Dewan Perwakilan Rakyat Republik Indonesia

Dewan bawahan sistem perundangan Indonesia dilantik
(Dilencongkan daripada Dewan Perwakilan Rakyat (Indonesia))

Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) ialah dewan negara dalam sistem ketatanegaraan Republik Indonesia yang merupakan dewan perwakilan rakyat, sebagaimana yang ternyata daripada namanya. Dewan ini memegang kekuasaan untuk menggubal undang-undang, dan memainkan peranan perundangan, belanjawan, dan pengawasan.

Dewan Perwakilan Rakyat
Jata
2019–2024
Jenis
Jenis
Tempoh menjawat
Tiada
Kepimpinan
Puan Maharani (PDI-P)
sejak 1 Oktober 2019
Lodewijk Freidrich Paulus (Golkar)
sejak 30 September 2021
Timbalan Pengerusi
Sufmi Dasco Ahmad (Gerindra)
sejak 1 Oktober 2019
Timbalan Pengerusi
Rachmad Gobel (NasDem)
sejak 1 Oktober 2019
Timbalan Pengerusi
Muhaimin Iskandar (PKB)
sejak 1 Oktober 2019
Struktur
Ahli575
{{{Struktur1}}}
Kumpulan politik
Pemerintah (525)

Pembangkang (50)

  •      PKS (50)
Tempoh penggal
Lima tahun
Dikuat kuasaMeluluskan undang-undang dan belanjawan (bersama-sama dengan Presiden); pengawasan terhadap cawangan eksekutif
Pilihan raya
Sistem pengundian
Pilihan raya terakhir
14 Februari 2024
Pilihan raya seterusnya
2029
Tempat persidangan
Bangunan Nusantara II, Kompleks Parlimen
Jakarta, Indonesia
dpr.go.id
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini


Logo DPR

DPR terdiri daripada anggota-anggota parti politik yang menang dalam pilihan raya umum. Anggota DPR berjumlah 575 orang dan berkhidmat selama lima tahun, dengan akhir tempoh mereka berbetulan dengan waktu anggota-anggota DPR yang baru mengangkat sumpah. Ketua DPR pada saat ini ialah Puan Maharani.[1][2]

Komposisi terkini anggota DPR

sunting
Kelompok Parlimen Pengerusi Setiausaha-Agung Kerusi Ketua Kelompok Parlimen DPR Pakatan Kepimpinan DPR
Kelompok Parlimen Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (F-PDIP) Megawati Soekarnoputri Hasto Kristiyanto (id) 128 Utut Adianto (id) Pakatan Indonesia Maju Puan Maharani (Pengerusi)
Kelompok Parlimen Parti Amanat Nasional (F-PAN) Zulkifli Hasan Eddy Soeparno (id) 44 Mulfachri Harahap (id) Pakatan Indonesia Maju
Kelompok Parlimen Parti Keadilan Sejahtera (F-PKS) Ahmad Syaikhu Aboe Bakar Al-Habsyi (id) 50 Jazuli Juwaini (id) Pembangkang
Kelompok Parlimen Parti Demokrat (F-PD) Agus Harimurti Yudhoyono Teuku Riefky Harsa (id) 54 Edhie Baskoro Yudhoyono (id) Pembangkang
Kelompok Parlimen Parti Kebangkitan Bangsa (F-PKB) Muhaimin Iskandar (id) Hasanuddin Wahid (id) 58 Cucun Ahmad Syamsurijal (id) Pakatan Indonesia Maju Muhaimin Iskandar (Timbalan 4)
Kelompok Parlimen Parti Golongan Karya (F-PG) Airlangga Hartarto (id) Lodewijk Paulus (id) 85 Kahar Muzakir (id) Pakatan Indonesia Maju Lodewijk Paulus (Timbalan 1)
Kelompok Parlimen Parti Persatuan Pembangunan (F-PPP) Suharso Monoarfa (id) Arwani Thomafi (id) 19 Arsul Sani (id) Pakatan Indonesia Maju
Kelompok Parlimen Parti Gerakan Indonesia Raya (F-Gerindra) Prabowo Subianto Ahmad Muzani 78 Ahmad Muzani (id) Pakatan Indonesia Maju Sufmi Dasco Ahmad (Timbalan 2)
Kelompok Parlimen Parti Nasional Demokrat (F-NasDem) Surya Paloh (id) Johnny Gerard Plate (id) 59 Ahmad HM Ali (id) Pakatan Indonesia Maju Rachmad Gobel (Timbalan 3)

