Desa KEDA Seberang Paya Kerchut
Topik rencana ini mungkin tidak memenuhi garis panduan kelayakan am rencana Wikipedia. (November 2023) |
Desa KEDA Seberang Paya Kerchut
suntingLatar Belakang
suntingDesa KEDA merupakan penempatan yang diwujudkan oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) bermula dari tahun 1989 kepada penduduk Negeri Kedah yang termasuk dalam kategori Miskin Tegar. Terdapat 56 Desa KEDA di kawasan operasi KEDA yang dikategorikan kepada tiga jenis penempatan iaitu Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), Keselamatan dan Pembangunan (KESBAN) dan Kampung Tradisional.
Desa KEDA Seberang Paya Kerchut merupakan salah satu penempatan yang dibangunkan di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) pada Tahun 1994. Penempatan ini mula diduduki pada tahun 1995 dengan bilangan rumah sebanyak 50 buah rumah dan memberi manfaat kepada 250 orang penduduk di Daerah Kota Setar.
Sejarah Kampung
suntingDesa KEDA Seberang Paya Kerchut terletak di dalam Mukim Telaga Mas, Daerah Kota Setar dan bersempadan dengan Mukim Lengkuas. Desa KEDA ini terletak kira-kira 21km dari Bandaraya Alor Setar dan Bukit Pinang adalah pekan kecil yang paling hampir dengan perkampungan ini. Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) telah mewujudkan penempatan ini dan nama Desa KEDA diambil dari nama asal kampung tersebut. Penempatan PPRT ini merupakan kampung tersusun yang ke-4 dibina pada tahun 1995.
Info Desa
suntingNama Desa | Desa KEDA Seberang Paya Kerchut |
---|---|
Mukim | Telaga Mas |
DUN | Bukit Pinang |
Parlimen | Pokok Sena |
Daerah | Kota Setar |
Negeri | Kedah Darul Aman |
Geografi
suntingDesa KEDA Seberang Paya Kerchut terletak di dalam Mukim Telaga Mas dan bersempadan dengan Mukim Lengkuas. Desa KEDA Seberang Paya Kerchut ini terletak di kawasan tanah pamah berhampiran terusan utama Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA). Keluasan kawasan ini ialah 10.5 ekar meliputi kawasan perumahan, pertanian, surau, dewan, dewan dan padang bola. Kawasan ini diusahakan dengan tanaman sayuran dan pisang. Kawasan sekitar dikelilingi dengan tanaman getah dan sawah.
Kepimpinan
suntingDesa-desa KEDA yang diwujudkan mempunyai Jawatankuasa Pasukan Perancang Pelaksana Program (4P) dipilih melalui Mesyuarat Agung 4P yang diadakan 2 tahun sekali bagi merancang dan melaksanakan program atau aktiviti untuk pembangunan Desa KEDA ke arah melahirkan komuniti yang sejahtera. Pejabat KEDA Zon 8, Kota Setar/ Kubang Pasu yang diketuai oleh Pegawai Pembangunan Zon dan seorang penyelia merupakan wakil KEDA yang dipertanggungjawab untuk membangunkan Desa KEDA Seberang Paya Kerchut. Penyelia kampung akan berhubung dengan Jawatankuasa 4P yang akan membantu melaksanakan program dan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa. Jawatankuasa 4P terdiri daripada 16 ahli jawatankuasa iaitu Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan 10 Biro dan 2 orang pemeriksa kira-kira yang membantu KEDA melancarkan perjalanan program demi memastikan kesejahteraan penduduk.
