Diammu Gunung Berapi

Diammu Gunung Berapi merupakan album studio ketiga kumpulan Exist dan dikeluarkan pada tahun 1995. Album ini juga merupakan album pertama Exist yang bernaung di bawah syarikat rakaman BMG Music, setahun selepas meninggalkan Jojo's Production. Exist juga memperkenalkan vokalis baharu yang berasal dari Kedah iaitu Ezad yang berusia 16 tahun pada ketika itu untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Mamat. Album ini telah terjual melebihi 25,000 unit di Malaysia.

Diammu Gunung Berapi
Album studio oleh
Dilancarkan pada27 November 1995
GenreHard rock, Pop rock
Panjang60:11
Syarikat BMG Music
PenerbitAlong, Ajai, Musa, Ujang
Kronologi Exist
Anugerah
(1993)
Diammu Gunung Berapi
(1995)
Jangan Gentar (1997)
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Pada masa yang sama, Exist telah melebarkan sayap ke Indonesia dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan di sana. Album ini menjadi album pertama Exist yang dibuat bungkusan semula dengan judul Mencari Alasan diedarkan pada 3 Mei 1997 dan album bungkusan itu telah terjual melebihi 500,000 unit di Indonesia.

Senarai runut

sunting
No.TajukSeni kataGubahanMasa
1."Diammu Gunung Berapi"Habsah HassanSaari Amri5:24
2."Teater Mimpi"X-Boy, Musa ExistAdamas5:45
3."Alasanmu"Lukhman SRahim Othman5:22
4."Pertama"LYLY4:46
5."Kembali"Ajai, Ujang, MusaAlong4:42
6."Di Sendi Dan Nadi"Azrie, LYAdamas4:27
7."Takdir"X-BoyX-Boy5:52
8."Anak 90-an"Azhrul, Rahmad MegaAdamas4:03
9."Anugerah II"LYLY5:04
10."Dalam Kenangan"EtaEzad5:18
11."Roler Koster"Along, UjangMusa3:55
12."Masih Terserlah Ayumu"Fitri AmriSaari Amri5:33
Jumlah masa: 60:11


Line-up

sunting
  1. Mohd Rohaizad bin Mohd Lazim (Ezad) - vokal
  2. Azhrul bin Nasir (Along) - gitar
  3. Mohd Faizal bin Maas (Ajai) - keyboard
  4. Musa bin Radhi (Musa) - bass
  5. Saharudin bin Saniman (Ujang) - dram

Trivia

sunting
  • Album Diammu Gunung Berapi telah memperlihatkan kesabaran 4 anggota Exist iaitu Along, Ajai, Ujang dan Musa dalam mencari vokalis baharu untuk menggantikan Mamat. Penantian mereka berakhir apabila mereka bertemu dengan Ezad dalam beberapa sesi uji bakat yang dikendalikan oleh mereka, yang kemudiannya dijadikan sebagai vokalis Exist yang baharu.
  • Rahmad Mega merupakan insan yang telah mengesyorkan Exist untuk menguji bakat Ezad (yang ketika itu dikenali sebagai Izad) selepas menjadi juri jemputan dalam pertandingan realiti Bintang RTM peringkat negeri Kedah pada tahun 1994.
  • Pada asalnya, Ezad merupakan peminat tegar Exist dan turut membeli album-album Exist, namun tidak menyangka bahawa beliau sendiri yang dipilih oleh Exist sebagai vokalis mereka yang baharu.
  • Dalam album ini, terdapat beberapa lagu yang telah dirakamkan semula oleh mereka dengan menggunakan suara Ezad dan terpaksa mengubah nama komposer dan penulis lirik dengan nama samaran mereka. Ini untuk mengelakkan mereka daripada terpalit dengan isu hakcipta dengan syarikat rakaman terdahulu iaitu Jojo's Productions.
  • Kehadiran Ezad ternyata membawa sinar baharu buat Exist apabila album ketiga mereka turut meletup sebagaimana judul albumnya juga dengan mencatatkan jualan mencecah ratusan ribu unit di Malaysia.
  • Lagu Masih Terserlah Ayumu mempunyai progresi kod yang hampir sama dengan lagu Creep nyanyian band grunge barat Stone Temple Pilots.

Pautan luar

sunting