Tugas dan bidang kuasa

sunting

Tugas dan bidang kuasa DPR antara lain adalah seperti yang berikut:

  • Membentuk undang-undang yang dibincangkan dengan Presiden untuk mendapat persetujuan bersama
  • Membahaskan dan memberikan persetujuan terhadap Peraturan Pemerintah Pengganti Undang-undang
  • Menerima dan membahaskan rang undang-undang yang diajukan oleh Dewan Perwakilan Daerah (DPD) yang berkaitan dengan bidang tertentu dan membuat keputusan terhadap pelulusannya
  • Menetapkan belanjawan bersama Presiden, dengan memperhatikan pertimbangan DPD
  • Mengawasi pelaksanaan undang-undang, belanjawan, serta dasar-dasar kerajaan
  • Memilih anggota-anggota Badan Pemeriksa Kewangan dengan memperhatikan pertimbangan DPD
  • Membahas dan mengambil tindakan lanjut terhadap hasil pemeriksaan kebertanggungjawaban kewangan negara yang disampaikan oleh Badan Pemeriksa Kewangan;
  • Memberikan persetujuan kepada Presiden atas pelantiknya, dan pemberhentian anggota Suruhanjaya Kehakiman
  • Memberikan persetujuan terhadap calon Hakim Agung yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Kehakiman supaya dapat ditetapkan oleh Presiden
  • Memilih tiga orang calon anggota Hakim Perlembagaan dan mengajukannya kepada Presiden untuk ditetapkan;
  • Memberikan cadangan kepada Presiden untuk melantik duta, menerima penempatan duta negara yang lain, dan memberikan pertimbangan dalam pemberian amnesti dan pemansuhan
  • Memberikan persetujuan kepada Presiden untuk mengisytiharkan perang, membuat perdamaian, serta perjanjian dengan negara-negara yang lain
  • Menyerap, menghimpun, menampung, dan mengambil tindakan lanjut terhadap aspirasi masyarakat

Hak ahli DPR

sunting

Ahli-ahli DPR memiliki hak tafsiran, mengundi, mengutarakan pendapat, cadangan dan pertanyaan, serta mengajukan rang undang-undang. Selain itu, mereka juga memiliki hak membela diri, hak kekebalan, dan hak protokol.

Berdasarkan Undang-undang Nombor 22 Tahun 2003 tentang Undang-undang Susunan dan Kedudukan (Susduk) dalam melaksanakan tugas dan bidang kuasanya, DPR berhak untuk meminta penjawat negara, penjawat pemerintah, badan undang-undang, atau warganegara untuk memberikan keterangan. Jika permintaan ini tidak dipatuhi, maka saman boleh dikenakan, sesuai dengan peraturan perundangan. Jika saman ini tidak dipenuhi tanpa alasan yang sah, orang yang berkenaan boleh ditahan sehingga 15 hari, sesuai dengan peraturan perundangan.

Alat-alat DPR

sunting

Alat-alat DPR antara lain terdiri daripada: Pimpinan, Suruhanjaya, Badan Musyawarah, Badan Perundangan, Badan Urusan Rumah Tangga, Badan Kerjasama Antara Parlimen, dan Jawatankuasa Anggaran.

Pimpinan DPR

sunting

Kedudukan Pimpinan dalam DPR biasa dikatakan merupakan jurucakap Parlimen. Peranan utamanya umumnya adalah untuk mewakili DPR secara simbolik dalam hubungannya dengan lembaga eksekutif, lembaga-lembaga tinggi negara yang lain, dan lembaga-lembaga antarabangsa, serta memimpin pentadbiran lembaga secara umum, termasuk memimpin sidang pleno dan hukuman atau pemulihan.

Pimpinan DPR bersifat kolektif, dan terdiri daripada seorang ketua dan sehingga empat orang timbalan ketua yang mencerminkan parti-parti terbesar. Pimpinan DPR dipilih daripada dan oleh para anggota.

