David Marchand
Rencana ini adalah berkenaan dengan ahli politik. Untuk ahli muzik, lihat Davey Havok.
David Marchand (10 Disember 1776 – 11 Mac 1832) ialah ahli Dewan Perwakilan Amerika Syarikat dari Pennsylvania. Beliau juga Mejar Jeneral Divisyen Ke-13 Tentera Awam antara 1812 hingga 1814.
Dilahirkan berhampiran Irwin, Pennsylvania, Marchand belajar perubatan lalu membuka klinik di Kaunti Westmoreland, Pennsylvania. Beliau dipilih untuk mewakili Parti Republikan Demokratik dalam Kongres Ke-15 dan dipilih semula lagi untuk menyertai Kongres Ke-16. Pada 1821, Marchand dipilih sebagai protonotari kepada Kaunti Westmoreland. Selepas itu, Marchand meneruskan pengendalian kliniknya dan meninggal dunia di Greensburg, Pennsylvania pada 1832 lalu dikebumikan di Perkuburan Greensburg. Marchand bapa Albert Gallatin Marchand.
Sumber
sunting
Kerusi dewan | ||
---|---|---|
Didahului oleh William Findley |
Ahli Dewan Perwakilan Amerika Syarikat daripada kongres ke-11 Pennsylvania 1817 - 1821 |
Diikuti oleh: George Plumer |
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.