Dev Anand
Dev Anand atau Dharam Dev Pishorimal Anand (26 September 1923 – 3 Disember 2011) ialah seorang pelakon lelaki India.
Dev Anand | |
---|---|
Kelahiran | Dharam Dev Pishorimal Anand 26 September 1923 |
Meninggal dunia | 3 Disember 2011 | (umur 88)
Warganegara | India |
Nama lain | Dev Sahaab |
Pekerjaan | Pelakon, penerbit, pengarah, pengasas bersama Navketan Films (1949) |
Tahun aktif | 1946–2011 |
Pasangan | Kalpana Kartik (1954–2011; kematiannya) |
Filem
suntingPada 1946, filem lakonan pertamanya ialah Hum Ek Hain. Selepas filem Ziddi (1947), bakat lakonan Dev mula menyinar dan terus menempa nama sebagai seorang selebriti terkenal Bollywood.Filem hit lain seperti Paying Guest, Baazi, Jewel Thief, CID, Johny Mera Naam, Amir Garib, Warrant, Hare Rama Hare Krishna dan Des Pardes.
Anugerah yang diterima menerusi filem 'Padma Bhushan' (2001) dan 'Dada Saheb Phalke' (2002). Dev menubuhkan syarikat produksi filem, Navketan International Films pada tahun 1949 yang menghasilkan lebih 35 buah filem.
Keluarga
suntingDev berkahwin dengan pelakon Kalpana Kartik (Mona Singha nama sebenar) pada tahun 1954 dan dikurniakan seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan.[1]
Meninggal dunia
suntingPada 4 Disember 2011, pelakon Dev Anand meninggal dunia malam pada usia 88 tahun selepas mengalami serangan jantung. Dev menjalani pemeriksaan doktor di London kerana tidak sihat sejak beberapa hari. Beliau bersama anaknya, Sunil ketika beliau menghembuskan nafas terakhir.