Desa KEDA Dingin
Desa KEDA Dingin
suntingLatar Belakang
suntingDesa KEDA merupakan penempatan yang diwujudkan oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) bermula dari tahun 1989 kepada penduduk Negeri Kedah yang termasuk dalam kategori Miskin Tegar. Terdapat 56 Desa KEDA di kawasan operasi KEDA yang dikategorikan kepada tiga jenis penempatan iaitu Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), Keselamatan dan Pembangunan (KESBAN) dan Kampung Tradisional.
Desa KEDA Dingin adalah salah satu penempatan yang dibangunkan di bawah Program Penempatan Rakyat Termiskin (PPRT) oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) pada tahun 1999. Desa KEDA ini mula diduduki secara berperingkat pada tahun 2000 dan 2013. Bilangan rumah adalah sebanyak 64 buah dan telah memberi manfaat kepada 287 orang penduduk Daerah Kulim.
Sejarah Kampung
suntingPenempatan ini merupakan sebahagian daripada kawasan ladang milik Guthrie atau lebih dikenali sebagai Ladang Sungai Dingin, Mahang. Pengambilan semula untuk tujuan penempatan telah dibuat daripada sebahagian lot 595 Kampung Dingin.
Desa KEDA Dingin mula diduduki pada tahun 2000 dan dinamakan dengan mengambil sempena nama perkampungan asal iaitu Kampung Dingin yang terlebih dahulu wujud bersebelahan dengan penempatan ini. Desa ini terletak 37 km dari Bandar Kulim dan dibawah pengurusan KEDA Zon 6, Kulim. Penduduk yang dipilih untuk menyertai program ini terdiri daripada penduduk kampung-kampung sekitar Mahang antaranya dari Kampung Ulu Mahang, Kampung Sungai Buloh dan lain-lain. Mereka terdiri daripada golongan termiskin yang berpendapatan rendah dan tidak mempunyai tapak rumah mahupun rumah sendiri. Kebanyakan pendapatan purata penduduk di sini adalah sebanyak RM600.00 sebulan.
Di awal pembukaan Kampung Dingin, kawasan ini dipenuhi dengan hutan tebal, belukar selain kaya dengan tumbuhan rotan iaitu rotan dini. Hasil rotan yang banyak di kawasan ini menjadi buah mulut dan menjadi sebutan ramai. Hal ini telah menjadi identiti kampung ini dan dinamakan sebagai “Kampung Dini” oleh orang ramai. Disamping itu, berbaur dengan slanga penduduk tempatan akhirnya sebutan dini telah bertukar menjadi dingin. Maka sehingga hari ini Kampung Dingin menjadi lebih sejati dan terus dikenali sebagai Kampung Dingin.
Info Desa
suntingNama Desa | Desa KEDA Dingin |
---|---|
Mukim | Sedim |
DUN | Kulim |
Parlimen | Kulim Bandar Baharu |
Daerah | Kulim |
Negeri | Kedah Darul Aman |
Geografi
suntingDesa KEDA Dingin terletak di kawasan tanah berbukit yang dikelilingi dengan hutan tebal, belukar dan tumbuhan rotan. Keluasan kawasan ini ialah 86.1 ekar meliputi kawasan perumahan, pertanian, surau dan gerai. Kawasan tanah yang berbukit diusahakan dengan tanaman jagung manis, kelapa sawit dan tebu.
Kepimpinan
suntingDesa-desa KEDA yang diwujudkan mempunyai Jawatankuasa Pasukan Perancang Pelaksana Program (4P) dipilih melalui Mesyuarat Agung 4P yang diadakan 2 tahun sekali bagi merancang dan melaksanakan program atau aktiviti untuk pembangunan Desa KEDA ke arah melahirkan komuniti yang sejahtera. Pejabat KEDA Zon 6, Kulim yang diketuai oleh Pegawai Pembangunan Zon dan seorang penyelia merupakan wakil KEDA yang dipertanggungjawab untuk membangunkan Desa KEDA Dingin. Penyelia kampung akan berhubung dengan Jawatankuasa 4P yang akan membantu dalam pelaksanaan program dan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa. Jawatankuasa 4P terdiri daripada 15 ahli jawatankuasa iaitu Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan 11 Biro yang membantu KEDA melancarkan perjalanan program demi memastikan kesejahteraan penduduk.
