DeHearty
Kumpulan DeHearty merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu nasyid Melayu.
DeHearty | |
---|---|
Latar belakang | |
Berasal dari | Malaysia |
Genre | Nasyid |
Pekerjaan | Vokal / Pemuzik |
Tahun aktif | 2004-2008 |
Syarikat rakaman | NAR Records |
Pengkarya berkait | Berkumpulan |
Bekas ahli | Hisyam Ahmad Azrul Azlan Zulfahmi Syadzwarie |
Sejarah Penubuhan
suntingKumpulan DeHearty telah ditubuhkan pada Ogos 2003 oleh Hisyam bin Ahmad, bekas anggota kumpulan In-Team yang ketika itu telah tamat pengajian di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Penubuhan DeHearty bermula apabila Hisyam yang baru setahun meninggalkan In-Team dihampiri oleh pihak pengurusan NAR Records, sebuah syarikat rakaman terkenal yang pernah mengedarkan album In-Team serta anak-anak didik Hijjaz yang lain iaitu UNIC dan Ae-man. Pada mulanya, NAR Records menawarkan Hisyam untuk menjadi artis rakaman mereka dan merakamkan album solo. Namun, Hisyam yang sudah biasa bergerak secara berkumpulan berasa tidak yakin untuk memulakan karier solo, lantas meminta NAR Records untuk menubuhkan kumpulan nasyid yang akan diketuai oleh beliau sendiri selaku penyanyi utama. Akhirnya NAR Records memberi persetujuan untuk Hisyam berbuat demikian dan bermulalah misi Hisyam untuk mencari 3 anggota bagi melengkapkan kumpulan yang akan ditubuhkan oleh beliau.
Hasil sesi ujibakat yang dilakukan oleh Hisyam, akhirnya beliau berjaya mendapatkan tiga ahli baharu iaitu Azrul Azlan (Azrul), Zulfahmi (Zul) dan Syadzwarie (Warie). Setelah lengkap empat orang anggota, maka secara rasmi mereka menamakan kumpulan mereka sebagai DeHearty (sebutan "DiHati"). Mereka kemudiannya merakamkan lagu-lagu mereka di studio NAR Records. Setelah beberapa bulan mereka merakamkan lagu, akhirnya siaplah album pertama DeHearty yang diberi judul Di Hati pada tahun 2004. Album ini memperkenalkan DeHearty sebagai kumpulan nasyid yang boleh berdiri sebaris dengan kumpulan nasyid lain seperti Hijjaz, In-Team, UNIC, Mestica, Rabbani dan Raihan. Album ini memperkenalkan lagu-lagu hit mereka seperti Inspirasi Hati, Di Hati, Pasrah Segalanya, Bidadari Hidupku, Kembara Hidup, Kasih Sayang dan sebuah lagu sirah berjudul Abu Bakar as-Siddiq. Biarpun mereka dikenali ramai, namun ada sedikit kontroversi yang melanda mereka apabila ada yang mengatakan bahawa lagu Pasrah Segalanya sebenarnya ditujukan kepada kumpulan lama Hisyam iaitu In-Team berdasarkan pada keterangan di kulit album Di Hati itu. Namun, kontroversi itu berlalu begitu sahaja tanpa sebarang maklum balas dari kedua-dua pihak.
Setahun kemudian, mereka telah menghasilkan album kedua yang berjudul Insan Istimewa yang dikeluarkan pada tahun 2005. Album ini melonjakkan lagi nama mereka dengan lagu-lagu hit seperti Wanita, Permata Yang Dicari, Cinta Bersulam Noda dan sebuah lagu sirah yang berjudul Siti Zulaikha.
Namun selepas album Insan Istimewa, DeHearty seakan menyepi dari dunia nasyid berikutan perubahan landskap muzik yang pada ketika itu cenderung kepada lagu-lagu indie. Akhirnya kumpulan ini tidak lagi aktif biarpun mereka sebenarnya telah menandatangani perjanjian untuk membolehkan aktiviti seni mereka diuruskan oleh Inteam Records pada tahun 2007.
Ahli
sunting- Hisyam bin Ahmad (Hisyam)
- Mohd Azrul Azlan bin Abd Hamid (Azrul)
- Zulfahmi bin Said (Zul)
- Syadzwarie bin Mohd Dom (Warie)
Diskografi
suntingTahun | Judul | Jualan |
---|---|---|
2004 | Di Hati
|
|
2005 | Insan Istimewa
|
Album
suntingLagu-lagu
sunting- Abu Bakar as-Siddiq
- Balik Kampung
- Bidadari Hidupku
- Cinta Bersulam Noda
- Di Hati
- Erti Persahabatan Ini
- Indahnya Ciptaan-Mu
- Inspirasi Hati
- Janjiku
- Kasih Sayang
- Kau Hadir
- Kembara Hidup
- Pasrah Segalanya
- Pengantin Baru
- Permata Yang Dicari
- Selawat Burdah
- Siti Zulaikha
- Wanita
Trivia
sunting- Pada tahun 2015, Hisyam yang merupakan penyanyi utama & ketua kumpulan DeHearty telah kembali menganggotai kumpulan asalnya, Inteam yang dianggotai oleh sahabat-sahabatnya iaitu Syah, Hazamin dan Rahim.
- Azrul Azlan kini dianugerahkan gelaran doktor dan masih terlibat dalam industri, namun hanya di belakang tabir.
- Azrul Azlan merupakan pencipta lagu dan penulis lirik lagu Cahaya 114 nyanyian Khai Bahar.