Desa KEDA Telaga Batu
Desa KEDA Telaga Batu
suntingLatar Belakang
suntingDesa KEDA merupakan penempatan yang diwujudkan oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) bermula dari tahun 1989 kepada penduduk Negeri Kedah yang termasuk dalam kategori Miskin Tegar. Terdapat 56 Desa KEDA di kawasan operasi KEDA yang dikategorikan kepada tiga jenis penempatan iaitu Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), Keselamatan dan Pembangunan (KESBAN) dan Kampung Tradisional.
Desa KEDA Telaga Batu merupakan salah satu penempatan yang dibangunkan di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) pada Tahun 1990. Pada Tahun 1992, penempatan ini mula diduduki dengan bilangan rumah sebanyak 73 buah rumah dan memberi manfaat kepada 257 orang penduduk di Daerah Sik.
Sejarah Kampung
suntingSejarah Kampung Telaga Batu dikatakan bermula sejak lebih 100 tahun yang lalu. “Telaga Batu” ditemui oleh seorang tua yang bernama Tok Jamal. Mengikut cerita, suatu hari semasa Tok Jamal sedang leka meneroka tanah di tempat tersebut, tiba-tiba hujan turun dengan renyai-renyai.
Kemudian tak semena-mena Tok Jamal ternampak kelibat 7 puteri sedang bermain-main di atas batu yang besar. Apabila Tok Jamal mendekati, 7 puteri tersebut terus menghilangkan diri.
Setelah itu, Tok Jamal terpandang 7 biji telaga di atas batu tersebut (tempat ketujuh-tujuh puteri tersebut bermain). Maka sejak itulah Tok Jamal menamakan kampung tersebut sebagai “Telaga Batu”.
Info Desa
suntingNama Desa | Desa KEDA Telaga Batu |
---|---|
Mukim | Sik |
DUN | Belantik |
Parlimen | Sik |
Daerah | Sik |
Negeri | Kedah Darul Aman |
Geografi
suntingDesa KEDA Telaga Batu terletak di Daerah Sik. Keluasan kawasan ini adalah 8.2 ha meliputi kawasan kediaman, pertanian, perniagaan dan bangunan awam. Jarak Telaga Batu dari Pekan Sik adalah 12 km dan Kampung Telaga Batu terletak bersebelahan dengan Tasik Beris iaitu tasik buatan manusia yang dibina pada 10 Ogos 2020 dan kini menjadi tempat tumpuan orang ramai. Kegiatan harian penduduk adalah penoreh getah dan juga nelayan.
Kepimpinan
suntingDesa-desa KEDA yang diwujudkan mempunyai Jawatankuasa Pasukan Perancang Pelaksana Projek (4P) dipilih melalui Mesyuarat Agung 4P yang diadakan 2 tahun sekali bagi merancang dan melaksanakan program atau aktiviti untuk pembangunan Desa KEDA ke arah melahirkan komuniti yang sejahtera. Pejabat KEDA Zon 4, Sik yang diketuai oleh Pegawai Pembangunan Zon dan seorang penyelia merupakan wakil KEDA yang dipertanggungjawab untuk membangunkan Desa KEDA Telaga Batu. Penyelia kampung akan berhubung dengan Jawatankuasa 4P yang akan membantu melaksanakan program dan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa. Jawatankuasa 4P terdiri daripada 15 ahli jawatankuasa iaitu Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan 12 Biro dan 2 orang pemeriksa kira-kira yang membantu KEDA melancarkan perjalanan program demi memastikan kesejahteraan penduduk.