Suruhanjaya

sunting

Suruhanjaya ialah unit kerja utama dalam Dewan Perwakilan Rakyat (DPR). Hampir seluruh kegiatan yang berkaitan dengan peranan DPR dikerjakan dalam Suruhanjaya. Setiap anggota DPR (kecuali pimpinan) harus menjadi anggota kepada salah satu suruhanjaya. Pada umumnya, penyertaan Suruhanjaya amat berkait dengan latar belakang keilmuan atau penguasaan anggota terhadap masalah dan isi pokok yang ditangani oleh Suruhanjaya.

Kini, DPR mempunyai 11 buah Suruhanjaya, dengan ruang lingkup tugas dan pasukan kerja masing-masing:

Suruhjaya Bidang Ketua Suruhanjaya
Nama Parti
I pertahanan, perisikan, luar negeri, dan komunikasi & maklumat Meutya Hafid Parti Golkar
II Pemerintahan dalam Negeri, Autonomi Daerah, Sistem Pentadbiran Negara. Ahmad Doli Kurnia Parti Golkar
III Undang-undang dan Perundangan, Hak Asasi Manusia, serta Keamanan Herman Hery Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan
IV Pertanian, Perkebunan, Kehutanan, Kelautan, Perikanan, dan Makanan Tak diketahui Tak diketahui
V Perhubungan, Telekomunikasi, Kerja Raya, Perumahan Rakyat, serta Pembangunan Luar Bandar dan Kawasan Tertinggal dan Meteorologi Ir. Fary Djemy Francis, M.MA. Parti Gerakan Indonesia Raya
VI Perdagangan, Perindustrian, Pelaburan, Koperasi, Perusahaan Kecil dan Sederhana, serta Badan Usaha Milik Negara (BUMN) Faisol Reza Parti Kebangkitan Bangsa
VII Tenaga, Sumber Galian, Penyelidikan dan Teknologi, serta Lingkungan Hidup H. Gus Irawan Pasaribu, SE.Ak, M.M., CA. Parti Gerakan Indonesia Raya
VIII Agama, Sosial dan Pemberdayaan Perempuan M. Ali Taher Parti Amanat Nasional
IX Kependudukan, Kesihatan, serta Buruh dan Transmigrasi Felly Estelita Runtuwene Parti NasDem
X Pendidikan, Belia, Sukan, Pelancongan, serta Kesenian dan Kebudayaan H. Teuku Riefky Harsya Parti Demokrat
XI Kewangan, Perancangan Pembangunan Negara, Perbankan, dan Lembaga Kewangan bukan Bank Melchias Markus Mekeng Parti Golkar

Senarai speaker

sunting
No. Nama Dari Hingga
1. Sartono 22 Februari 1950 22 Julai 1959
2. KH Zainul Arifin 26 Jun 1960 13 Januari 1963
3. Arudji Kartawinata 13 Januari 1963 Februari 1966
4. Mursalin Mamangung Februari 1963 17 Mei 1966
5. KH Achmad Sjaichu 17 Mei 1966 28 Oktober 1971
6. KH Idham Chalid 1 Oktober 1972 1 Oktober 1977
7. Adam Malik
(Letak jawatan kerana dilantik sebagai Naib Presiden Indonesia)
1 Oktober 1977 23 Mac 1978
8. Lt Gen (B) Daryatmo 23 Mac 1978 1 Oktober 1982
9. Lt Gen (B) Amirmachmud 1 Oktober 1982 1 Oktober 1987
10. Lt Gen (B) Kharis Suhud 1 Oktober 1987 1 Oktober 1992
11. Lt Gen (B) Wahono 1 Oktober 1992 1 Oktober 1997
12. Harmoko 1 Oktober 1997 1 Oktober 1999
13. Akbar Tanjung 1 Oktober 1999 1 Oktober 2004
14. Agung Laksono 1 Oktober 2004 1 Oktober 2009
15. Marzuki Alie 1 Oktober 2009 1 Oktober 2014
16. Setya Novanto 2 Oktober 2014 16 Disember 2015
Fadli Zon (pemangku) 16 Disember 2015 11 Januari 2016
17. Ade Komaruddin 11 Januari 2016 30 November 2016
(16) Setya Novanto 30 November 2016 11 Disember 2017
Fadli Zon (pemangku) 11 Disember 2017 15 Januari 2018
18. Bambang Soesatyo 15 Januari 2018 30 September 2019
19 Puan Maharani 1 Oktober 2019 Penyandang

