Desa KEDA Teluk Berembang
Rencana ini mempunyai beberapa isu. Sila bantu memperbaikinya atau bincangkan isu-isu tersebut di dalam laman perbincangan rencana ini.
|
Desa KEDA Teluk Berembang
suntingLatar Belakang
suntingDesa KEDA merupakan penempatan yang diwujudkan oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) bermula dari tahun 1991 kepada penduduk Negeri Kedah yang termasuk dalam kategori Miskin Tegar. Terdapat 56 Desa KEDA di kawasan operasi KEDA yang dikategorikan kepada tiga jenis penempatan iaitu Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), Keselamatan dan Pembangunan (KESBAN) dan Kampung Tradisional.
Desa KEDA Teluk Berembang merupakan salah satu penempatan yang dibangunkan di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) pada tahun 2000. Pada tahun 2003, penempatan ini mula diduduki dengan bilangan rumah sebanyak 53 buah rumah dan memberi manfaat kepada 209 orang penduduk di Daerah Langkawi.
Sejarah Kampung
suntingPulau Tuba adalah pulau kedua terbesar daripada 104 pulau dalam Daerah Langkawi, merupakan antara 3 pulau yang mempunyai penduduk selain Pulau Langkawi dan Pulau Dayang Bunting. Pada tahun 2000, KEDA membangunkan penempatan PPRT KEDA di Kampung Teluk Berembang.
Info Desa
suntingNama Desa | Desa KEDA Teluk Berembang |
---|---|
Mukim | Kuah |
DUN | Kuah |
Parlimen | Langkawi |
Daerah | Langkawi |
Negeri | Kedah Darul Aman |
Geografi
suntingDesa KEDA Teluk Berembang terletak di kawasan lembah yang dikelilingi bukit dengan keluasan 17.1 ekar. Desa KEDA ini terletak di dalam Pulau Tuba iaitu salah satu pulau yang terdapat di Pulau Langkawi.
Kepimpinan
suntingDesa-desa KEDA yang diwujudkan mempunyai Jawatankuasa Pasukan Perancang Pelaksana Program (4P) dipilih melalui Mesyuarat Agung 4P yang diadakan 2 tahun sekali bagi merancang dan melaksanakan program atau aktiviti untuk pembangunan Desa KEDA ke arah melahirkan komuniti yang sejahtera. Pejabat KEDA Zon 1, Langkawi yang diketuai oleh Pegawai Pembangunan Zon dan seorang penyelia merupakan wakil KEDA yang dipertanggungjawab untuk membangunkan Desa KEDA Teluk Berembang. Penyelia kampung akan berhubung dengan Jawatankuasa 4P yang akan membantu pelaksanaan program dan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa. Jawatankuasa 4P terdiri daripada 15 ahli jawatankuasa iaitu Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan 11 Biro yang membantu KEDA melancarkan perjalanan program demi memastikan kesejahteraan penduduk.
