Desa KEDA Tanjung Setol
Desa KEDA Tanjung Setol
suntingLatar Belakang
suntingDesa KEDA merupakan penempatan yang diwujudkan oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) bermula dari tahun 1989 kepada penduduk Negeri Kedah yang termasuk dalam kategori Miskin Tegar. Terdapat 56 Desa KEDA di kawasan operasi KEDA yang dikategorikan kepada tiga jenis penempatan iaitu Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), Keselamatan dan Pembangunan (KESBAN) dan Kampung Tradisional.
Desa KEDA Tanjung Setol merupakan salah satu penempatan yang dibangunkan di bawah Kampung PPRT oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) pada tahun 1999. Pada tahun 2000, penempatan ini mula diduduki dengan bilangan rumah sebanyak 159 buah rumah dan memberi manfaat kepada 795 orang penduduk di Daerah Pendang.
Sejarah Kampung
suntingKampung ini telah dibuka oleh pendatang dari Selatan Thailand. Kawasan awal penempatan ialah sebuah tanjung atau muara Sungai Jenun dan terdapat sepohon pokok setol yang besar. Kampung ini dinamakan berdasarkan tanjung dan pokok setol tersebut.
Info Desa
suntingNama Desa | Desa KEDA Tanjung Setol |
---|---|
Mukim | Ayer Putih |
DUN | Sungai Tiang |
Parlimen | Pendang |
Daerah | Pendang |
Negeri | Kedah Darul Aman |
Geografi
suntingDesa KEDA Tanjung Setol terletak di kawasan muara sungai yang dikelilingi dengan pokok setol. Desa ini terletak 9km dari Pekan Pendang dan 38km dari Bandaraya Alor Setar, ibu negeri Kedah Darul Aman.
Kepimpinan
suntingDesa-desa KEDA yang diwujudkan mempunyai Jawatankuasa Pasukan Perancang Pelaksana Program (4P) dipilih melalui Mesyuarat Agung 4P yang diadakan 2 tahun sekali bagi merancang dan melaksanakan program atau aktiviti untuk pembangunan Desa KEDA ke arah melahirkan komuniti yang sejahtera. Pejabat KEDA Zon 3, Pendang/Pokok Sena yang diketuai oleh Pegawai Pembangunan Zon dan seorang penyelia merupakan wakil KEDA yang dipertanggungjawab untuk membangunkan Desa KEDA Tanjung Setol. Penyelia kampung akan berhubung dengan Jawatankuasa 4P yang akan membantu pelaksanaan program dan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa. Jawatankuasa 4P terdiri daripada 15 ahli jawatankuasa iaitu Pengerusi, Setiausaha, Bendahari, 10 Biro dan 2 orang pemeriksa kira-kira yang membantu KEDA melancarkan perjalanan program demi memastikan kesejahteraan penduduk.
Senarai Ahli Jawatankuasa 4P Desa KEDA Tanjung Setol
suntingSenarai Ahli Jawatankuasa 4P Desa KEDA Tanjung Setol bagi sesi 2022/2024 adalah seperti berikut :
Jawatan | Penyandang |
---|---|
Pengerusi | Saodah binti Ali |
Timbalan Pengerusi | Tiada |
Setiausaha | Adinda Ashimah binti Abdul Rahim |
Bendahari | Nor Azam bin Roslan |
Biro Ekonomi & Pembangunan | Mohd Yazid bin Md Rejab |
Biro Agama | Zainon bin Md Din |
Biro Pendidikan | Muhammad Shatar bin Jusoh |
Biro Wanita | Hasna binti Yahya |
Biro Belia dan Sukan | Fauziah binti Talib |
Biro Maklumat | Samariah binti Abdullah |
Biro Keceriaan/Infrastruktur | Abdul Halim bin Abdul Rahman |
Biro Sosial dan Kebudayaan | Salmah binti Ibrahim |
Biro Keselamatan | Roslan bin Arshad |
Biro Kebajikan & Kesejahteraan | Mt. Saad bin Hassan |
Pemeriksa Kira-Kira | Ariffin bin Ismail |
Pemeriksa Kira-Kira 2 | Rosimah binti Md. Isa |
Koperasi
suntingDesa KEDA Tanjung Setol mempunyai sebuah koperasi iaitu Koperasi Pembangunan Desa KEDA Tanjung Setol Pendang Berhad yang ditubuhkan pada 4 Mei 2010. Bilangan anggota koperasi adalah seramai 88 orang dan syer anggota adalah sebanyak RM9,740.00.