Badan Musyawarah

sunting

Badan Musyawarah (Bamus) merupakan versi Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) yang kecil. Sebahagian besar keputusan DPR yang penting dibincangkan terlebih dahulu oleh Bamus sebelum dibahaskan dalam Sidang Pleno yang merupakan forum DPR yang tertinggi yang boleh mengubah sebarang keputusan Bamus. Bamus antara lain ditugasi untuk menetapkan acara DPR, termasuk juga menetapkan tempoh penyelesaian sesuatu masalah atau rang undang-undang.

Bamus dibentuk oleh DPR melalui Sidang Pleno pada masa pembentukan keanggotaan DPR. Anggota Bamus berjumlah sebanyak-banyaknya 10% daripada anggota DPR, berdasarkan pertimbangan jumlah anggota bagi setiap parti komponennya. Pimpinan Bamus diketuai oleh Ketua DPR.

Jawatankuasa Anggaran

sunting

Tugas utama Jawatankuasa Belanjawan DPR adalah untuk melakukan pembahasan Belanjawan Negara. Susunan keanggotaan jawatankuasa tersebut ditetapkan pada masa pembentukan keanggotaan DPR. Susunan keanggotaan Jawatankuasa Belanjawan terdiri daripada anggota-anggota Suruhanjaya dengan mempertimbangkan jumlah anggota setiap parti komponennya.

Ketua Jawatankuasa Belanjawan pada saat ini ialah Kahar Muzakir daripada Parti Golongan Karya.

Mahkamah Kehormatan DPR

sunting

Mahkamah Kehormatan DPR (MKD) merupakan alat yang paling muda pada saat ini dalam DPR, serta juga salah satu alat yang bersifat sementara. Pembentukan BK dalam DPR merupakan gerak balas terhadap anggota-anggota dewan yang buruk, misalnya kehadiran yang kurang serta konflik kepentingan.

MKD meneliti dan memeriksa dugaan pelanggaran yang dilakukan oleh anggota-anggota DPR dan memberikan saranan kepada Pimpinan DPR sebagai bahan pertimbangan untuk menghukum atau memulihkan anggota-anggota yang terlibat. Sidang-sidang MK merupakan sidang tertutup, namun dalam keadaan tertentu boleh bersifat terbuka, dan tugasnya dianggap selesai selepas menyampaikan saranannya kepada Pimpinan DPR.

Badan Perundangan DPR

sunting

Badan Perundangan (Baleg) merupakan alat DPR yang wujud selepas Pindaan Pertama Perlembagaan 1945, dan dibentuk pada tahun 2000. Tugas utama Baleg, antara lain, termasuk merancang dan menyusun rancangan serta urutan keutamaan pembahasan rang undang-undang untuk tempoh keanggotaan DPR dan setiap tahun belanjawannya. Baleg juga menilai dan menyempurnakan tata tertib DPR serta kod etika anggota DPR.

Badan Perundangan dibentuk oleh DPR dalam Sidang Pleno. Susunan keanggotaannya ditetapkan pada masa pembentukan keanggotaan DPR, berdasarkan pertimbangan jumlah anggota setiap parti komponennya.

Keanggotaan Badan Perundangan tidak boleh dirangkap dengan keanggotaan Pimpinan Suruhanjaya, Badan Urusan Rumah Tangga (BURT), atau Badan Kerjasama Antara Parlimen (BKSAP).

Ketua Badan Perundangan DPR pada saat ini ialah Supratman Andi Agtas, S.H., M.H. daripada Parti Gerakan Indonesia Raya.

Badan Urusan Rumah Tangga

sunting

Badan Urusan Rumah Tangga (BURT) DPR ditugasi untuk menentukan dasar-dasar kerumahtanggaan DPR. Salah satu tugasnya berkaitan dengan kewangan dan pentadbiran anggota dewan adalah untuk membantu pimpinan DPR dalam menentukan dasar-dasar kerumahtanggaan DPR, termasuk kesejahteraan anggota dan pegawai Sekretariat DPR, berdasarkan keputusan sidang Badan Musyawarah.

