicapai pada 2020-07-11.
  7. ^ a b Biodata Divock Origi di Soccerway. Capaian 24 December 2015.
  8. ^ Divock Origi, Royal Belgian Football Association. Retrieved 7 July 2017.
  9. ^ "Divock Origi – national football team player". eu-football.info. Dicapai pada 6 September 2014.
  10. ^ "Premier League: 2019/20: Current table". Soccerbase. Centurycomm. Dicapai pada 25 Jun 2020.
    "Liverpool: Squad details: 2019/20". Soccerbase. Centurycomm. Dicapai pada 25 Jun 2020.
    "Premier League Handbook Season 2019/20" (PDF). Premier League. m/s. 56. Dicapai pada 25 Jun 2020.
  11. ^ McNulty, Phil (1 June 2019). "Tottenham Hotspur 0–2 Liverpool". BBC Sport. Dicapai pada 1 June 2019.
  12. ^ Rose, Gary (14 Ogos 2019). "Liverpool 2–2 Chelsea". BBC Sport. Dicapai pada 15 Ogos 2019.
  13. ^ Poole, Harry (21 Disember 2019). "Liverpool 1–0 Flamengo". BBC Sport. Dicapai pada 21 Disember 2019.
  14. ^ McNulty, Phil (28 Februari 2016). "Liverpool 1–1 Manchester City". BBC Sport. Dicapai pada 27 April 2019.
  15. ^ McNulty, Phil (18 Mei 2016). "Liverpool 1–3 Sevilla". BBC Sport. Dicapai pada 27 April 2019.
  16. ^ "Origi awarded Promising Talent honour". Liverpool F.C. 16 Disember 2014. Dicapai pada 6 July 2017.

Pautan Luar

sunting