Demografi Indonesia
Penduduk Indonesia seramai 260.432.896 juta menjadikannya negara keempat paling banyak penduduk di dunia. Pulau Jawa pula merupakan antara tempat yang mempunyai kepadatan tertinggi, dengan 145.584.694 juta orang tinggal di situ.
Demografi Indonesia | |
---|---|
Kedinamikan | |
Jumlah penduduk | ▲ 270,203,917 (anggaran 2020) |
Kadar pertumbuhan | 0.79% (anggaran 2022) |
Kadar kelahiran | 15.32 kelahiran per 1,000 penduduk (anggaran 2022) |
Kadar kematian | 6.75 kematian per 1,000 penduduk (anggaran 2022) |
Jangka hayat | ▲ 73.08 tahun |
– lelaki | 70.86 tahun |
– perempuan | 75.4 tahun |
Kadar kesuburan | ▼ 2.18 anak lahir per wanita (anggaran 2022) |
Kadar kematian bayi | 19.73 kematian per 1,000 kelahiran hidup |
Kadar penghijrahan bersih | -0.71 migran per 1,000 penduduk (anggaran 2022) |
Struktur umur | |
0–14 tahun | 23.87% |
65 tahun dan ke atas | 7.82% |
Nisbah jantina | |
Jumlah nisbah | 1 lelaki per satu perempuan (anggaran 2022) |
Semasa lahir | 1.05 lelaki per satu perempuan |
Bawah 15 tahun | 1.05 lelaki per satu perempuan |
65 tahun dan ke atas | 0.66 lelaki per satu perempuan |
Bangsa | |
Bangsa | Indonesia |
Etnik majoriti | Lebih 1,300 kumpulan etnik |
Bahasa | |
Rasmi | Indonesia |
Dituturkan | Lebih 700 bahasa |
sunting · sunting di Wikidata |
Indonesia mempunyai pelbagai kumpulan budaya dan bahasa yang berbeza. Sejak merdeka, Indonesia menggunakan bahasa Indonesia, sejenis dialek daripada bahasa Melayu Riau sebagai bahasa rasmi, dan digunakan dalam komunikasi bertulis, pendidikan, pemerintahan dan perniagaan. Banyak bahasa atau dialek lain merupakan bahasa percakapan atau bahasa ibunda sebahagian penduduk di sini.