Senarai Ahli Jawatankuasa 4P Desa KEDA Teluk Berembang
suntingSenarai Ahli Jawatankuasa 4P Desa KEDA Teluk Berembang bagi sesi 2022/2024 adalah seperti berikut :
Jawatan | Penyandang |
---|---|
Pengerusi | Salina Binti Hamzah |
Timbalan Pengerusi | Zaitun Binti Talib |
Setiausaha | Muhammad Shahrul Fitri Bin Rosli |
Bendahari | Norsyam Binti Shahidan |
Biro Kebersihan, Alam Sekitar & Keceriaan | Mazni Binti Akashah |
Biro Keselamatan | Mohammad Radzi Bin Said |
Biro Pendidikan & Inovasi | Jasmiranashrah Binti Irozi |
Biro Sosial & Kebudayaan | Siti Zaleha Binti Zainurin |
Biro Belia, Sukan & Rekreasi | Muhammad Hafiz Bin Mohamad Fozi |
Biro Pembangunan Prasarana | Zuriana Binti Chek Nan |
Biro Teknolgi Maklumat & Komunikasi | Roslawati Binti Rosli |
Biro Kebajikan | Yahidi Bin Md Isa |
Biro Hal Ehwal Wanita | Ridhwana Pasya Binti Ahmad |
Biro Ekonomi | Rohani Binti Kasa |
Biro Agama & Sivik | Ahmad Nazri Bin Ramli |
Maklumat Penduduk
suntingMaklumat penduduk Desa KEDA Teluk Berembang adalah seperti berikut :
Perkara | Bilangan (Orang) |
---|---|
Jumlah Keseluruhan Penduduk | 228 |
Jumlah Keluarga | 53 |
Bilangan Penduduk Lelaki | 107 |
Bilangan Penduduk Perempuan | 121 |
Pendidikan
suntingTahap pendidikan penduduk Desa KEDA Teluk Berembang adalah seperti berikut :
Kelulusan | Bilangan (Orang) |
---|---|
Sijil Kemahiran Bertauliah | 1 |
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) | 24 |
Jumlah | 25 |
Pendapatan Kasar Isi Rumah
suntingPenduduk Desa KEDA Teluk Berembang dikategorikan sebagai Penduduk Luar Bandar Semenanjung Malaysia yang berpendapatan rendah. Rata-rata penduduk merupakan golongan B40 yang berpendapatan rendah. Pendapatan Kasar Isi Rumah adalah seperti berikut :
Purata Pendapatan (RM) | Bilangan Penduduk (Orang) |
---|---|
<RM530.00 | 0 |
RM531.00 - RM790.00 | 8 |
RM791.00 – RM1,319.00 | 22 |
>RM1,319.00 | 23 |
Kegunaan Tanah
suntingSecara keseluruhannya, pembangunan tanah untuk Desa KEDA Teluk Berembang ialah sebanyak 17.4ha yang merangkumi tapak kediaman seluas 13.62ha, tapak bangunan awam seluas 3ha, kolam seluas 0.63ha dan bangunan perniagaan seluas 0.15ha.
Hak Milik Penduduk
suntingBilangan kenderaan yang dimiliki penduduk Desa KEDA Teluk Berembang adalah seperti berikut :
Jenis Kenderaan | Bilangan (Unit) |
---|---|
Kereta | 1 |
Motosikal | 46 |
Motorbot | 20 |
Van | 3 |
Kemudahan Asas
suntingDari segi infrastruktur, jalan kampung berturap sedia ada 1.13 km, lampu jalan 8 unit. Bekalan air terawat dalam kategori Sistem Bekalan Air Awam merangkumi semua rumah iaitu 53 buah rumah. Bekalan elektrik dalam kategori grid sedia ada digunakan oleh semua rumah kediaman. Sistem pembentungan menggunakan Tandas Sanitasi yang dilengkapi dengan rumah tandas dan slab, paip penyambung outlet, tangki najis/ septik dan bekalan air.
Dari segi capaian/ akses liputan, talian internet ada dan tahap kepuasan baik. Telefon bimbit ada dan tahap kepuasan baik manakala siaran televisyen dan radio ada dan tahap kepuasan baik.
Dari segi infra, Desa KEDA Teluk Berembang dilengkapi surau 1 buah, dewan orang ramai 1 buah, homestay 1 buah, bilik penginapan 2 buah, gelanggang permainan 1 buah, kolam 1 buah dan gerai 5 buah.
Golongan Khas
suntingGolongan Orang Kurang Upaya (OKU) dan Golongan Khas di Desa KEDA Teluk Berembang adalah seperti berikut :
Perkara | Bilangan (Orang) |
---|---|
Orang Kurang Upaya (OKU) | 1(P) |
Bapa Tunggal | Tiada |
Ibu Tunggal | 2 |
Anak Yatim | Tiada |