Ketua BURT pada saat ini ialah Roem Kono daripada Parti Golkar.

Badan Kerjasama Antara Parlimen

sunting

Badan Kerjasama Antara Parlimen menjalin hubungan dan kerjasama dengan parlimen-parlimen negara yang lain. Ketua Badan Kerjasama Antara Parlimen pada saat ini ialah Dr. Nurhayati Ali Assegaf, M.Si., M.P. daripada Parti Demokrat.

Jawatankuasa Khas dan Jawatankuasa Kerja

sunting

Jika dianggap perlu, DPR (atau alat DPR) boleh membentuk jawatankuasa yang bersifat sementara.

Jawatankuasa Khas

sunting

Jawatankuasa Khas (Indonesia: Panitia Khusus; Pansus) ialah jawatankuasa yang dibentuk oleh DPR, dengan komposisi keanggotaannya ditetapkan oleh Sidang Pleno berdasarkan pertimbangan jumlah anggota setiap parti komponennya. Pansus melaksanakan tugas tertentu yang ditetapkan oleh Sidang Pleno dan dibubarkan selepas tempoh penugasannya tamat atau apabila tugasnya selesai. Ia bertanggungjawab kepada kerjanya yang selanjutnya dibahaskan dalam Sidang Pleno.

Jawatankuasa Kerja

sunting

Jawatankuasa Kerja ialah unit kerja sementara yang boleh dibentuk oleh alat DPR untuk mencekapkan prestasi kerjanya.

Sekretariat DPR

sunting

Sekretariat DPR dibentuk melalui Keputusan Presiden untuk mendukung kelancaran pelaksanaan tugas DPR, dengan kakitangannya terdiri daripada pegawai-pegawai Perkhidmatan Awam. Sekretariat ini dipimpin oleh seorang Setiausaha Agung yang dilantik dan diberhentikan menurut Keputusan Presiden atas cadangan Pimpinan DPR.

Untuk meningkatkan prestasi kerja lembaga dan membantu pelaksanaan peranan dan tugas DPR secara profesional, sejumlah pakar dan ahli dilantik, sesuai dengan keperluan, di bawah Setiausaha Agung DPR.

Kekebalan dan larangan

sunting

Kekebalan

sunting

Anggota-anggota DPR tidak boleh didakwa di mahkamah atas pernyataan, pertanyaan, atau pendapat mereka yang dikemukakan dalam sidang-sidang DPR, baik secara lisan mahupun secara bertulis, asalkan ia tidak bertentangan dengan Peraturan Tata Tertib dan kod etika lembaga masing-masing. Kekebalan tersebut tidak merangkumi keadaan-keadaan yang mana seseorang anggota mengumumkan maklumat-maklumat yang telah diberikan dalam sidang tertutup yang harus dirahsiakan atau hal-hal yang lain yang mendedahkan rahsia negara.

Larangan

sunting

Ahli-ahli DPR tidak boleh merangkap sebarang jawatan negara yang lain, termasuk juga jawatan dalam badan kehakiman, perkhidmatan awam, Tentera Nasional Indonesia atau Polis Republik Indonesia, dan Badan Usaha Milik Negara/Daerah (BUMN/BUMD), serta juga badan-badan yang lain yang berkait dengan Belanjawan Negara/Daerah (APBN/APBD).

Anggota-anggota DPR juga tidak boleh bertugas sebagai pengarah lembaga pendidikan swasta, akauntan awam, perunding, peguam bela atau peguam cara, notari, dan pengamal perubatan, serta juga pekerjaan-pekerjaan yang lain yang berkaitan dengan tugas, bidang kuasa, dan hak mereka sebagai anggota DPR.

Penyiasatan

sunting

Jika anggota DPR diduga melakukan jenayah, pemanggilan, permintaan keterangan, atau penyiasatannya harus mendapat persetujuan tertulis daripada Presiden. Ketentuan ini tidak melibatkan keadaan apabila anggota DPR tertangkap tangan menerima rasuah atau melakukan terorisme.

Rujukan

sunting
  1. ^ Sekretariat Jenderal DPR RI (2020)
  2. ^ Yulisman (2019)

Lihat juga

sunting

Pautan luar

sunting