Maklumat Penduduk
suntingMaklumat penduduk Desa KEDA Tanjung Setol adalah seperti berikut :
Perkara | Bilangan (orang) |
---|---|
Jumlah Keseluruhan Penduduk | 632 |
Jumlah Keluarga | 158 |
Bilangan Penduduk Lelaki | 317 |
Bilangan Penduduk Perempuan | 315 |
Pendidikan
suntingTahap pendidikan penduduk Desa KEDA Tanjung Setol adalah seperti berikut:
Kelulusan | Bilangan (orang) |
---|---|
Sijil Kemahiran Bertauliah | 30 |
Diploma / Setaraf | 25 |
Ijazah ke atas | 13 |
Jumlah | 68 |
Pendapatan Kasar Isi Rumah
suntingPenduduk Desa KEDA Tanjung Setol dikategorikan sebagai Penduduk Luar Bandar Semenanjung Malaysia yang berpendapatan rendah. Rata-rata penduduk merupakan golongan B40 yang berpendapatan rendah. Pendapatan Kasar Isi Rumah adalah seperti berikut :
Purata Pendapatan (RM) | Bilangan Penduduk (orang) |
---|---|
<RM530.00 | 23 |
RM531.00 - RM790.00 | 42 |
RM791.00 – RM1,319.00 | 109 |
>RM1,319.00 | 45 |
Kegunaan Tanah
suntingSecara keseluruhannya, pembangunan tanah untuk Desa KEDA Tanjung Setol ialah sebanyak 55ek yang merangkumi kawasan surau seluas 0.10ek, tapak kediaman 25ek, tapak bangunan IKS 0.5ek, kawasan pertanian/penternakan/perikanan seluas 12ek dan lot kosong seluas 10.6ek.
Hak Milik Penduduk
suntingBilangan kenderaan yang dimiliki penduduk seperti berikut :
Jenis Kenderaan | Bilangan (unit) |
---|---|
Kereta | 130 |
Motosikal | 342 |
Lori | 2 |
Van | 4 |
Lain-lain | 1 |
Kemudahan Asas
suntingDari segi infrastruktur, jalan kampung berturap sedia ada 2.6km dan lampu jalan 20 unit. Bekalan air terawat dalam kategori Sistem Bekalan Air Awam merangkumi semua rumah iaitu 159 buah rumah. Bekalan elektrik dalam kategori grid sedia ada digunakan oleh semua rumah kediaman. Sistem pembentungan menggunakan Tandas Sanitasi yang dilengkapi dengan rumah tandas dan slab, paip penyambung outlet, tangki najis/ septik dan bekalan air.
Dari segi capaian/ akses liputan, talian internet ada dan tahap kepuasan baik. Telefon bimbit ada dan tahap kepuasan baik manakala siaran televisyen dan radio ada dan tahap kepuasan baik.
Dari segi infra, Desa KEDA Tanjung Setol dilengkapi surau 1 buah, dewan orang ramai 1 buah, lot permainan kanak-kanak 1 buah dan bilik gerakan 1 buah.
Golongan Khas
suntingGolongan Orang Kurang Upaya (OKU) dan Golongan Khas di Desa KEDA Tanjung Setol adalah seperti berikut :
Perkara | Bilangan (orang) |
---|---|
OKU | 3 (L) 52 (P) |
Bapa Tunggal | 6 |
Ibu Tunggal | 34 |
Anak Yatim | 1 (L) 3 (P) |