Divisyen Filipina, atau dari tahun 1944–45 Divisyen Ke-12 Infantri, adalah teras divisyen infantri Jabatan Filipina Tentera Darat Amerika Syarikat semasa Perang Dunia II. Pada 31 Julai 1941, divisyen ini mengandungi 10,473 askar, kebanyakannya soldadu Filipina, dikenali sebagai Pengawal Filipina yang membentuk Rejimen Ke-45 dan Ke-57 Infantri AS. Kesemua anggota divisyen, kecuali Rejimen Ke-31 Infantri, dan pelbagai unit polis tentera dan pasukan markas, adalah Pengawal Filipina. [1]

Divisyen Filipina
Divisyen Ke-12 Infantri
Insignia bahu lengan
Aktif1921 – 47
Negara Amerika Syarikat
CawanganBendera Tentera Darat Amerika Syarikat Tentera Darat Amerika Syarikat
JenisDivisyen Medan
MarkasFort William McKinley
PertempuranPerang Dunia II
Kepulauan Filipina
Komander
Komander
terkenal
MJ Jonathan M. Wainwright
MJ William Weigel
Tanda kebesaran
Insignia unitTiada kebenaran
Contoh Divisyen Petak: Divisyen Infantri AS 1940. Disebelah hujung kiri terdapat dua Briged setiap satu ada dua Rejimen

Pada Oktober 1941, sebagai sebahagian daripada Angkatan Tentera Darat Amerika Syarikat di Timur Jauh, rancangan telah dibuat untuk "triangularise" divisyen itu. Rejimen Ke-34 Infantri telah dipisahkan dari Divisyen Ke-8 Infantri dan dipindahkan ke pelabuhan berlepas pada Disember 1941, berserta dengan dua batalion artileri medan 105mm. Divisyen Filipina mempunyai dua pasukan tempur rejimen A.S. yang lengkap pada Januari 1942 untuk memberikan Jeneral Douglas MacArthur sebuah pasukan tindak balas mudah gerak terlatih dan moden, sambil melepaskan Pengawal Filipina untuk menyokong unit lain. Perang meletus pada Disember 1941, namun, mengasingkan askar Filipina dan menghalang pelaksanaan rancangan itu. Ia telah ditubuhkan semula sebagai Divisyen Ke-12 Infantri pada tahun 1944–45.

Insignia bahu lengan

sunting
  • Keterangan: Pada perisai merah terdapat terapan kepala kerbau berwarna kuning.
  • Simbolisme: Kerbau adalah tanda Filipina, dan warna merah dan emas menunjukkan warisan Sepanyol ke atas kepulauan itu.

Organisasi

sunting

Para komander

sunting

Anugerah kebesaran

sunting

Anugerah unit

sunting
Reben Anugerah Penglibatan
  Presidential Unit Citation LUZON 1941–1942[2]
  Presidential Unit Citation BATAAN[3]
  Presidential Unit Citation PERTAHANAN FILIPINA[4]
  Philippine Presidential Unit Citation 7 DISEMBER 1941 HINGGA 10 MEI 1942[5]

Anugerah peribadi

sunting

Bibliografi

sunting
  • Drake, Charles C. (28 June 1926). Philippine maneuvers. Infantry #625. m/s. 31.
  • Morton, Louis (1953). The Fall of the Philippines: United States in World War II Series. Washington, D.C.: United States Army Center of Military History.

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ http://usacac.army.mil/cac2/cgsc/carl/download/csipubs/OrderOfBattle/OrderofBattle1.pdf US Army Order of Battle 1919-1940 p287
  2. ^ (North Luzon Force, United States Army Forces in the Far East. Cited; War Department General Order # 14, 1942).
  3. ^ (Army Troops, United States Army Forces in the Far East. Cited; War Department General Order #32, 1942.)
  4. ^ (Military and naval forces of the United States and Philippine Governments. Cited; War Department General Order #22, 1942, as amended by Department of the Army General Order #46, 1948).
  5. ^ (Military and naval forces of the United States and Philippine Governments. Cited; War Department General Order #47, 1950).

Pautan luar

sunting