Senarai Ahli Jawatankuasa 4P Desa KEDA Dingin
suntingSenarai Ahli Jawatankuasa 4P Desa KEDA Dingin bagi sesi 2022/2024 adalah seperti berikut:
Jawatan | Penyandang |
---|---|
Pengerusi | Mohamad Nasir bin Said |
Timbalan Pengerusi | Romli bin Nasir |
Setiausaha | Mohamad Norrasyid bin Hassan |
Bendahari | Rusli bin Ramly |
Biro Agama | Abdul Razak bin Wahid |
Biro Hal Ehwal Wanita | Noraini binti Abu Bakar |
Biro Kebersihan & Keceriaan | Che Amah binti Abdullah |
Biro Keselamatan | Azmi bin Mat |
Biro Teknologi Maklumat | Norshazlin binti Zainoda Saidi |
Biro Belia | Mohamed Basir bin Mat Noor |
Biro Pendidikan & Inovasi | Rozila binti Osman |
Biro Permbangunan Prasarana | Siti Atikah binti Adam |
Biro Sosial & Kebudayaan | Siti Zubidah binti Hamid |
Biro Kebajikan | Mohd Azmi bin Mat Zain |
Biro Sukan dan Rekreasi | Muhammad Suhaimi bin Ahmad |
Maklumat Penduduk
suntingMaklumat penduduk Desa KEDA Dingin adalah seperti berikut:
Perkara | Bilangan (Orang) |
---|---|
Jumlah Keseluruhan Penduduk | 287 |
Jumlah Keluarga | 62 |
Bilangan Penduduk Lelaki | 127 |
Bilangan Penduduk Perempuan | 160 |
Pendidikan
suntingTahap pendidikan penduduk Desa KEDA Dingin adalah seperti berikut:
Kelulusan | Bilangan (Orang) |
---|---|
Sekolah Pondok/ Agama | 10 |
Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Kemahiran Bertauliah | 139 |
Diploma | 25 |
Ijazah | 4 |
Jumlah | 178 |
Pendapatan Kasar Isi Rumah
suntingPenduduk Desa KEDA Dingin dikategorikan sebagai Penduduk Luar Bandar Semenanjung Malaysia yang berpendapatan rendah. Rata-rata penduduk merupakan golongan B40 yang berpendapatan rendah. Pendapatan Kasar Isi Rumah adalah seperti berikut :
Purata Pendapatan (RM) | Bilangan Penduduk (Orang) |
---|---|
<RM530.00 | Tiada |
RM531.00 - RM790.00 | 14 |
RM791.00 - RM1,319.00 | 43 |
>RM1,319.00 | 7 |
Kegunaan Tanah
suntingSecara keseluruhannya, pembangunan tanah untuk Desa KEDA Dingin ialah sebanyak 86.1 ekar yang merangkumi kawasan pertanian seluas 76.10 ekar, bangunan awam seluas 1.19 ekar dan kawasan tapak kediaman seluas 8.81 ekar.
Hak Milik Penduduk
suntingBilangan kenderaan yang dimiliki penduduk Desa KEDA Dingin adalah seperti berikut :
Jenis Kenderaan | Bilangan (Unit) |
---|---|
Kereta | 60 |
Motosikal | 64 |
Kemudahan Asas
suntingDari segi infrastruktur asas, terdapat jalan kampung berturap sedia ada sepanjang 1.5km dan lampu jalan sebanyak 19 unit. Bekalan air terawat dalam kategori Sistem Bekalan Air Awam merangkumi semua rumah sebanyak 64 unit rumah. Bekalan elektrik dalam kategori grid sedia ada digunakan oleh semua rumah kediaman. Sistem pembentungan menggunakan Tandas Sanitasi yang dilengkapi dengan rumah tandas dan slab, paip penyambung outlet, tangki najis/ septik dan bekalan air.
Dari segi capaian/ akses liputan, talian internet ada dengan tahap kepuasan atau liputan baik. Telefon bimbit ada dan tahap kepuasan baik manakala siaran televisyen dan radio ada dan tahap kepuasan baik.
Dari segi infrastruktur awam, Desa KEDA Dingin dilengkapi dengan sebuah surau, sebuah perpustakaan, sebuah pusat ICT, sebuah bilik gerakan dan sebuah lot permainan kanak-kanak serta sebuah gelanggang permainan.
Golongan Khas
suntingGolongan Orang Kurang Upaya (OKU) dan Golongan Khas di Desa KEDA Dingin adalah seperti berikut:
Perkara | Bilangan (Orang) |
---|---|
OKU | 4(L) 2(P) |
Bapa Tunggal | 2 |
Ibu Tunggal | 20 |
Anak Yatim | Tiada |