De facto
(Dilencongkan daripada De-facto)
Cari de facto dalam Wikikamus bahasa Melayu, kamus bebas. |
De facto merupakan satu ungkapan Latin yang bermaksud "pada hakikatnya" atau "dalam amalan" tetapi tidak diutarakan secara terus-terang dalam undang-undang. Istilah ini berlawanan dengan de jure (yang bermaksud "di sisi undang-undang") apabila merujuk kepada hal ehwal undang-undang, pentadbiran, atau teknik (seperti piawaian). Semasa membincangkan suatu keadaan undang-undang, de jure menandakan apa yang dikatakan undang-undang, manakala de facto menandakan apa yang berlaku dalam amalan sebenar.
Istilah de facto juga boleh digunakan apabila tidak terdapat undang-undang atau piawaian yang berkenaan, namun terdapat amalan umum yang telah diterima, walaupun bukan sejagat.