Senarai Ahli Jawatankuasa Desa KEDA Telaga Batu
suntingSenarai Ahli Jawatankuasa Desa KEDA Telaga Batu bagi sesi 2022/2024 adalah seperti berikut:
Jawatan | Penyandang |
---|---|
Pengerusi | Shamry bin Salleh |
Timbalan Pengerusi | Mohd Hafiz bin Zanudi |
Setiausaha | Siti Noor Azizah binti Ismail |
Biro Kewangan/Bendahari | Che Bashah binti Kassim |
Biro Pembangunan | Siti Noor Azizah binti Ismail |
Biro Agama & Pendidikan | Mohd Imran bin Idrus |
Biro Kebajikan | Ismail bin Semorah |
Biro Wanita | Noor Azlina binti Ismail |
Biro Keselamatan | Fadzil bin Hassan |
Biro Belia dan Sukan | Hamzah bin Wahid |
Biro Keceriaan dan Kesihatan | Muhd Sabri bin Samsudin |
Biro Ekonomi | Maimunah binti Yaakob |
Biro Kebudayaan & Pelancongan | Shahanim binti Idrus |
Pemeriksa Kira-Kira 1 | Halim bin Ahmad |
Pemeriksa Kira-Kira 2 | Rahimah binti Jamil |
Maklumat Penduduk
suntingPerkara | Bilangan (Orang) |
---|---|
Jumlah Keseluruhan Penduduk | 257 |
Jumlah Keluarga | 73 |
Bilangan Penduduk Lelaki | 129 |
Bilangan Penduduk Perempuan | 128 |
Pendidikan
suntingTahap pendidikan penduduk Desa KEDA Telaga Batu adalah seperti berikut:
Kelulusan | Bilangan (Orang) |
---|---|
Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Kemahiran Bertauliah | 19 |
Diploma | 14 |
Ijazah | 19 |
JUMLAH | 52 |
Pendapatan Kasar Isi Rumah
suntingPenduduk Desa KEDA Telaga Batu dikategorikan sebagai Penduduk Luar Bandar Semenanjung Malaysia yang berpendapatan rendah. Rata-rata penduduk merupakan golongan B40 yang berpendapatan rendah. Pendapatan Kasar Isi Rumah adalah seperti berikut :
Purata Pendapatan (RM) | Bilangan Penduduk (Orang) |
---|---|
<RM530.00 | 24 |
RM531.00 - RM790.00 | 14 |
RM791.00 – RM1,319.00 | 21 |
>RM1,319.00 | 7 |
Kegunaan Tanah
suntingSecara keseluruhannya, pembangunan tanah untuk Desa KEDA Telaga Batu ialah sebanyak 8.2ha yang merangkumi tapak kediaman seluas 3.21ha, bangunan awam seluas 0.06ha, pertanian seluas 4.75ha dan kawasan perniagaan seluas 0.18ha.
Hak Milik Penduduk
suntingBilangan kenderaan yang dimiliki penduduk Desa KEDA Telaga Batu adalah seperti berikut:
Jenis Kenderaan | Bilangan (Unit) |
---|---|
Kereta | 61 |
Motosikal | 152 |
Lori | 2 |
Van | 1 |
Kemudahan Asas
suntingDari segi infrastruktur, jalan kampung berturap sediaada 1.3 km dan lampu jalan 17 unit. Bekalan air terawat dalam kategori Sistem Bekalan Air Awam merangkumi semua rumah iaitu 73 buah rumah. Bekalan elektrik dalam kategori grid sediaada digunakan oleh semua rumah kediaman. Sistem pembentungan menggunakan tandas sanitasi yang dilengkapi dengan rumah tandas dan slab, paip penyambung outlet, tangki najis/ septik dan bekalan air.
Dari segi capaian/ akses liputan, talian internet ada tetapi tahap kepuasan kurang baik. Telefon bimbit ada dan tahap kepuasan baik manakala siaran televisyen dan radio ada dan tahap kepuasan baik.
Dari segi infra, Desa KEDA Telaga Batu dilengkapi dewan orang ramai 1 buah, surau 1 buah, padang bola 1 buah dan tadika (pra sekolah) 2 buah.
Golongan Khas
suntingGolongan Orang Kurang Upaya (OKU) dan Golongan Khas di Desa KEDA Telaga Batu adalah seperti berikut:
Perkara | Bilangan (Orang) |
---|---|
Orang Kurang Upaya (OKU) | 6 (L) 5 (W) |
Bapa Tunggal | 2 |
Ibu Tunggal | 15 |
Anak Yatim | TIADA |