Senarai Ahli Jawatankuasa Desa KEDA Seberang Paya Kerchut
suntingSenarai Ahli Jawatankuasa Desa KEDA Seberang Paya Kerchut bagi sesi 2022/2024 adalah seperti berikut :
Jawatan | Penyandang |
---|---|
Pengerusi | Mohd Desa bin Che Abu |
Timbalan Pengerusi | Abdul Rahim bin Cha |
Setiausaha | Nor Atirah bin Razak |
Bendahari | Ku Besah binti Abdullah |
Biro Pembangunan & Infrastruktur | Che Abu bin Che Din |
Biro Kesenian & Kebudayaan | Abdul Rashid bin Che Om |
Biro Keceriaan & Alam Sekitar | Mohd Nordin bin Johari |
Biro Keselamatan & Sosial | Mohamad bin Ariffin |
Biro Kebajikan & Kesihatan | Azizah binti Hassan |
Biro Wanita, OKU & Warga Emas | Asma binti Saad |
Biro Pendidikan & Modal Insan | Siti Zubaidah binti Yahya |
Biro Sukan & Rekreasi | Azita binti Ab Rahman |
Biro Belia | Nur Azian binti Omar |
Biro Agama & Ekonomi | Rohana binti Jap |
Pemeriksa Kira-Kira 1 | Noreha binti Mohd Husain |
Pemeriksa Kira-Kira 2 | Saripah binti Mat |
Maklumat Penduduk
suntingPerkara | Bilangan (Orang) |
---|---|
Jumlah Keseluruhan Penduduk | 229 |
Jumlah Keluarga | 63 |
Bilangan Penduduk Lelaki | 118 |
Bilangan Penduduk Perempuan | 111 |
Pendidikan
suntingTahap pendidikan penduduk Desa KEDA Seberang Paya Kerchut adalah seperti berikut :
Kelulusan | Bilangan (Orang) |
---|---|
Sijil Kemahiran Bertauliah | 2 |
Diploma | 4 |
Ijazah | 2 |
Jumlah | 8 |
Pendapatan Kasar Isi Rumah
suntingPenduduk Desa KEDA Seberang Paya Kerchut dikategorikan sebagai Penduduk Luar Bandar Semenanjung Malaysia yang berpendapatan rendah. Rata-rata penduduk merupakan golongan B40 yang berpendapatan rendah. Pendapatan Kasar Isi Rumah adalah seperti berikut :
Purata Pendapatan (RM) | Bilangan Penduduk (Orang) |
---|---|
<RM530.00 | 11 |
RM531.00 - RM790.00 | 14 |
RM791.00 - RM1,319.00 | 53 |
>RM1,319.00 | 6 |
Kegunaan Tanah
suntingSecara keseluruhannya, pembangunan tanah untuk Desa KEDA Seberang Paya Kerchut ialah sebanyak 10.5ek yang merangkumi kawasan surau/dewan 0.45ek, tapak kediaman 6.23ek, padang bola 0.91ek dan tanah untuk kemajuan masa hadapan 2.91ek.
Hak Milik Penduduk
suntingBilangan kenderaan yang dimiliki penduduk seperti berikut:
Jenis Kenderaan | Bilangan (unit) |
---|---|
Kereta | 35 |
Motosikal | 86 |
Kemudahan Asas
suntingDari segi infrastruktur, jalan kampung berturap sedia ada sepanjang 1.5 km dan lampu jalan sebanyak 15 unit. Bekalan air terawat dalam kategori Sistem Bekalan Air Awam merangkumi semua rumah iaitu 48 buah rumah. Bekalan elektrik dalam kategori grid sedia ada digunakan oleh semua rumah kediaman. Sistem pembentungan menggunakan tandas sanitasi yang dilengkapi dengan rumah tandas dan slab, paip penyambung outlet, tangki najis/ septik dan bekalan air.
Dari segi capaian/ akses liputan, talian internet ada tetapi tahap kepuasan kurang baik. Telefon bimbit ada dan tahap kepuasan baik manakala siaran televisyen dan radio ada dan tahap kepuasan baik.
Dari segi infra, Desa KEDA Seberang Paya Kerchut dilengkapi dewan orang ramai/surau 1 buah, bilik gerakan 1 buah, lot permainan kanak-kanak 1 buah dan padang bola 1 buah.
Golongan Khas
suntingGolongan Orang Kurang Upaya (OKU) dan Golongan Khas di Desa KEDA Seberang Paya Kerchut adalah seperti berikut:
Perkara | Bilangan (Orang) |
---|---|
OKU umur 18 tahun dan ke atas | 3 (L) 5 (P) |
Bapa Tunggal | 1 |
Ibu Tunggal | 8 |
Anak Yatim | 4 (L) 3 (P) |