De zwarte met het witte hart

Novel sejarah tahun 1997. Sekarang klasik sastera Belanda

De zwarte met het witte hart (harfiah, "Si hitam dengan hati yang putih") ialah novel sulung tahun 1997 oleh penulis berbangsa Belanda, Arthur Japin. Novel ini menceritakan kisah dua orang putera Ashanti, Kwame Poku dan Kwasi Boachi, yang dibawa dari sebuah wilayah Afrika (kini Ghana) dan dihadiahkan kepada raja Belanda Willem II dalam tahun 1837 sebagai jaminan dalam transaksi dagang antara Belanda dengan kerajaan-kerajaan Ashanti. Kedua-dua kanak-kanak lelaki dibesarkan dan menerima pendidikan di Belanda. Selepas itu Kwame pulang ke Afrika sementara Kwasi melanjutkan pelajaran di Jerman Weimar dan kemudiannya bertugas di Hindia Timur Belanda.

De zwarte met het witte hart
("Si hitam berhati putih")
Kulit edisi bahasa Inggeris
Umum
PengarangArthur Japin
BahasaBelanda
GenreNovel sejarah
Penerbitan
PenerbitArbeiderspers (Belanda)
Knopf (Amerika Syarikat)
Tarikh penerbitan
1997
Diterbitkan dalam bahasa Inggeris
2000
Kawalan kewibawaan
ISBNISBN 978-0-375-71889-2 (Edisi AS, Vintage 2002) Invalid ISBN
Kronologi
Magonische verhalen (cerpen, 1996) De vierde wand (cerpen, 1998)

Novel ini ialah sebuah penulisan pasca-kolonial yang menggambarkan sejarah kolonial Belanda. Novel dijual dengan laris dan diterjemahkan di seluruh dunia, dan kini dianggap sebuah klasik kesusasteraan moden Belanda.

Pautan luar

sunting



Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.